Seminari dan Institut
Mengajar tentang Yesus Kristus Tidak Kira Apa Yang Anda Ajar


“Mengajar tentang Yesus Kristus Tidak Kira Apa Pun Yang Anda Ajar,” Mengajar dengan Cara Juruselamat: Untuk Semua Yang Mengajar di Rumah dan di Gereja (2022)

“Mengajar tentang Yesus Kristus Tidak Kira Apa Yang Anda Ajar,” Mengajar dengan Cara Juruselamat

Imej
Yesus dan para pengikut-Nya pada Perjamuan Terakhir

Peace I Leave with You [Kesejahteraan Aku Tinggalkan dengan Kamu], oleh Walter Rane

Mengajar tentang Yesus Kristus Tidak Kira Apa Yang Anda Ajar

Terdapat banyak perkara untuk diajar dalam injil Yesus Kristus yang dipulihkan—asas, perintah, nubuat, dan cerita tulisan suci. Tetapi semuanya ini adalah cabang-cabang pokok yang sama, kerana semuanya mempunyai satu tujuan: untuk membantu semua orang datang kepada Kristus dan disempurnakan di dalam Dia (lihat Yarom 1:11; Moroni 10:32). Jadi tidak kira apa yang anda ajar, ingat bahawa anda benar-benar mengajar tentang Yesus Kristus dan bagaimana untuk menjadi seperti Dia. Roh Kudus dapat membantu anda belajar untuk mengenali kebenaran tentang Juruselamat dan kuasa penebusan-Nya dalam setiap asas, perintah, dan pengajaran nabi (lihat Yakub 7:10–11).

Adakah anda mengajar tentang pengorbanan? Pertimbangkan untuk meneroka bersama pelajar bagaimana pengorbanan yang kita buat mengarahkan jiwa kita kepada “korban yang agung dan terakhir” Juruselamat (Alma 34:10). Adakah anda mengajar tentang kesatuan? Pertimbangkan untuk membincangkan kesatuan yang dicapai oleh Yesus Kristus dengan Bapa-Nya dan jemputan-Nya untuk kita bersatu dengan Mereka (lihat Yohanes 17). Lihat setiap topik injil sebagai peluang untuk mengajar dan belajar tentang Yesus Kristus.

Setiap perintah juga menyediakan peluang ini. Jangan hanya tumpukan pada hukum-hukum injil—belajar juga tentang Pemberi Hukum. Jika anda bincangkan Kata-kata Bijaksana dan hanya tentang apa untuk dilakukan dan tidak dilakukan untuk hidup sihat, anda terlepas peluang untuk merenungkan betapa mendalam Yesus Kristus mengambil berat tentang kita—kesejahteraan rohani dan jasmani kita—untuk memberi kita hukum ini. Tumpu pada kerelaan dan keinginan Juruselamat untuk memberkati kita dengan kuasa-Nya supaya kita mematuhi hukum-Nya. Setiap perintah yang diberi kepada kita mengungkapkan sesuatu tentang fikiran dan kehendak serta hati-Nya—peroleh kebahagiaan dalam penemuan bersama-sama!

Menekankan Teladan Yesus Kristus

Kita boleh meletakkan Yesus Kristus di pusat pengajaran dan pembelajaran dengan mengenali dan menekankan bahawa Dia adalah teladan sempurna bagi semua asas injil. Sebagai pengikut, kita tidak hanya mengikut asas-asas—kita mengikuti Yesus Kristus. Apabila kita tumpukan pada teladan sempurna Juruselamat, Roh Kudus akan bersaksi tentang Dia dan mengilhami kita untuk mengikuti-Nya.

Bayangkan seketika bahawa anda mengajar asas bertahan sampai akhir. Perbincangan tentang bagaimana Juruselamat adalah teladan bertahan sampai akhir boleh membawa perasaan ketakziman yang manis kepada-Nya. Apakah yang mungkin mereka yang anda ajar pelajari dan rasa dari teladan-Nya?

Imej
Juruselamat menyembuhkan seorang lelaki yang berbaring di atas tanah

Juruselamat menetapkan teladan yang sempurna untuk kita semua. He Healed Them All [Dia Menyembuhkan Semua Orang Sakit], oleh Michael Malm

Mengajar tentang Gelaran, Peranan dan Sifat-sifat Yesus Kristus

Yesus Kristus mempunyai banyak gelaran dalam tulisan suci. Setiap satu mencerminkan salah satu peranan-Nya dalam rancangan Tuhan dan mengajar kita tentang sifat-sifat ilahi-Nya. Anda boleh meneroka dengan pelajar apakah gelaran seperti Anak Domba Tuhan, Pembela, Penyempurna Iman Kita dan Cahaya Dunia ajarkan kita tentang Yesus Kristus. Sebagai tambahan juga, semasa anda membantu pelajar untuk tahu lebih lanjut tentang Juruselamat, ketahuilah lebih daripada apa yang Dia katakan dan lakukan, siapakah Dia dan apakah peranan yang Dia ingin mainkan dalam kehidupan kita. Apabila anda belajar bersama tentang perwatakan dan sifat Juruselamat, Roh Kudus akan mendalamkan pemahaman dan kasih anda kepada-Nya.

Cari Lambang-lambang Yang Bersaksi tentang Yesus Kristus

“Segala hal,” Tuhan mengisytiharkan, “diciptakan dan dijadikan untuk memberi kesaksian tentang Aku” (Musa 6:63; lihat juga 2 Nefi 11:4). Dengan kebenaran itu, kita boleh belajar untuk melihat banyak lambang dalam tulisan suci yang bersaksi tentang Juruselamat. Lambang-lambang ini termasuklah benda-benda seperti roti, air, dan cahaya. Apabila kita memahami bagaimana objek-objek ini berkaitan dengan Juruselamat, ia boleh mengajar kita tentang kuasa dan sifat-sifat-Nya. Anda juga boleh mencari persamaan kehidupan Juruselamat dalam kehidupan para nabi, lelaki serta wanita yang setia dalam tulisan suci. Carilah lambang-lambang yang mengungkapkan kebenaran tentang Juruselamat di tempat yang anda mungkin terlepas pandang.