Bantuan Pengkajian
TJS, Kejadian 19


TJS, Kejadian 19:9–15. Bandingkan dengan Kejadian 19:8–10

Lot melawan kejahatan Sodom, dan para malaikat melindunginya.

9 Dan mereka berkata kepadanya, Berundur. Dan mereka marah kepadanya.

10 Dan mereka berkata sesama sendiri, Lelaki ini datang untuk tinggal di kalangan kita, dan dia sekarang perlu menjadikan dirinya seorang hakim; sekarang kita akan melakukan lebih teruk kepadanya daripada mereka.

11 Oleh kerana itu mereka berkata kepada lelaki itu, Kami akan mendapatkan para lelaki itu dan juga anak-anak perempuanmu; dan kami akan melakukan apapun kepada mereka sesuka hati kami.

12 Sekarang ini menurut kejahatan Sodom.

13 Dan Lot berkata, Lihatlah sekarang, Aku mempunyai dua anak perempuan yang belum bersama lelaki; biarlah aku, aku mohon, merayu kepada para saudaraku agar aku tidak membawa mereka keluar kepadamu; dan kamu tidak akan melakukan kepada mereka sesuka hatimu;

14 Kerana Tuhan tidak akan membenarkan hamba-Nya dalam hal ini; oleh kerana itu, biarlah aku merayu kepada para saudaraku, sekali ini sahaja, agar janganlah lakukan apapun kepada lelaki-lelaki ini, agar mereka selamat di dalam rumahku; disebabkan itulah mereka berteduh di bawah bumbungku.

15 Dan mereka marah terhadap Lot dan datang dekat untuk memecahkan pintu, tetapi malaikat-malaikat Tuhan, iaitu para lelaki suci, menghulurkan tangan mereka dan menarik Lot ke dalam rumah bersama mereka, dan menutup pintu.