Kitab Suci
Alma 39


Perintah-perintah Alma kepada anak lelakinya, Korianton.

Meliputi bab 39 sehingga 42.

Bab 39

Dosa syahwat adalah suatu kekejian—Dosa Korianton menahan orang Zoram daripada menerima firman—Penebusan Kristus dihitung kembali dari dahulu dalam menyelamatkan yang setia yang mendahuluinya. Kira-kira 74 tahun S.M.

1 Dan sekarang, anakku, aku ada sedikit lebih untuk dikatakan kepadamu daripada yang aku katakan kepada saudaramu; kerana lihatlah, tidakkah kamu telah mengamati kekukuhan saudaramu, kesetiaannya, dan ketekunannya dalam mentaati perintah-perintah Tuhan? Lihatlah, tidakkah dia menunjukkan teladan yang baik bagimu?

2 Kerana kamu tidak begitu banyak mengendahkan perkataan-perkataanku seperti saudaramu, di kalangan aorang Zoram. Sekarang, inilah hal-hal yang aku tidak setuju terhadapmu; kamu berterusan bercakap besar tentang kekuatanmu dan kebijaksanaanmu.

3 Dan ini bukanlah kesemuanya, anakku. Kamu melakukan apa yang memilukan bagiku; kerana kamu meninggalkan pelayanan, dan pergi ke negeri Siron di antara sempadan-sempadan bangsa Laman, mengikut si apelacur Isabel.

4 Ya, dia amencuri hati ramai orang; tetapi ini bukan alasan bagimu, anakku. Kamu semestinya telah mengurus pelayanan yang telah dipercayakan kepadamu.

5 Tidak tahukah kamu, anakku, bahawa ahal-hal ini kekejian dalam pandangan Tuhan; ya, yang paling keji melebihi segala dosa kecuali penumpahan darah tak berdosa atau penyangkalan Roh Kudus?

6 Kerana lihatlah, jika kamu amenyangkal Roh Kudus ketika Dia dahulunya pernah memiliki tempat dalam dirimu, dan kamu tahu bahawa kamu menyangkalnya, lihatlah, ini merupakan dosa yang btak dapat dimaafkan; ya, dan barang siapa membunuh menentang cahaya dan pengetahuan Tuhan, tidaklah mudah baginya untuk mendapat cpengampunan; ya, aku berkata kepadamu, anakku, bahawa tidaklah mudah baginya untuk mendapat pengampunan.

7 Dan sekarang, anakku, aku berkehendak kepada Tuhan agar kamu tidak abersalah dalam suatu jenayah yang demikian besar. Aku tidak akan mengungkit-ungkit jenayah-jenayahmu, untuk menekan jiwamu, jika bukan demi kebaikanmu.

8 Tetapi lihatlah, kamu tidak dapat menyembunyikan jenayah-jenayah dari Tuhan; dan kecuali kamu bertaubat ianya akan menjadi kesaksian menentangmu pada hari terakhir.

9 Sekarang, anakku, aku menghendaki agar kamu hendaknya bertaubat dan meninggalkan dosa-dosamu, dan jangan lagi mengikut anafsu matamu, tetapi bjauhi dirimu dalam segala hal ini; kerana kecuali kamu melakukan ini kamu sama sekali tidak dapat mewarisi kerajaan Tuhan. Ya, ingatlah, dan terimalah tanggungjawabmu, dan jauhi dirimu dalam hal-hal ini.

10 Dan aku memerintahkanmu untuk menerima tanggungjawabmu untuk berunding dengan abang-abangmu dalam kegiatan-kegiatanmu; kerana lihatlah, kamu sedang dalam masa mudamu, dan kamu berada dalam keperluan untuk dipelihara oleh saudara-saudaramu. Dan endahkanlah nasihat mereka.

11 Janganlah biarkan dirimu disesatkan oleh apa pun yang sia-sia atau bodoh; janganlah biarkan iblis menyesatkan hatimu lagi mengikut para pelacur yang jahat itu. Lihatlah, Wahai anakku, betapa besarnya kederhakaan yang kamu datangkan ke atas aorang Zoram; kerana ketika mereka melihat btingkah lakumu mereka tidak percaya pada perkataan-perkataanku.

12 Dan sekarang, Roh Tuhan berfirman kepadaku: aPerintahkanlah anak-anakmu untuk melakukan yang baik, agar jangan mereka menyesatkan hati ramai orang pada kehancuran; oleh itu aku memerintahkanmu, anakku, dalam rasa takut akan Tuhan, agar kamu menahan diri daripada kederhakaanmu;

13 Agar kamu berpaling kepada Tuhan dengan segenap fikiran, daya, dan kekuatanmu; agar kamu tidak lagi menyesatkan hati orang untuk melakukan kejahatan, tetapi sebaliknya kembalilah kepada mereka, dan aakuilah kesilapan-kesilapanmu dan kesalahan itu yang telah kamu lakukan.

14 aJanganlah mencari kekayaan tidak juga apa yang sia-sia dari dunia ini; kerana lihatlah, kamu tidak dapat membawanya bersamamu.

15 Dan sekarang, anakku, aku mahu berkata sedikit kepadamu berkenaan kedatangan Kristus. Lihatlah, aku berkata kepadamu, bahawa Dialah yang pasti akan datang untuk mengambil dosa-dosa dunia; ya, Dia datang untuk memaklumkan khabar gembira tentang penyelamatan kepada umat-Nya.

16 Dan sekarang, anakku, inilah pelayanan yang kepadanya kamu dipanggil, untuk memaklumkan khabar gembira ini kepada orang ini, untuk menyediakan fikiran mereka; atau lebih tepat agar penyelamatan boleh datang kepada mereka, agar mereka boleh menyediakan fikiran aanak-anak mereka untuk mendengar firman pada waktu kedatangan-Nya.

17 Dan sekarang, aku akan meringankan fikiranmu sedikit tentang perkara ini. Lihatlah, kamu takjub mengapa hal-hal ini diketahui demikian lama sebelumnya. Lihatlah, aku berkata kepadamu, bukankah satu jiwa pada waktu ini sama berharganya bagi Tuhan seperti satu jiwa pada waktu kedatangan-Nya?

18 Bukankah sama perlunya bahawa rancangan penebusan hendaknya disingkapkan kepada bangsa ini seperti juga kepada anak-anak mereka?

19 Bukankah sama mudahnya pada waktu ini bagi Tuhan untuk mengutus malaikat-Nya untuk memaklumkan khabar gembira ini kepada kita seperti kepada anak-anak kita, atau seperti setelah waktu kedatangan-Nya?