Bantuan Pengkajian
TJS, Kejadian 15


TJS, Kejadian 15:9–12. Bandingkan dengan Kejadian 15:1–6

Abraham mempelajari tentang kebangkitan dan melihat penglihatan tentang tempoh pelayanan Yesus sebagai manusia.

9 Dan Abram berkata, Tuhan Raja, bagaimana engkau memberikan tanah ini untuk dimiliki olehku untuk selamanya?

10 Dan Tuhan berfirman, Walaupun engkau mati, bukankah aku masih dapat memberikannya kepadamu?

11 Dan jika engkau akan mati, engkau masih akan memilikinya, kerana hari itu akan tiba, bahawa Putera Manusia akan hidup; tetapi bagaimana dia hidup jika dia tidak mati? Dia mesti dihidupkan dahulu.

12 Dan terjadilah, bahawa Abram memandang dan melihat zaman Putera Manusia, dan bersukacita, dan jiwanya lega, dan dia percaya kepada Tuhan; dan Tuhan menganggapnya sebagai kesolehan.