Pembelajaran Inggeris
Lampiran A: Maklumat Undang-undang


“Lampiran A: Maklumat Undang-undang” EnglishConnect untuk Pengajar (2023)

“Lampiran A,” EnglishConnect untuk Pengajar

Lampiran A

Maklumat Undang-undang

Keperluan Undang-undang Umum untuk Lokasi yang Diluluskan

Office of General Counsel (OGC) telah meluluskan garis panduan berikut untuk program EnglishConnect. Garis panduan ini akan digunakan seluruh dunia untuk EnglishConnect 1 dan 2, menurut keperluan undang-undang negara tertentu yang digariskan dalam ringkasan undang-undang EnglishConnect untuk setiap negara (lihat keperluan negara tertentu di englishconnect.org/leader/approved-locations).

  • Mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk setiap peserta yang berumur 18 tahun atau lebih muda dengan menggunakan borang persetujuan ibu bapa. Borang-borang boleh didapati dalam banyak bahasa dalam talian di englishconnect.org/resources/leader.

    • Mendapatkan tandatangan kedua-dua ibu bapa jika boleh. Jika seseorang yang berumur 18 tahun atau lebih muda sedang tinggal bersendirian, kebenaran ibu bapa tidak diperlukan.

    • Borang-borang lengkap diisi harus disimpan oleh pemimpin-pemimpin tempatan dan kekal sedia ada untuk audit.

  • Para pengajar dikehendaki untuk melengkapkan latihan Gereja “Melindungi Kanak-kanak dan Remaja.” Ikuti semua standard negara untuk memeriksa dan memanggil pengajar-pengajar remaja untuk sebarang pengajar EnglishConnect yang akan mengajar sesiapa sahaja di bawah umur 21 tahun.

  • Jangan mengenakan sebarang pembayaran atau kos kepada para peserta untuk penyertaan program.

    • Para peserta EnglishConnect boleh muat turun bahan-bahan program dalam talian secara percuma, atau unit-unit tempatan boleh beli bahan-bahan untuk kumpulan melalui saluran pengagihan biasa di store.churchofjesuschrist.org. Para peserta juga boleh beli bahan-bahan melalui saluran ini jika mereka ingin.

    • Para pengajar EnglishConnect tidak harus memberi atau menerima wang atau hadiah sebagai bahagian sebarang hubungan pengajaran dengan peserta EnglishConnect.

  • Sertakan kandungan agama yang besar dalam sekurang-kurangnya satu per tiga daripada semua pengajaran. (Kandungan agama harus mengambil masa sehingga 20 minit daripada setiap jam pengajaran atau 30 minit daripada setiap 90 minit pengajaran.) Nota: Jika pengajaran diberikan seperti yang dirancang dan seorang pengajar selalu masukkan aktiviti “Bincangkan Asas Pembelajaran” semasa kumpulan perbualan, keperluan ini akan dipenuhi.

  • Ikut semua garis panduan yang terkandung dalam Panduan Pelaksanaan untuk EnglishConnect dan buku panduan pengajar, termasuk penggunaan sistem pendaftaran dalam talian QuickReg (quickreg.englishconnect.org) untuk memastikan privasi data.

  • Untuk mengelakkan membahayakan visa misionari atau status undang-undang Gereja dalam sebuah negara, mana-mana misi yang tidak pernah menggunakan bahasa Inggeris sebagai cara menghubungi harus mendapat kelulusan OGC tertentu sebelum menggunakan bahan-bahan EnglishConnect.

EnglishConnect 3 dikendalikan dan dilaksanakan oleh BYU–Pathway Worldwide. Kerana itu, ia mengendalikan di bawah keperluan undang-undang yang sama dengan BYU–Pathway.

Pengiklanan

Di negara-negara di mana mengiklankan EnglishConnect 1 dan 2 telah dibenarkan, pancang, bahagian, dan misi tempatan boleh mengiklankan kumpulan EnglishConnect 1 dan 2 kepada seluruh komuniti menurut garis panduan pengiklanan negara tertentu (lihat keperluan negara tertentu di englishconnect.org/leader/approved-locations). Iklan harus mengandungi semua yang berikut:

  1. Penempatan yang menonjol nama Gereja.

  2. Kenyataan bahawa tidak ada kos untuk EnglishConnect 1 dan 2.

  3. Kenyataan bahawa EnglishConnect 1 dan 2 tidak ada sebarang akreditasi.

Hak Cipta dan Pelesenan

EnglishConnect ialah program yang disediakan oleh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Semua hak kepada bahan-bahan EnglishConnect dimiliki atau berlesen oleh Intellectual Reserve, Inc. untuk penggunaan oleh unit-unit Gereja seperti pancang, daerah, dan misi. Sebarang kegunaan lain bahan-bahan EnglishConnect memerlukan kebenaran bertulis terlebih dahulu. Untuk meminta kebenaran untuk menggunakan bahan-bahan EnglishConnect, sila isi borang permintaan di permissions.ChurchofJesusChrist.org.

Budak Bawah Umur

Kumpulan EnglishConnect mesti selalu ikut polisi Gereja untuk melindungi remaja (yang termasuk peserta-peserta yang berumur 18 tahun ke bawah). Budak bawah umur mesti mempunyai borang kebenaran ibu bapa sebelum menghadiri kumpulan EnglishConnect. Borang-borang boleh didapati dalam banyak bahasa dalam talian di englishconnect.org/resources/leader. Borang-borang lengkap diisi harus disimpan oleh pemimpin-pemimpin tempatan dan kekal sedia ada untuk audit.

Kerana para pelajar EnglishConnect boleh termasuk budak bawah umur, para pemimpin gerejawi harus bertemu duga dengan setiap bakal pengajar dan menyemak rekod keahlian calon untuk anotasi sebelum memberi panggilan. Tambahan pula, sekurang-kurangnya dua orang dewasa harus hadir pada setiap masa semasa pertemuan kumpulan. Para pengajar tidak harus bekerja satu-satu dengan seorang peserta bawah umur secara peribadi. Anda mesti ikut polisi-polisi ini bahkan jika kumpulan bertemu secara maya.

Budak Bawah Umur yang Menyertai Kumpulan Perbualan Maya

Budak bawah umur boleh menyertai kumpulan perbualan EnglishConnect 1 dan 2 hanya dengan kebenaran ibu bapa dan bila kumpulan dijalankan oleh sekurang-kurangnya dua pengajar.

Untuk mengutamakan keselamatan, kumpulan perbualan dalam talian yang termasuk budak bawah umur mesti disediakan untuk mengelakkan interaksi satu-satu dalam talian antara budak bawah umur dan pengajar. Budak bawah umur boleh menyertai kumpulan perbualan dalam talian hanya jika ada dua atau lebih pengajar yang hadir pertemuan kumpulan.

Sebagai tambahan, tiada pengajar EnglishConnect patut sms, e-mel, atau hubungi budak bawah umur tanpa ada orang lain yang termasuk dalam komunikasi itu. Untuk lawatan peribadi atau panggilan telefon, satu lagi orang dewasa harus hadir. Di mana mungkin, seorang pengajar harus mengawasi interaksi kumpulan masing-masing semasa kumpulan perbualan dalam talian.

Privasi

EnglishConnect ialah program yang disediakan oleh Gereja Yesus Kristus Orang Suci Zaman Akhir. Untuk butiran tentang bagaimana data peribadi anda diproses, sila layari ChurchofJesusChrist.org dan klik pautan Pemberitahuan Privasi di bahagian bawah halaman itu.

Semua peserta mesti menerima syarat-syarat penyertaan, yang boleh didapati di ChurchofJesusChrist.org/legal/englishconnect-terms-of-participation. Para peserta boleh menerima syarat-syarat penyertaan secara elektronik apabila seorang fasilitator EnglishConnect mendaftarkan mereka dalam QuickReg.

Para pengajar EnglishConnect tidak harus menyiarkan gambar tentang orang yang mereka ajar di media sosial.

Akreditasi

EnglishConnect tidak membawa apa-apa jenis akreditasi, ijazah, atau kredit oleh mana-mana program pendidikan atau latihan atau institusi latihan. Penyertaan adalah secara sukarela. Anda boleh tinggalkan program atau berhenti hadir pada bila-bila masa.