Seminari dan Institut
Pesanan daripada Presidensi Utama


“Pesanan daripada Presidensi Utama,” Mengajar dengan Cara Juruselamat: Untuk Semua Yang Mengajar di Rumah dan di Gereja (2022)

“Pesanan daripada Presidensi Utama,” Mengajar dengan Cara Juruselamat

Pesanan daripada Presidensi Utama

Saudara dan saudari yang dikasihi,

Betapa indahnya peluang yang anda ada untuk mengajar injil Yesus Kristus! Sama ada anda mempunyai panggilan khusus untuk mengajar atau tidak, anda adalah seorang pengajar. Sebagai seorang pengikut Tuan Guru, Yesus Kristus, anda mempunyai peluang untuk berkongsi cahaya-Nya di mana pun anda pergi—di rumah, di gereja, semasa anda melayani orang lain, dan di kalangan kawan-kawan anda. Untuk mengajarkan injil adalah amanah kudus. Ia adalah bahagian penting dalam pekerjaan Tuhan, dan ia berfungsi dengan terbaik apabila kita melakukannya dalam cara-Nya.

Kami menjemput anda untuk belajar lebih tentang Yesus Kristus dan bagaimana Dia mengajar injil. Kaji firman-Nya, tindakan-Nya, dan sifat-sifat-Nya dengan penuh doa, dan berusaha untuk mengikut Dia dengan lebih rapat. Mengajar dengan Cara Juruselamat boleh menjadi bimbingan anda.

Presidensi Utama