Ikutlah Aku
11–17 Mac. Matius10–12; Markus 2; Lukas 7; 11: ‘Dua Belas yang Yesus Utus’


“11–17 Mac. Matius 10–12; Markus 2; Lukas 7; 11: ‘Dua Belas yang Yesus Utus’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“11–17 Mac. Matius 10–12; Markus 2; Lukas 7; 11,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga

Imej
Yesus mentahbis Petrus

1–17 Mac

Matius 10–12; Markus 2; Lukas 711

“Dua Belas yang Yesus Utus”

Semasa anda membaca Matius 10–12; Markus 2; dan Lukas 711, buatlah nota tentang tanggapan yang anda terima dari Roh Kudus. Pertimbangkan untuk merenung dan mencatatnya.

Mencatat Tanggapan Anda

Berita mukjizat Yesus menyembuhkan tersebar dengan cepat. Orang ramai mengikuti-Nya, mengharapkan kelegaan dari penyakit mereka. Tetapi ketika Juruselamat memandang kepada orang ramai, Dia melihat lebih sekadar keperluan fizikal mereka. Dipenuhi dengan rasa kasihan, Dia melihat “domba tanpa gembala” (Matius 9:36). “Tuaian memang banyak,” Dia perhatikan, “tetapi pekerja sedikit” (Matius 9:37). Oleh itu Dia memanggil dua belas Rasul, “berikan mereka kuasa,” dan mengutus mereka untuk mengajar dan melayani “domba-domba yang hilang dari umat Israel” (Matius 10:1, 6). Pada masa kini keperluan untuk lebih banyak pekerja untuk melayani anak-anak Bapa Syurgawi juga sama besar. Masih terdapat dua belas Rasul, tetapi terdapat lebih ramai pengikut Yesus Kristus berbanding sebelumnya—orang yang boleh menyatakan kepada seluruh dunia, “Kerajaan syurga sudah dekat” (Matius 10:7).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 10

Tuhan memberi para hamba-Nya kuasa untuk melakukan pekerjaan-Nya.

Arahan yang Yesus berikan di dalam Matius 10 adalah untuk para Rasul-Nya, tetapi kita semua mempunyai bahagian dalam pekerjaan Tuhan. Apakah kuasa yang Kristus berikan kepada para Rasul-Nya untuk membantu mereka memenuhi misi mereka. Bagaimanakah anda dapat mendapatkan kuasa-Nya dalam pekerjaan yang telah anda dipanggil untuk melakukan? (lihat 2 Korintus 6:1–10; A&P 121:34–46).

Imej
Kuorum Dua Belas

Dua Belas Rasul melaksanakan pekerjaan Tuhan pada hari ini.

Semasa anda membaca tanggungjawab yang Kristus berikan kepada para Rasul-Nya, anda mungkin akan menerima tanggapan tentang pekerjaan yang Tuhan ingin anda untuk lakukan. Carta seperti berikut dapat membantu anda menyusun buah fikiran anda:

Matius 10

Tanggapan yang saya terima

Juruselamat memberikan para pengikut-Nya kuasa.

Tanggapan yang saya terima

Tuhan akan memberikan kuasa yang saya perlukan untuk melakukan pekerjaan saya.

Tanggapan yang saya terima

Lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:6; Panduan Tulisan Suci, “Para Rasul”; “Jesus Calls Twelve Apostles to Preach and Bless Others” (video, LDS.org).

Matius 10:17–20

Ketika saya berada dalam pelayanan Tuhan, Dia akan mengilhami saya untuk apa yang perlu diucapkan.

Tuhan telah terlebih dahulu melihat bahawa para pengikut-Nya akan dianiayai dan dipersoalkan tentang iman mereka—sesuatu yang serupa yang mungkin dialami oleh para pengikut masa kini. Tetapi Dia menjanjikan para pengikut bahawa mereka akan tahu melalui Roh apa yang harus diperkatakan. Pernahkah anda mempunyai pengalaman ketika janji ilahi ini di dipenuhi dalam kehidupan anda, mungkin ketika anda berkongsi kesaksian anda, memberikan berkat, atau mempunyai perbualan dengan seseorang? Pertimbangkan untuk berkongsi pengalaman anda dengan orang yang dikasihi atau mencatatkannya dalam jurnal.

Lihat juga Lukas 12:11–12; Ajaran dan Perjanjian 84:85.

Matius 10:34–39

Apakah yang dimaksudkan Yesus dengan “Aku datang bukan untuk membawa kedamaian, tetapi pertentangan”?

Elder D. Todd Christofferson mengajarkan: “Saya yakin sebilangan dari anda telah ditolak dan dipulaukan oleh ayah dan ibu, saudara dan saudari semasa anda menerima injil Yesus Kristus dan memasuki ke dalam perjanjian-Nya. Dalam satu atau cara yang lain, kasih unggul anda bagi Kristus telah memerlukan pengorbanan hubungan yang amat mesra bagi anda, dan anda telah menitiskan banyak air mata. Namun dengan kasih anda sendiri yang tidak dikurangi, anda berpegang erat di bawah salib ini, menunjukkan diri anda tidak malu untuk Putera Tuhan”” (“Finding Your Life,” Ensign, Mac. 2016, 28).

Kerelaan ini untuk kehilangan hubungan yang dikasihi bagi mengikuti Juruselamat datang dengan suatu janji bahawa “barangsiapa kehilangan nyawanya kerana Aku, dia akan memperolehnya (Matius 10:39).

Matius 11:28–30

Yesus Kristus akan memberi saya peristirahatan ketika saya bergantung kepada Dia dan Korban Tebusan-Nya.

Kita semua memikul beban—sesetengah disebabkan dari dosa dan kesilapan kita sendiri, sesetengah disebabkan oleh pilihan orang lain, dan sesetengah adalah bukan salah sesiapa tetapi hanya sebahagian dari hidup di bumi. Tanpa mengira alasan untuk kesusahan kita, Yesus telah meminta kita untuk datang kepada-Nya agar Dia dapat membantu kita menanggung beban kita dan mendapat kelegaan (lihat juga Mosia 24). Elder David A. Bednar mengajarkan, “Membuat dan mentaati perjanjian kudus menggabungkan kita dengan Tuhan Yesus Kristus” (“Menanggung Beban Mereka dengan Mudah,” Ensign atau Liahona, Mei 2014, 88). Dengan ini di minda, renungkan soalan seperti berikut untuk lebih memahami firman Juruselamat di dalam ayat ini: “Bagaimanakah perjanjian saya menggabungkan saya dengan Juruselamat?” “Apakah yang saya perlu lakukan untuk datang kepada Kristus? Atau “Dalam cara apakah kuk Juruselamat senang dan beban-Nya ringan?

Apakah soalan lain yang datang ke minda anda semasa anda mengkaji? Catatkan ia dan carilah jawapan pada minggu ini di dalam tulisan suci dan perkataan para nabi. Anda mungkin menemui jawapan kepada beberapa soalan anda di dalam pesanan Elder David A. Bednar’s dirujukkan berikut.

Lukas 7:36–50

Semasa saya telah diampuni atas dosa-dosa saya, kasih saya kepada Juruselamat mendalam.

Adakah anda melihat diri anda di dalam laporan ayat ini tentang kunjungan Juruselamat kepada Simon orang Farisi? Adakah anda pernah seperti Simon? Apakah yang anda boleh lakukan untuk mengikuti teladan wanita tersebut dalam menunjukkan kerendahan hati dan kasih kepada Yesus Kristus? Bilakah anda telah mengalami kelembutan dan belas kasihan yang Juruselamat telah tunjukkan kepada wanita tersebut? Apakah yang anda pelajari dari ayat-ayat in tentang bagaimana keampunan menguatkan kasih kita kepada Juruselamat?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius 10:40

Semasa kita pertimbangkan pesanan dari persidangan umum terbaru, bagaimanakah tindakan kita sebagai sebuah keluarga dalam menerima dan mengikuti nasihat para Rasul moden? Bagaimanakah kepatuhan kita kepada nasihat mereka membawa kita lebih dekat kepada Yesus Kristus?

Matius 11:28–30

Anda dapat membantu keluarga anda untuk menggambarkan ajaran-ajaran Juruselamat di dalam ayat-ayat ini dengan memberikan mereka bergilir menarik sesuatu yang berat, pertama dengan diri mereka sendiri dan kemudian dengan bantuan. Apakah beberapa beban yang kita pikul? Apakah ertinya untuk mengambil kuk Kristus ke atas diri anda? Gambar yang disertakan di dalam rangka panduan ini dapat membantu anda menjelaskan apa itu kuk.

Matius 12:10–13; Markus 2:23–28

Bagaimanakah kita dapat “berbuat baik” pada Hari Sabat? (Matius 12:12). Dalam cara apakah Juruselamat dapat menyembuhkan kita pada hari Sabat?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Mendengar Roh. Semasa anda mengkaji, beri perhatian kepada pemikiran dan perasaan anda (lihat A&P 8:2–3), bahkan sekiranya ia kelihatan tidak berkaitan dengan apa yang anda sedang baca. Tanggapan tersebut mungkin adalah hal-hal yang Tuhan ingin anda untuk tahu dan lakukan.

Imej
pembinaan Bait Suci Kirtland

Juruselamat berkata, “Pikullah kuk yang Ku-pasang” (Matius 11:29).

Kirtland and the First Temple, oleh Dan Burr