Pembelajaran Inggeris
Apakah itu EnglishConnect?


“Apakah itu EnglishConnect?” EnglishConnect untuk Pengajar (2023)

“Apakah itu EnglishConnect?” EnglishConnect untuk Pengajar

tiga remaja putera sedang bercakap dan ketawa

Apakah itu EnglishConnect?

EnglishConnect ialah program pembelajaran bahasa Inggeris yang disediakan oleh Gereja Yesus Kristus Dari Orang Suci Zaman Akhir. Tujuan EnglishConnect ialah untuk membantu individu-individu mengembangkan kemahiran bahasa Inggeris dalam persekitaran iman, persahabatan, dan perkembangan.

EnglishConnect termasuk pelbagai peringkat. EnglishConnect 1 dan 2 membantu para pelajar mengembangkan kemahiran asas bahasa Inggeris. Lihat “Pengenalan” dalam buku panduan pelajar EnglishConnect untuk butiran lanjut. EnglishConnect 3 menyediakan para pelajar untuk kesempatan akademik—khususnya BYU–Pathway Worldwide. Anda boleh belajar lebih tentang BYU–Pathway Worldwide di byupathway.org/englishconnect.

empat chevron yang menunjukkan kemajuan melalui EnglishConnect 1, 2, dan 3 sehingga BYU–Pathway Worldwide

EnglishConnect memberikan jalan untuk membantu para pelajar maju semasa mereka bersedia untuk pekerjaan, pendidikan, dan pelayanan. Ketahui lebih lanjut di EnglishConnect.org.