Ikutlah Aku 2024
1–7 Januari: Satu Lagi Kesaksian tentang Yesus Kristus. Halaman Pengenalan Kitab Mormon


“1–7 Januari: Satu Lagi Kesaksian tentang Yesus Kristus. Halaman Pengenalan Kitab Mormon,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“1–7 Januari. Halaman Pengenalan Kitab Mormon,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja:2024 (2024)

Imej
Mormon menulis di atas kepingan-kepingan emas

1–7 Januari: Satu Lagi Kesaksian tentang Yesus Kristus

Halaman Pengenalan Kitab Mormon

Sebelum anda sampai ke 1 Nefi bab 1, anda akan sedar Kitab Mormon bukanlah kitab biasa. Halaman pengenalannya tercatat sejarah lain daripada yang lain—termasuk kunjungan malaikat, catatan purba yang ditanam berabad di bukit dan seorang pemuda menterjemahkan catatan itu melalui kuasa Tuhan. Kitab Mormon bukan hanya sejarah tamadun Amerika purba. Ia bertujuan untuk meyakinkan semua “bahawa Yesus ialah Kristus” (halaman judul Kitab Mormon), dan Tuhan sendiri mengarahkan bagaimana ia ditulis, dipelihara dan tersedia untuk kita. Tahun ini, semasa anda membaca, berdoa dan gunakan ajaran Kitab Mormon, anda akan menjemput kuasa Juruselamat ke dalam hidup anda. Anda mungkin tergerak untuk berkata, seperti Tiga Saksi dalam kesaksian mereka, “Ia menakjubkan di mata saya.”

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Halaman judul Kitab Mormon

Mengkaji Kitab Mormon boleh menguatkan iman saya kepada Yesus Kristus.

Halaman judul Kitab Mormon adalah lebih daripada judul. Antara hal yang lain, ia menyenaraikan beberapa tujuan catatan kudus ini. Cari tujuan-tujuan ini dalam halaman judul. Soalan-soalan seperti ini dapat membantu semasa anda merenungkan: Mengapakah kita mempunyai Kitab Mormon? Bagaimanakah Kitab Mormon berbeza dari kitab lain?

Sekarang mungkin masa yang baik untuk membuat rancangan peribadi atau keluarga untuk membaca Kitab Mormon tahun ini. Bila dan di mana anda akan membaca? Bagaimanakah anda akan menjemput Roh ke dalam pengkajian anda? Adakah sesuatu yang khusus yang anda akan cari semasa mengkaji? Contohnya, anda boleh mencari ayat-ayat yang mencapai tujuan di halaman judul. Anda boleh menyimpan senarai ayat-ayat yang membina iman anda kepada Yesus Kristus.

Lihat juga 2 Nefi 25:26; Mosia 3:5–8; Alma 5:48; 7:10–13; Helaman 5:12; 3 Nefi 9:13–18; 11:6–14; Moroni 10:32–33.

Satu janji kenabian. Presiden RussellM. Nelson berkata, “Saya janji bahawa apabila anda merenungkan perkara yang anda kaji [dalam Kitab Mormon], tingkap syurga akan buka, dan anda akan menerima jawapan kepada soalan anda dan arahan untuk hidup anda” (“Kitab Mormon: Apa akan Terjadi Kepada Hidup Anda Tanpa Ia?,” Liahona, Nov. 2017, 62–63).

Pengenalan kepada Kitab Mormon; “Kesaksian Tiga Saksi”; “Kesaksian Lapan Saksi

Imej
ikon seminari
Saya boleh menjadi saksi Kitab Mormon.

Roh Kudus boleh bersaksi bahawa Kitab Mormon adalah benar, walaupun anda belum pernah melihat kepingan-kepingan emas seperti yang Tiga Saksi dan Lapan Saksi lihat. Semasa anda membaca kata-kata mereka, fikirkan bagaimana kesaksian mereka menguatkan kesaksian anda.

Apakah yang mengilhami anda tentang cara para saksi ini berkongsi kesaksian mereka tentang Kitab Mormon? Renungkan bagaimana anda boleh berkongsi kesaksian anda tentang Kitab Mormon—terutamanya kesaksiannya tentang Yesus Kristus. Contohnya, bayangkan anda bercakap dengan seorang kawan yang tidak pernah dengar tentang Kitab Mormon sebelum ini. Apakah yang anda akan beritahu dia? Bagaimanakah anda akan mengilhami kawan anda untuk membacanya? Pertimbangkan untuk menyemak Pengenalan kepada Kitab Mormon. Anda boleh temui butiran yang berguna untuk dikongsi dengan kawan anda.

Pertimbangkan untuk senaraikan hal-hal yang anda akan kongsi dengan kawan tentang Kitab Mormon. Cuba kongsi Kitab Mormon menggunakan aplikasi Kitab Mormon.

Lihat juga Ronald A. Rasband, “Hari Ini,” Liahona, Nov. 2022, 25–28; “Malaikat Syurgawi,” Nyanyian Rohani, no. 7.

Imej
Joseph Smith dan Tiga Saksi berdoa bersama

Tiga Saksi berkongsi kesaksian tentang Kitab Mormon.

Kesaksian Nabi Joseph Smith

Kedatangan Kitab Mormon ialah mukjizat.

Jika seseorang tanya anda tentang asal Kitab Mormon, apakah jawapan anda? Bagaimanakah anda jelaskan penglibatan Tuhan dalam mendatangkan Kitab Mormon? Semasa anda membaca kesaksian Joseph Smith, perhatikan bagaimana dia menjelaskannya. Berdasarkan apa yang anda baca, bagaimanakah Tuhan rasa tentang kepentingan Kitab Mormon?

Lihat juga Ulisses Soares, “Kedatangan Kitab Mormon,” Liahona, Mei 2020, 32–35.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Halaman judul Kitab Mormon

Membaca Kitab Mormon membantu saya beriman kepada Yesus Kristus.

  • Minta anak-anak anda melihat dan memegang salinan Kitab Mormon. Bantu mereka tunjuk pada tajuk kecil, Satu lagi Kesaksian tentang Yesus Kristus. Anda juga boleh bantu mereka mencari, pada halaman judul, frasa “Yesus ialah Kristus, Tuhan yang Abadi, yang menyatakan diri-Nya kepada semua bangsa.” Bantu mereka faham ini bermakna Kitab Mormon mengajar kita tentang Yesus Kristus. Beritahu mereka bagaimana Kitab Mormon telah memperkuatkan iman anda kepada Yesus Kristus. Anda juga boleh bertanya tentang cerita-cerita Kitab Mormon kegemaran mereka. Menyanyi “Kisah Kitab Mormon” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 62) boleh mengingatkan mereka tentang cerita-cerita ini.

Pengenalan kepada Kitab Mormon

Kitab Mormon ialah batu kunci agama kita.

  • Halaman aktiviti minggu ini dan gambar di bawah boleh membantu anak-anak anda memahami kata-kata Joseph Smith dalam pengenalan kepada Kitab Mormon: “Kitab Mormon [ialah] batu kunci agama kita.” Anda juga boleh membina atau melukis gerbang dengan batu kunci di atas. Apakah yang berlaku jika batu kunci dikeluarkan? Apakah yang akan berlaku jika kita tidak ada Kitab Mormon? Anda boleh baca bersama perenggan terakhir pengenalan untuk tahu apa lagi yang kita pelajari apabila kita menerima kebenaran Kitab Mormon. Bagaimanakah kita boleh jadikan Kitab Mormon batu kunci untuk iman kita kepada Yesus Kristus?

Imej
lengkung berbatu dan batu kunci yang memantapkannya

Kitab Mormon ialah batu kunci agama kita.

Kesaksian Tiga Saksi”; “Kesaksian Lapan Saksi

Saya boleh menjadi saksi Kitab Mormon.

  • Untuk membantu anak-anak fahami maksud menjadi saksi, anda boleh gambarkan sesuatu yang anda telah lihat tetapi mereka tidak tahu. Kemudian giliran mereka berbuat yang sama. Ini boleh membawa perbincangan tentang 11 orang yang melihat kepingan-kepingan emas di mana Kitab Mormon diterjemahkan. Semasa anda membaca kesaksian itu bersama, anda boleh bincang mengapa saksi-saksi ini ingin orang lain tahu tentang kesaksian mereka. Kepada siapakah yang kita mahu ceritakan tentang Kitab Mormon?

Kesaksian Nabi Joseph Smith

Kitab Mormon diberikan kepada kita melalui kuasa Tuhan.

Imej
Joseph menerima kepingan-kepingan emas daripada Moroni

Moroni Delivers the Golden Plates [Moroni Menyerahkan Kepingan-Kepingan Emas], oleh Gary L. Kapp