“Untuk Para Pemimpin— Mengorientasikan dan Menyokong Para Pengajar,” Mengajar dengan Cara Juruselamat: Untuk Semua Yang Mengajar di Rumah dan di Gereja (2022)
“Mengorientasikan dan Menyokong Para Pengajar,” Mengajar dengan Cara Juruselamat
Untuk Para Pemimpin—Mengorientasikan dan Menyokong Para Pengajar
Sebagai seorang pemimpin, anda mempunyai tanggungjawab untuk “bertemu dengan para pengajar yang baru dipanggil” dalam organisasi anda dan “membantu mereka bersedia untuk panggilan mereka” (General Handbook, 17.3, Gospel Library. Pertemuan ini adalah peluang untuk memperkenalkan pengajar baharu kepada panggilan kudus mereka dan mengilhami mereka dengan visi tentang apa yang dimaksudkan untuk mengajar dengan cara Juruselamat. Sebagai seorang pemimpin, anda boleh membantu para pengajar baharu bersedia untuk melayani dengan melakukan yang berikut:
-
Nyatakan keyakinan bahawa Juruselamat akan membantu mereka dalam panggilan mereka (lihat Ajaran dan Perjanjian 88:78).
-
Berikan para pengajar baharu satu salinan sumber ini, dan galakkan mereka untuk mencari cara untuk menerapkan asas-asasnya dalam pengajaran mereka.
-
Kongsi dengan pengajar baharu apa-apa tentang organisasi anda yang akan membantu mereka untuk mengetahui.
-
Jika perlu, beritahu pengajar baharu manakah bilik untuk mengajar dan pelajaran apa yang harus dimulakan. Berikan sebarang maklumat yang mereka perlukan tentang ahli kelas dan kelas mereka.
-
Jelaskan kepada pengajar baharu bahawa anda boleh membantu mereka dengan panggilan mereka. Berikan sokongan dalam kelas dan akses kepada sumber pengajaran jika perlu.
-
Tawarkan untuk memerhati kelas-kelas pengajar sekali-sekala, dan berikan maklum balas seperti yang didorong oleh Roh.
-
Jemput pengajar untuk terlibat dalam pertemuan majlis pengajar suku tahunan.
Sepanjang pelayanan pengajar, teruskan berjumpa dengan mereka secara berkala untuk memberi sokongan berterusan. Contohnya, anda boleh mengadakan perbincangan ringkas dengan seorang pengajar sebelum atau selepas kelas untuk membincangkan asas-asas Mengajar dengan Cara Juruselamat. Tanya pengajar tentang apa yang mereka rasa mereka lakukan dengan baik dan cara yang mereka ingin perbaiki. Galakkan mereka dengan kebaikan dan dengan rasa kesyukuran atas pelayanan yang mereka berikan.
Anda harus bersedia untuk perbincangan ini dengan memerhati pengajar itu mengajar. Berusaha untuk lebih memahami kekuatan pengajar dan cari cara-cara anda boleh menawarkan sokongan. Membina kekuatan seorang pengajar adalah sama pentingnya dengan mengenal pasti peluang untuk memperbaiki.