Ikutlah Aku
25–31 Mac. Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6: ‘Jangan Takut’


“25–31 Mac. Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6: ‘Jangan Takut’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“25–31 Mac. Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
Kristus memberi makan kepada orang ramai

Feed Them, oleh Jorge Cocco

25–31 Mac

Matius 14–15; Markus 6–7; Yohanes 5–6

“Jangan Takut”

Semasa anda membaca Matius 14–15; Markus 6–7; dan Yohanes 5–6, carilah kebenaran yang bermakna untuk anda. Anda boleh menanyakan diri anda soalan seperti “Bagaimanakah laporan dalam bab-bab ini berkait kepada saya?” “Apakah pesanan yang saya temui untuk kehidupan saya?” atau “Apakah yang saya ingin kongsi dengan keluarga saya atau orang lain?”

Mencatat Tanggapan Anda

Apakah yang mengilhami Petrus untuk keluar dengan selamat dari sampannya di tengah Laut Galilea ketika ribut badai? Apakah yang mendorongnya untuk percaya bahawa sekiranya Yesus dapat berjalan atas air, dia juga dapat? Kita tidak dapat mengetahui dengan pasti, tetapi mungkin Petrus memahami bahawa Putera Tuhan datang bukan hanya untuk melakukan hal-hal yang menakjubkan untuk orang ramai tetapi untuk menguatkan orang seperti Petrus untuk melakukan hal-hal yang menakjubkan juga. Jemputan Yesus, adalah “Ikutlah Aku” (Lukas 18:22). Petrus telah menerima jemputan ini sekali, dan dia rela untuk menerimanya lagi, bahkan sekiranya ia bermaksud untuk menghadapi ketakutannya dan melakukan sesuatu yang kelihatan mustahil. Mungkin Tuhan tidak akan meminta kita untuk melangkah keluar dari sampan di tengah ribut atau mengagihkan bekalan roti kita yang sedikit ketika ribuan perlu makan, tetapi Dia mungkin meminta kita untuk menerima arahan bahkan ketika tidak memahaminya sepenuhnya. Apa pun jemputan-Nya kepada kita, kadangkala ia mungkin akan kelihatan mengejutkan atau bahkan menakutkan. Tetapi mukjizat dapat terjadi sekiranya kita, seperti Petrus, akan mengetepikan ketakutan kita, keraguan kita, dan pemahaman kita yang terhad dan mengikuti-Nya dengan iman.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Yohanes 5:17–47

Yesus Kristus memuliakan Bapa-Nya.

Hubungan antara Bapa Syurgawi dan setiap anak-anak-Nya bermaksud untuk menjadi yang kudus. Dalam ayat ini, Yesus Kristus memberikan kita contoh yang mengilhamkan untuk diikuti dalam hubungan kita dengan Bapa Syurgawi. Bacalah Yohanes 5:17–47, dan tandakan atau mencatat setiap perkataan Bapa. Bagaimanakah Putera memuliakan Bapa, dan bagaimanakah anda dapat mengikuti teladan-Nya? Apakah yang anda pelajari tentang bagaimana Bapa rasakan tentang Putera? Bagaimanakah menguatkan hubungan anda dengan Bapa Syurgawi meningkatkan kerelaan anda untuk mencari dan mematuhi kehendak-Nya?

Lihat juga Yohanes 17; Jeffrey R. Holland, “The Grandeur of God,” Ensign atau Liahona, Nov. 2003, 70–73.

Matius 14:16–21; Markus 6:33–44; Yohanes 6:5–14

Juruselamat dapat mengembangkan persembahan saya yang rendah hati untuk mencapai tujuan-Nya.

Pernahkah anda merasa tidak mencukupi untuk memenuhi semua keperluan yang anda lihat di sekeliling anda—dalam rumah anda, dalam hubungan anda, atau dalam masyarakat? Para pengikut Yesus mesti telah merasa tidak mencukupi ketika Dia meminta mereka untuk memberi makan kepada lima ribu orang yang lapar (lihat Matius 14:21) ketika hanya terdapat lima buku roti dan dua ekor ikan. Ketika anda membaca tentang mukjizat yang berlaku seterusnya, renungkan bagaimana Tuhan menggunakan persembahan pelayanan anda yang rendah hati untuk memberkati mereka di sekeliling anda. Bagaimanakah Dia mungkin mengembangkan usaha anda semasa anda melayani di Gereja? Pertimbangkan kenyataan ini dari President James E. Faust: “Banyak orang yang tidak ternama dengan kurnia bersamaan dengan hanya lima buku roti dan dua ekor ikan kecil mengembangkan panggilan dan pelayanan mereka tanpa perhatian atau pengiktirafan, memberi makan kepada ribuan” (“Five Loaves and Two Fishes,” Ensign, Mei 1994, 5).

Matius 14:22–33; Markus 6:45–52; Yohanes 6:15–21

Yesus Kristus menjemput saya untuk mengetepikan ketakutan dan keraguan saya dan beriman kepada Dia.

Bayangkan di minda anda butiran yang digambarkan di dalam Matius 14:22–33; Markus 6:45–52; dan Yohanes 6:15–21. Bayangkan bagaimana Petrus dan para pengikut yang lain mungkin rasakan. Apakah yang anda pelajari tentang penganutan dari perkataan dan tindakan Juruselamat dalam ayat-ayat ini? Apakah yang anda pelajari dari perkataan dan tindakan Petrus? (Lihat juga 1 Nefi 3:7.) Apakah yang Tuhan menjemput anda untuk melakukan yang mungkin sama seperti melangkah keluar dari sampan? Apakah yang anda temui dalam ayat-ayat ini yang memberi anda keberanian untuk beriman kepada Yesus Kristus?

Yohanes 6:22–71

Sebagai seorang pengikut Yesus Kristus, saya harus rela untuk mempercayai dan menerima kebenaran, bahkan ketika ia sukar untuk dilakukan.

Hari selepas Yesus dengan menakjubkan menyediakan roti untuk orang ramai di padang belantara, pengikut-Nya menjumpai-Nya dan menginginkan lebih banyak roti. Bagaimanapun, mereka kecewa dan bahkan tersinggung ketika Dia sebaliknya menawarkan mereka makanan rohani—”roti kehidupan” (Yohanes 6:48). Banyak yang merasakan ini sebagai “perkataan keras” (Yohanes 6:60).

Pernahkah anda mempunyai pengalaman ketika anda merasakan sesuatu yang Juruselamat atau salah satu hamba-Nya mengajarkan ajaran yang “keras” atau sukar untuk diterima? Fikirkan tentang pengalaman sedemikian ketika anda membaca laporan ini, terutamanya perkataan Petrus dalam ayat 68–69. Apakah beberapa “firman kehidupan abadi” (Yohanes 6:68) yang membantu anda untuk kekal komited untuk mengikuti Juruselamat?

Lihat juga M. Russell Ballard, “To Whom Shall We Go?” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 90–92.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius 14:16–21

Ketika anda membaca tentang memberi makan kepada lima ribu orang, anda boleh makan beberapa roti dan ikan dan membayangkan seberapa banyak ia diperlukan untuk memberi makan kepada lima ribu orang. Bagaimanakah keluarga anda telah diberi makan secara rohani oleh Kristus? Bagaimanakah Dia telah menggunakan anda untuk memberi makan kepada orang lain?

Imej
roti dan ikan

Yesus memberi makan kepada 5,000 orang dengan hanya lima buku roti dan dua ekor ikan.

Matius 14:22–33

Keluarga anda mungkin menikmati untuk melakonkan semula cerita di ayat-ayat ini. Mengapakah para pengikut itu ketakutan? Mengapakah Petrus mampu mengatasi ketakutannya dan meninggalkan sampan? Bagaimanakah dia menunjukkan iman bahkan ketika dia mulai tenggelam? Bagaimanakah kadangkala kita seperti Petrus?

Yohanes 5:1–16

Jemputlah ahli keluarga untuk mencatat perkataan “disembuhkan’ dalam ayat ini. Dalam cara apakah Yesus Kristus dapat menyembuhkan orang? Bilakah dan bagaimanakah Dia telah menjadikan kita sembuh?

Yohanes 6:28–58

Berikanlah setiap ahli keluarga roti untuk dimakan, dan bincangkan kebaikan yang kita terima dari roti dan makanan sihat yang lain. Kemudian carilah ayat-ayat ini bersama, mencari kenapa Yesus Kristus mengelar diri-Nya “roti kehidupan” (Yohanes 6:35).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carilah pandangan rohani anda sendiri. Dalam kajian peribadi dan sekeluarga anda, janganlah menghadkan diri anda dengan ayat suci yang terkandung dalam rangka panduan ini. Tuhan memiliki pesanan untuk anda dalam bab-bab ini yang tidak terkandung di sini. Mencarinya dengan penuh doa.

Imej
Yesus menarik Petrus dari air

Against the Wind, oleh Liz Lemon Swindle