Ikutlah Aku
1–14 April. Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9: ‘Engkau Adalah Kristus’


“1–14 April. Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9: ‘Engkau Adalah Kristus’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“1–14 April. Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
Perubahan rupa Kristus

The Transfiguration, oleh Carl Heinrich Bloch

1–14 April

Matius 16–17; Markus 9; Lukas 9

“Engkau Adalah Kristus”

Untuk tempoh dua minggu akan datang, renungkan kesaksian Petrus, didapat di Matius 16:15–17, dan kesaksian para nabi dan rasul yang akan anda dengar ketika persidangan umum.

Mencatat Tanggapan Anda

Tidakkah pelik bahawa orang Farisi dan orang Saduki meminta Yesus menunjukkan mereka “suatu tanda dari syurga”? Bukankah banyak mukjizat-Nya yang terkenal mencukupi? Bagaimana dengan ajaran-ajaran berkuasa-Nya atau pelbagai cara Dia telah penuhi nubuat kuno? Permintaan mereka bukan disebabkan kekurangan tanda tetapi oleh ketidakrelaan untuk “membezakan tanda-tanda” dan menerimanya. (Lihat Matius 16:1–4.)

Petrus, seperti orang Farisi dan orang Saduki, telah menyaksikan mukjizat Juruselamat dan mendengar ajaran-ajaran-Nya. Tetapi kesaksian sahih Petrus, “Engkau adalah Kristus, Putera Tuhan yang hidup,” tidak datang melalui deria fizikalnya—”darah dan daging” dia. Kesaksian-Nya diungkapkan kepadanya oleh “Bapa yang berada di syurga.” Wahyu adalah batu di atasnya Juruselamat membina Gereja-Nya dahulu dan sekarang—wahyu dari syurga kepada hamba-hamba-Nya. Dan inilah batu yang di atasnya kita dapat membina penganutan kita—wahyu bahawa Yesus ialah Kristus dan bahawa para hamba-Nya memegang “kunci-kunci kerajaan.” Ketika kita membina di atas landasan ini, “alam maut tidak akan menguasai [kita].” (Matius 16:15–19.)

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 16:13–17; Lukas 9:18–21

Kesaksian tentang Yesus Kristus datang melalui wahyu.

Sekiranya Yesus Kristus menanyakan orang-orang kini, “Kata orang, siapakah Anak Manusia itu?” jawapan mereka akan berbeza daripada jawapan yang diberikan oleh orang pada masa-Nya. Apakah sifat terhadap Yesus yang telah anda sedari? Bagaimanakah anda akan menjawab sekiranya Yesus menanyakan anda, “Apa katamu, siapakah Aku ini?” (Lihat Matius 16:13–15.)

Renungkan kesaksian anda tentang Juruselamat dan bagaimana anda menerimanya. Apakah yang anda pelajari dari Matius 16:15–17 yang dapat mengukuhkan kesaksian? Sekiranya anda ingin untuk mempelajari lebih banyak tentang kesaksian dan wahyu peribadi, kajilah tulisan suci ini: Yohanes 15:26; 1 Korintus 12:3; 2 Nefi 31:18; Alma 5:45–48; dan Ajaran dan Perjanjian 8:2–3.

Matius 17:1–9; Markus 9:2–10; Lukas 9:28–36

Apakah yang terjadi di Gunung Perubahan Rupa?

Ketika Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes ke “gunung yang tinggi,” Dia telah diubah rupa (atau dipermuliakan) di hadapan mereka. Musa dan Elia (Elijah) juga menampakkan diri dan memberikan kunci-kunci imamat kepada para Rasul. Kunci-kunci ini membolehkan mereka untuk memimpin Gereja Kristus di bumi selepas Kebangkitan-Nya (lihat Bible Dictionary, “Transfiguration, Mount of”). Ini adalah kunci-kunci yang dipulihkan pada hari kita (lihat A&P 110).

Matius 16:13–19; 17:1–9

Apakah “kunci-kunci kerajaan syurga” tersebut?

“Kunci-kunci kerajaan syurga” yang Juruselamat janji untuk berikan kepada Petrus adalah kunci-kunci imamat (Matius 16:19). “Kunci-kunci imamat adalah wewenang yang Tuhan telah berikan kepada pemimpin-pemimpin imamat untuk mengarah, mengawal, dan mengurus penggunaan imamat-Nya di bumi. Penggunaan wewenang imamat diurus oleh mereka yang memegang kunci-kuncinya (lihat A&P 65:2; 81:2; 124:123). Mereka yang memegang kunci-kunci imamat memiliki hak untuk memimpin dan mengarahkan Gereja dalam sebuah bidang kuasa” (Buku Panduan 2: Mengelola Gereja [2010], 2.1.1).

Imej
patung Petrus memegang kunci-kunci

“Kunci-kunci kerajaan syurga” adalah kunci-kunci imamat.

Kunci-kunci imamat diberikan kepada Petrus dan para Rasul yang lain di Gunung Perubahan Rupa dipulihkan pada masa kita (lihat A&P 110:11–16). Mereka yang memegang kunci-kunci imamat termasuk Presidensi Utama dan Kuorum Dua Belas Rasul dan Penguasa Umum yang lain; presiden bait suci, misi, pancang, dan daerah; dan uskup, presiden cabang, dan presiden kuorum.

Lihat juga Neil L. Andersen, “Power in the Priesthood,” Ensign atau Liahona, Nov. 2013, 92–95; Teguh pada Iman, 126–27; “Priesthood Keys: The Restoration of Priesthood Keys” (video, LDS.org).

Matius 17:14–21; Markus 9:14–29

Ketika mencari iman yang lebih besar, saya harus terdahulu bertahan kepada iman yang saya telah miliki.

Ayah yang disebut di dalam Matius 17 dan Markus 9 memiliki alasan untuk meragui bahawa Yesus dapat menyembuhkan anak lelakinya. Dia telah meminta para pengikut Yesus untuk menyembuhkan anak lelakinya, tetapi mereka tidak dapat. Tetapi ketika Juruselamat menjemputnya untuk menjalankan iman, dia tidak tumpukan pada keraguannya. “Tuhan, Aku percaya,” dia berkata, dan kemudian, menyedari bahawa imannya tidaklah sempurna, menambah, “Tolonglah aku yang tidak percaya ini.”

Apakah yang Roh ajarkan kepada anda semasa anda membaca tentang mukjizat ini? Bagaimana Bapa Syurgawi telah membantu anda meningkatkan iman anda? Apakah yang anda dapat lakukan untuk membina di atas iman yang anda sedia miliki? Mungkin anda boleh menyusun sebuah senarai tulisan suci, pesanan persidangan, atau pengalaman yang telah menguatkan iman anda.

Lihat juga Jeffrey R. Holland, “Lord, I Believe,” Ensign atau Liahona, Mei 2013, 93–95.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius 16:13–19; 17:1–9

Untuk mengajar kanak-kanak tentang kunci-kunci imamat, anda boleh menceritakan cerita Elder Gary E. Stevenson tentang dikunci di luar kereta (lihat “Di Mana Kunci-kunci dan Wewenang Imamat?” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 29–32). Anda boleh mengizinkan anak-anak anda menggunakan kunci-kunci untuk membuka pintu rumah, kereta, atau kunci yang lain. Pertimbangkan untuk menunjukkan sebuah gambar Presiden Gereja dan bersaksi bahawa dia memegang semua kunci-kunci imamat, seperti Petrus miliki.

Matius 17:20

Para nabi yang beriman kepada Yesus Kristus telah memindahkan gunung-gunung (lihat Yakub 4:6; Musa 7:13). Kesaksian berikut dari Uskup Richard C. Edgley dapat membantu menjadikan ayat ini relevan untuk keluarga anda: “Saya tidak pernah menyaksikan pemindahan gunung yang sebenar. Tetapi kerana iman, saya melihat gunung keraguan dan putus asa dipindahkan dan digantikan dengan harapan dan optimistik. Kerana iman, saya secara peribadi menyaksikan segunung dosa digantikan dengan pertaubatan dan keampunan. Dan kerana iman, saya telah secara peribadi menyaksikan segunung kesakitan digantikan dengan kedamaian, harapan, dan kesyukuran. Ya, saya telah melihat gunung dipindahkan” (“Faith—the Choice Is Yours,” Ensign atau Liahona, Nov. 2010, 33). Apakah beberapa gunung dalam kehidupan kita yang perlu dipindahkan? Bagaimanakah kita dapat menunjukkan iman terhadap kuasa Tuhan untuk membantu kita memindahkan gunung-gunung ini?

Lukas 9:61–62

Apakah maksudnya untuk memandang ke belakang sebelum meletakkan tangan di tepung? Mengapakah sifat ini membuat kita tidak layak untuk kerajaan Tuhan?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berkumpul bersama secara kerap. Presiden Henry B. Eyring mengajar: “Jangan pernah terlepas peluang untuk mengumpulkan kanak-kanak bersama untuk belajar ajaran Yesus Kristus. Waktu seperti itu adalah sangat jarang dibandingkan dengan usaha-usaha musuh kita.” (“The Power of Teaching Doctrine,” Ensign, Mei 1999, 74).

Imej
seorang lelaki dengan anak lelaki yang sakit di hadapan Yesus

Master, I Have Brought unto Thee My Son, oleh Walter Rane