Bantuan Pengkajian
TJS, Kejadian 17


TJS, Kejadian 17:3–12. Bandingkan dengan Kejadian 17:3–12

Orang-orang itu gagal mematuhi tatacara-tatacara injil, termasuklah pembaptisan. Tuhan menjelaskan kepada Abraham perjanjian persunatan dan umur pertanggungjawaban.

3 Dan terjadilah, bahawa Abram sujud menyembah, dan memanggil nama Tuhan.

4 Dan Tuhan berfirman kepadanya, mengatakan, umat-Ku telah terpesong dari ajaran-ajaran-Ku, dan tidak menuruti tatacara-Ku, yang telah aku berikan kepada moyang mereka;

5 Dan mereka tidak mematuhi penyapuan minyak-Ku, dan pengebumian itu, atau pembaptisan seperti yang aku perintahkan kepada mereka;

6 Tetapi telah berpaling dari perintah dan mengambil ke atas diri mereka pembaptisan anak-anak kecil dan pemercikan darah;

7 Dan telah mengatakan bahawa darah Abel yang soleh itu ditumpahkan kerana dosa; dan tidak mengetahui bagaimana mereka bertanggungjawab di hadapan-Ku.

8 Tetapi bagimu, lihatlah, Aku akan membuat perjanjian suci denganmu, dan engkau akan menjadi bapa kepada banyak bangsa.

9 Dan perjanjian suci ini Aku buat, agar anak-anakmu akan dikenali di kalangan semua bangsa. Namamu tidak lagi akan dipanggil Abram, tetapi namamu akan dipanggil Abraham; kerana, Aku telah menjadikan engkau seorang bapa kepada banyak bangsa.

10 Dan Aku akan menjadikan engkau subur, dan Aku akan menghasilkan banyak bangsa daripadamu, dan raja-raja akan datang daripadamu, dan daripada keturunanmu.

11 Dan Aku akan menegakkan sebuah perjanjian persunatan denganmu, dan ia akan menjadi perjanjian suci di antara Aku dan engkau, dan keturunan selepasmu, dalam generasi mereka; agar engkau dapat mengetahui selamanya bahawa anak-anak kecil tidak dipertanggungjawabkan di hadapan-Ku sehinggalah mereka berumur lapan tahun.

12 Dan engkau harus mematuhi semua perjanjian yang telah Aku buat dengan nenek moyangmu; dan engkau harus menuruti perintah-perintah yang telah Aku berikan kepadamu dengan mulut-Ku sendiri, dan Aku akan menjadi Tuhan kepadamu dan keturunan selepasmu.

TJS, Kejadian 17:23–24. Bandingkan dengan Kejadian 17:17–18

Abraham bersukacita terhadap nubuat mengenai kelahiran Ishak dan berdoa untuk Ismael.

23 Kemudian Abraham sujud menyembah dan bersukacita, dan berkata dalam hatinya, akan Ada seorang anak dilahirkan kepada dirinya yang berusia seratus tahun, dan Sarah yang berusia sembilan puluh tahun akan melahirkannya.

24 Dan Abraham berkata kepada Tuhan, Alangkah baiknya jika Ismael akan hidup soleh di hadapan-Mu!