“Bagaimanakah Saya Bersedia untuk Kumpulan Perbualan?” EnglishConnect untuk Pengajar (2023)
“Bagaimanakah Saya Bersedia untuk Kumpulan Perbualan?” EnglishConnect untuk Pengajar
Bagaimanakah Saya Bersedia untuk Kumpulan Perbualan?
Kumpulan perbualan sangat penting kepada pengalaman EnglishConnect. Dalam kumpulan perbualan, para pelajar mempunyai kesempatan untuk berlatih perbualan yang bermakna. Ketika mereka bertemu, para pelajar boleh mendapat keyakinan, belajar daripada Roh, dan menyokong satu sama lain.
Bercakap bahasa Inggeris membantu para pelajar maju dan merupakan cara penting untuk mencari kurnia bahasa. Anda boleh memimpin kumpulan perbualan dengan menggunakan bahasa Inggeris mudah. Jika perlu, anda boleh merujuk kepada terjemahan dalam buku panduan pelajar EnglishConnect dalam bahasa ibunda mereka. Terjemahan disediakan untuk matlamat, asas-asas pembelajaran, kosa kata, dan arahan.
Sebelum kumpulan perbualan anda bertemu, semak setiap bahagian dalam buku panduan pelajar EnglishConnect. Berikut adalah beberapa langkah untuk membantu anda bersedia:
-
Berdoa dan cari bantuan Tuhan.
-
Pertimbangkan bagaimana anda akan membangunkan iman, persahabatan, dan perkembangan dalam kumpulan.
-
Bagaimanakah saya boleh menjemput Roh?
-
Bagaimanakah saya boleh membantu para pelajar mencari dan mengenali bantuan Tuhan?
-
Bagaimanakah saya boleh membantu para pelajar mengasihi dan menyokong satu sama lain?
-
Bagaimanakah saya boleh membantu para pelajar bercakap bahasa Inggeris dan meningkat?
-
-
Kaji asas pembelajaran.
-
Bagaimanakah saya telah mengalami asas ini?
-
Bagaimanakah saya boleh membantu para pelajar menggunakan asas ini?
-
Bagaimanakah saya boleh menggunakan asas ini dalam pengajaran saya?
-
-
Kaji semula kosa kata dan pola.
-
Bolehkah saya dengan yakin menggunakan kosa kata dan pola dalam perbualan?
-
-
Baca aktiviti 1–3.
-
Bagaimanakah saya akan menunjukkan setiap aktiviti?
-
Bagaimanakah saya akan memilih pasangan untuk latihan?
-
Bagaimanakah saya akan menyokong para pelajar ketika mereka berlatih?
-
-
Kaji semula bahagian “Menilai”.
-
Bagaimanakah saya akan membantu para pelajar rasa berjaya?
-
Bagaimanakah saya akan membantu para pelajar menggunakan “Penjejak Kajian Peribadi” dalam buku panduan pelajar?
-
-
Kaji semula bahagian “Bertindak dalam Iman untuk Berlatih Bahasa Inggeris Setiap Hari”.
-
Bagaimanakah saya akan menggalakkan para pelajar untuk melakukan bahagian “Kajian Peribadi” sebelum kumpulan bertemu dan untuk berlatih bahasa Inggeris setiap hari?
-
Bagaimanakah saya akan menggalakkan para pelajar untuk bergantung pada Tuhan?
-
Kaji semula bahagian “Sumber Kumpulan” dalam buku panduan ini. (Sumber-sumber ini juga termasuk dalam buku panduan pelajar EnglishConnect.) Rancang bagaimana anda akan menggunakan sumber-sumber ini. Bahagian “Frasa Kumpulan Perbualan” termasuk frasa-frasa mudah yang boleh bantu kumpulan berinteraksi dalam bahasa Inggeris. “Berdoa Dalam Bahasa Inggeris” termasuk pola mudah untuk membantu pelajar-pelajar berdoa dalam bahasa Inggeris. Anda boleh menjemput para peserta untuk mengkaji bahagian ini untuk bersedia memberi doa pembuka atau penutup.
Sumber-sumber pengajaran tambahan dan contoh didapati dalam Gospel Library dan di englishconnect.org/teacher
Kawan dari Agama Lain
Tumpuan pada pembelajaran berdasarkan agama ialah salah satu perkara yang membuat EnglishConnect unik. Anda boleh masukkan orang dari latar belakang agama lain dengan membantu mereka merenungkan bagaimana asas pembelajaran terpakai kepada mereka. Anda boleh menggunakan “Glosari Asas-asas Pembelajaran” dalam buku panduan pelajar EnglishConnect untuk membantu mereka memahami perkataan injil. Seperti yang dibimbing oleh Roh, pertimbangkan menjemput mereka untuk berkongsi apa yang mereka belajar ketika anda bincangkan asas-asas pembelajaran. Selalu menunjukkan hormat kepada kepercayaan orang lain sambil berkongsi iman anda secara terbuka bahawa Tuhan boleh bantu mereka belajar Inggeris.
Anda boleh cari idea-idea tambahan dalam pengenalan buku panduan Mengkhutbahkan Injil-Ku; lihat bahagian Penggunaan Mengkhutbahkan Injil-Kuoleh Ahli-ahli Gereja.”
Bekerja dengan Remaja
EnglishConnect boleh memberkati kehidupan remaja. Pancang, bahagian, dan misi boleh menganjurkan kumpulan untuk remaja sahaja. Jika kumpulan remaja dan dewasa digabungkan, pertimbangkan mengumpulkan remaja bersama untuk aktiviti latihan.
Ingatlah untuk mengikut dasar-dasar Gereja untuk melindungi remaja. Budak bawah umur (berumur 18 tahun ke bawah dan tinggal di rumah) mesti mempunyai borang kebenaran ibu bapa sebelum hadiri kumpulan EnglishConnect. Borang-borang boleh didapati dalam banyak bahasa dalam talian di englishconnect.org/resources/leader. Tambahan pula, kursus EnglishConnect mesti ikut dasar Gereja bahawa sekurang-kurangnya dua orang dewasa yang bertanggungjawab selalu hadir semasa pertemuan kumpulan. Anda mesti ikut dasar-dasar ini bahkan jika kumpulan bertemu secara maya.