“Pertemuan Majlis Pengajar—Untuk Ibu Bapa dan Para Pengajar yang Dipanggil,” Mengajar dengan Cara Juruselamat: Untuk Semua Yang Mengajar di Rumah dan di Gereja (2022)
“Pertemuan Majlis Pengajar,” Mengajar dengan Cara Juruselamat
Pertemuan Majlis Pengajar—Untuk Ibu Bapa dan Para Pengajar yang Dipanggil
Setiap bahagian harus mengadakan pertemuan majlis pengajar suku tahunan, untuk ibu bapa dan untuk para pengajar yang dipanggil di bahagian. Dalam perjumpaan ini, ibu bapa dan para pengajar boleh berunding bersama tentang asas-asas pengajaran seperti Kristus (lihat Buku Panduan Umum: Melayani dalam Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir, 13.4, 13.5, 17.4, 17.5, Gospel Library).
Kedua-dua jenis pertemuan majlis pengajar diadakan sekali setiap suku semasa waktu kelas 50 minit pada hari Ahad.
Pertemuan Majlis Pengajar untuk Ibu Bapa
Siapakah yang Memimpin Pertemuan Ini? Biasanya, seorang ahli presidensi Sekolah Minggu memimpin pertemuan majlis pengajar untuk ibu bapa. Walau bagaimanapun, lembaga uskup boleh menugaskan ahli-ahli bahagian lain untuk mengetuai pertemuan sekali-sekala.
Majlis bahagian, dengan bantuan dari presidensi Sekolah Minggu, menyelia pertemuan majlis pengajar untuk ibu bapa. Mereka berunding bersama tentang keperluan ibu bapa dan keluarga, dan mereka bekerjasama untuk menentukan prinsip mana daripada Mengajar dengan Cara Juruselamat yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut.
Siapakah Harus Hadir? Majlis bahagian menentukan sama ada ingin menjemput ibu bapa tertentu atau membuka kehadiran kepada semua yang ingin mengambil bahagian.
Bilakah Pertemuan Ini Harus Diadakan? Pertemuan majlis pengajar bagi ibu bapa boleh diadakan pada bila-bila hari Ahad, seperti yang ditentukan oleh majlis bahagian.
Pertemuan Majlis Pengajar untuk Pengajar yang Dipanggil
Siapakah yang Memimpin Pertemuan Ini? Biasanya, seorang ahli presidensi Sekolah Minggu memimpin pertemuan majlis pengajar untuk pengajar yang dipanggil. Walau bagaimanapun, lembaga uskup boleh menugaskan ahli-ahli bahagian lain untuk mengetuai pertemuan sekali-sekala.
Majlis bahagian, dengan bantuan dari presidensi Sekolah Minggu, menyelia pertemuan majlis pengajar untuk pengajar yang dipanggil. Mereka berunding bersama tentang keperluan pengajar dan pelajar, dan mereka bekerjasama untuk menentukan prinsip mana daripada Mengajar dalam Cara Juruselamat yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut.
Siapakah Harus Hadir? Setiap orang yang mengajar kuorum atau kelas di bahagian harus menghadiri pertemuan majlis pengajar. Ahli presidensi kuorum dan organisasi juga dijemput.
Bilakah Pertemuan Ini Harus Diadakan? Pengajar menghadiri pertemuan majlis pengajar pada hari Ahad apabila mereka tidak mengajar kelas biasa mereka.
-
Pengajar Kuorum Imamat, Lembaga Pertolongan dan Remaja Puteri boleh menghadiri sama ada Ahad pertama atau ketiga, seperti yang ditentukan oleh para pemimpin tempatan.
-
Para Pengajar Sekolah Minggu boleh menghadiri sama ada minggu kedua atau keempat, seperti yang ditentukan oleh para pemimpin tempatan.
-
Para Pengajar Sekolah Primer boleh menghadiri pada bila-bila hari Ahad, seperti yang ditentukan oleh presidensi Sekolah Primer dan Sekolah Minggu. Sekiranya diingini, pengajar Sekolah Primer boleh bertemu secara berasingan dari pengajar lain untuk berunding tentang aspek unik mengajar kanak-kanak. Ini boleh berlaku dalam masa 20 minit nyanyian, sebelum atau selepas pertemuan hari Ahad biasa, atau pada hari lain dalam minggu tersebut. Lebih daripada satu pertemuan majlis pengajar boleh diadakan setiap suku tahun untuk pengajar Sekolah Primer supaya mereka tidak semua terlepas kelas Sekolah Primer pada minggu yang sama. (Nota: Jika perlu, presidensi Sekolah Primer menugaskan pengajar pengganti , menggabungkan kelas, atau membuat persediaan lain untuk membenarkan pengajar Sekolah Primer menghadiri pertemuan majlis pengajar.)
Format untuk Pertemuan
Pertemuan majlis pengajar —untuk ibu bapa dan untuk para pengajar yang dipanggil—ikut format ini:
-
Kongsi dan berunding bersama (kira-kira 20 minit). Jemput ibu bapa atau para pengajar untuk berkongsi apa perkara yang berkesan semasa mereka mengajar injil di rumah atau di kelas mereka. Mereka juga boleh berkongsi cabaran yang mereka hadapi atau perkara yang ingin mereka perbaiki.
-
Belajar bersama (kira-kira 15 minit). Bincangkan dengan ibu bapa atau para pengajar salah satu prinsip dalam Mengajar dengan Cara Juruselamat. Ikutlah Aku juga boleh digunakan sebagai sumber untuk perbincangan ini.
-
Rancang dan jemput (kira-kira 10 minit). Jemput ibu bapa atau para pengajar untuk berkongsi apa yang mereka pelajari semasa pertemuan dan bagaimana mereka merancang untuk menerapkannya.