Ikutlah Aku
4–10 Mac. Matius 8–9; Markus 2–5: ‘Kerana Kamu Percaya Kepada-Ku, Kamu Sembuh’


“4–10 Mac. Matius 8–9; Markus 2–5: ‘Kerana Kamu Percaya Kepada-Ku, Kamu Sembuh’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“4–10 Mac. Matius 8–9; Markus 2–5,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019

Imej
Yesus menyembuhkan lelaki yang lumpuh

Penyembuhan dalam Sayap-Nya, oleh Jon McNaughton

4–10 Mac

Matius 8–9; Markus 2–5

“Kerana Kamu Percaya Kepada-Ku, Kamu sembuh”

Apabila anda membaca Matius 8–9 dan Markus 2–5, jadilah responsif terhadap tanggapan yang anda terima daripada Roh Kudus. Tuliskan perasaan yang anda terima dan perkara yang anda boleh lakukan untuk bertindak mengikut perasaan tersebut.

Mencatat Tanggapan Anda

Ia amat susah untuk tidak berasa kagum apabila membaca Perjanjian Baru dengan banyak laporan tentang Juruselamat menyembuhkan mereka yang sakit dan sengsara—semua orang daripada seorang wanita yang demam kepada seorang perempuan yang telah diumumkan mati. Mesej apa yang mungkin terdapat untuk kita dalam mukjizat penyembuhan fizikal ini? Semestinya mesej utama ialah yang Yesus Kristus ialah Putera Tuhan, dengan kuasa ke atas semua perkara, termasuk kesakitan fizikal dan ketidaksempurnaan kita. Tetapi erti lain boleh diketahui di dalam perkataan-Nya terhadap jurutulis yang ragi-ragi: “Kepada kamu Aku akan membuktikan bahawa di atas bumi ini Anak Manusia berkuasa mengampunkan dosa” (Markus 2:10). Jadi apabila anda membaca tentang seorang buta atau kusta disembuhkan, anda boleh memikirkan penyembuhan itu sebagai—rohani dan fizikal— yang anda boleh terima daripada Juruselamat dan dengar Dia berkata kepada anda, “Kerana kamu percaya kepada-Ku, kamu sembuh” (Markus 5:34).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 8–9; Markus 25

Juruselamat boleh sembuhkan kelemahan dan kesakitan

Beberapa bab ini mencatat banyak penyembuhan mukjizat yang dilaksanakan Juruselamat. Apabila anda mengkaji penyembuhan ini, cari mesej yang mungkin ada untuk anda. Anda mungkin tanya kepada diri anda sendiri: Apa yang laporan ini ajar tentang iman? Apa yang laporan ini ajar tentang Juruselamat? Apa yang Tuhan mahu saya belajar daripada mukjizat ini?

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Healing the Sick,” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 47–50.

Imej
Yesus menyembuhkan mereka yang sakit

Yesus Menyembuhkan yang Sakit, oleh Joseph Brickey, selepas Heinrich Hofmann

Matius 8:5–13; Markus 5:24–34

Saya boleh meminta pertolongan Tuhan walaupun saya rasa tidak layak.

Ketua askar Roma, seorang bukan Israel, rasa tidak layak untuk mempunyai Yesus dalam rumahnya. Wanita dengan penyakit pendarahan dianggap tidak bersih dan diketepikan daripada masyarakat Yahudi. Tetapi Juruselamat memberkati mereka berdua. Apa yang dapat kita pelajari dari dua laporan ini tentang mencari pertolongan daripada Tuhan?

Matius 8:18–22; Markus 3:31–35

Menjadi seorang pengikut Yesus Kristus bererti saya meletakkan Dia dahulu dalam hidup saya.

Dalam ayat ini, Yesus mengajar bahawa menjadi pengikut-nya memerlukan kita untuk meletakkan Dia dahulu dalam hidup kita, walaupun ia bererti kita kadang-kadang harus mengorbankan perkara lain yang kita hargai. Semasa anda mengkaji ayat ini, renungkan penganutan anda. Mengapa seorang pengikut harus rela untuk meletakkan Juruselamat dahulu? Apa yang anda mungkin harus korbankan untuk meletakkan Yesus di depan? (Lihat juga Lukas 9:57–62.)

Matius 8:23–27; Markus 4:35–41

Yesus Kristus mempunyai kuasa untuk membawa kedamaian dalam ribut hidup.

Pernahkah anda terasa seperti pengikut Yesus dalam ribut di laut—melihat ombak air memenuhi bot dan bertanya, “Guru, tidakkah Guru peduli? Kita hampir tenggelam?”

Dalam Markus 4:35–41, anda akan jumpa empat soalan. Senaraikan setiap satu dan renungkan apa yang ia ajar tentang menempuhi cabaran kehidupan dengan iman dalam Yesus Kristus. Bagaimana Juruselamat membawa kedamaian dalam ribut kehidupan anda

Matius 9:1–13; Markus 2:15–17

Saya boleh mempertahankan kepercayaan saya dengan mengajar asas kebenaran.

Kadang-kadang ia susah untuk tahu bagaimana untuk bertindak apabila orang mengutuk kepercayaan agama dan amalan kita. Apabila anda membaca Matius 9:1–13 dan Markus 2:15–17, cari untuk kritikan daripada penuduh dan jawapan Juruselamat. Pertimbangkan untuk menandakan kritikan dan jawapan dalam berlainan warna atau tuliskannya. Ada yang anda perhatikan tentang cara Juruselamat mengajar? Bagaimana dengan mengikut contoh-Nya boleh menolong anda jika anda perlu membela asas injil atau amalan Gereja?

Lihat juga video “Everyday Example: When Beliefs Are Questioned” (LDS.org).

Matius 9:1–8

Kerana pertaubatan, saya boleh teguhkan hatiku.

Apabila seorang yang lumpuh dibawa kepada Juruselamat, ia terang kepada semua bahawa dia perlu disembuhkan dengan segera. Tetapi Yesus membincangkan keperluan utama dia dahulu—keampunan dosanya. Walaupun lelaki itu tidak disembuhkan secara fizikal, dia masih boleh mengikut nasihat Yesus untuk “teguhkanlah hatimu” (Matius 9:2). Bilakah anda pernah merasa kegembiraan kerana anda telah diampuni? (Lihat juga Alma 36:18–24.)

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Sambil anda sambung belajar tentang pelayanan Juruselamat dengan keluarga anda, Roh akan menolong anda untuk mengetahui asas mana yang harus ditekankan dan dibincangkan untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius 8–9; Markus 25

Pertimbangkan untuk membuat senarai mukjizat yang diceritakan dalam bab ini dan cari beberapa gambar tentangnya. (lihat Buku Seni Injil atau LDS.org). Anda mungkin boleh meminta seorang ahli keluarga untuk menceritakan tentang salah satu mukjizat (menggunakan gambar jika ada) dan kongsi apa yang mereka belajar darinya. Anda mungkin boleh berkongsi beberapa contoh mukjizat yang anda telah saksikan atau baca dalam sejarah Gereja moden.

Matius 9:10–13

Apa yang kita belajar daripada cara Yesus melayani pemungut cukai dan orang yang dihina, mereka yang dijauhi oleh orang lain. Bagaimana kita boleh mengikut teladan Dia apabila kita berinteraksi dengan orang lain?

Matius 9:36–38

Bagaimana anda boleh menolong keluarga anda faham rayuan Juruselamat untuk lebih penuai untuk menolong mengajar injil? Anda boleh membuat perkara mudah bersama seperti bekerja bersama untuk membuat tugasan yang akan mengambil seseorang masa yang lama, seperti membersihkan dapur selepas makan malam. Apakah yang boleh kita lakukan untuk kongsi pesanan injil?

Markus 4:35–41

Bolehkah laporan ini menolong ahli keluarga apabila mereka rasa takut? Mungkin mereka boleh membaca ayat 39 dan kongsi pengalaman apabila Juruselamat menolong mereka rasa kedamaian dalam masa sengketa dan ketakutan.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Sentiasa ada dan boleh bertemu. Beberapa masa pengajaran yang terbaik bermula sebagai soalan atau kebimbangan dalam hati seorang ahli keluarga. Biarkan ahli keluarga tahu melalui perkataan dan tindakan anda bahawa anda berhasrat untuk mendengar mereka.(lihat Teaching in the Savior’s Way, 16).

Imej
lelaki di atas katil yang diturunkan melalui bumbung kepada Yesus.

Kristus dan Lelaki Lumpuh, oleh J. Kirk Richards