Ikutlah Aku
22–28 April. Matius 18; Lukas 10: ‘Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?’


“22–28 April. Matius 18; Lukas 10: ‘Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“22–28 April. Matius 18; Lukas 10,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
orang Samaria yang Baik

The Good Samaritan, oleh Dan Burr

22–28 April

Matius 18; Lukas 10

“Apakah Yang Harus Saya Lakukan Supaya Mendapat Hidup Sejati dan Kekal?”

Semasa anda membaca dengan berdoa dan merenungkan Matius 18 dan Lukas 10, beri perhatian pada tekanan senyap Roh Kudus. Dia akan beritahu anda bagaimana ajaran-ajaran ini berkenaan untuk anda. Catatkan tanggapan yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

Apabila anda menanya Tuhan satu soalan, anda mungkin mendapat jawapan yang anda tidak jangkakan. Siapakah jiran saya? Sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan dan kasih-sayang anda. Siapakah yang paling hebat di kerajaan syurga? Seorang kanak-kanak. Adakah ia cukup untuk mengampunkan seorang pesalah tujuh kali? Tidak, anda harus ampunkan tujuh puluh kali tujuh. (Lihat Lukas 10:29–37; Matius 18:4, 21–22.) Jika anda mencari kehendak Tuhan, bukan hanya untuk “membela diri [anda]” (Lukas 10:29), tetapi kerana anda ingin mahu belajar tentang Dia, Tuhan akan mengajar anda bagaimana untuk hidup dalam cara yang menghala ke arah kehidupan abadi dengan Dia.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Matius 18:21–35

Saya mesti mengampuni orang lain jika saya ingin menerima pengampunan daripada Tuhan.

Cadangan Petrus yang dia boleh maafkan seseorang untuk tujuh kali mungkin dilihat terlalu murah hati, tetapi Yesus mengajar sebuah undang-undang yang tinggi. Dia berkata, “Bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh kali tujuh kali” mengajar bukan tentang nombor tetapi tentang sikap keampunan seperti Kristus. Apabila anda membaca perumpamaan tentang pegawai yang tidak mengampuni orang, renungkan masa apabila anda telah merasa belas kasihan dan rasa kasihan Tuhan. Adakah terdapat seseorang yang perlu merasa belas kasihan dan rasa kasihan daripada anda?

Elder David E. Sorensen daripada Tujuh Puluh mengajar bahawa: “Saya ingin jelaskan bahawa keampunan dosa tidak harus dikelirukan dengan bertolak ansur dengan kejahatan. … Walaupun kita harus mengampuni jiran yang mencederakan kita, kita harus menghalang secara membina kecederaan itu daripada diulangi” (“Forgiveness Will Change Bitterness to Love,” Ensign atau Liahona, Mei 2003, 12).

Lihat juga “Forgiveness,” Gospel Topics, topics.lds.org.

Lukas 10:1–20

Siapakah Tujuh Puluh?

Mengikut pola yang ditubuhkan dalam masa Perjanjian Lama (lihat Keluaran 24:1; Bilangan 11:16), Yesus Kristus “melantik tujuh puluh lain” sebagai tambahan kepada Dua Belas Rasul, untuk bersaksi tentang Dia, mengajar Injil-Nya, dan menolong Dia dalam kerja-Nya. Pola ini bersambung dalam Gereja yang dipulihkan. Ahli Tujuh Puluh dipanggil untuk menolong Rasul dalam misi mereka sebagai saksi khas Yesus Kristus kepada seluruh dunia. Ahli Tujuh Puluh diorganisasikan dalam kuorum. Ahli dalam dua kuorum pertama ditahbiskan sebagai Penguasa Umum Tujuh Puluh, manakala ahli kuorum lain ditahbiskan sebagai Ahli Kawasan Tujuh Puluh. (Lihat juga A&P 107:25–26, 33–34, 97.)

Lukas 10:25–37

Untuk dapatkan kehidupan abadi, saya mesti menyayangi Tuhan dan jiran saya seperti diri saya.

Ia amat menolong untuk ingat bahawa perumpamaan orang Samaria yang baik ialah cara Yesus untuk menjawab soalan:”Siapakah sesama saya?” Sambil anda membaca perumpamaan ini, simpan soalan itu dalam minda anda. Jawapan apa yang anda temui?

Pada zaman Yesus, permusuhan antara orang Yahudi dan orang Samaria sudah berlarutan untuk berabad-abad lamanya. Orang Samaria ialah keturunan orang Yahudi yang tinggal di Samaria yang telah berkahwin dengan orang bukan Israel. Orang Yahudi rasa bahawa orang Samaria telah dirosakkan dengan percampuran mereka dengan orang bukan Israel dan telah murtad. Orang Yahudi akan berjalan jauh untuk mengelakkan daripada melalui Samaria. (Lihat juga Lukas 9:52–54; 17:11–18; Yohanes 4:9; 8:48.)

Mengapa anda rasa Juruselamat memilih seorang Samaria,yang amat dibenci oleh orang Yahudi, sebagai contoh rasa kasihan dan menyayangi jiran seseorang? Apa yang perumpamaan ini ilhamkan anda untuk lakukan bagi menunjukkan belas kasihan kepada orang lain?

Lihat juga Mosia 2:17; “Parable of the Good Samaritan” (video, LDS.org); “Lord, I Would Follow Thee,” Hymns, no. 220.

Lukas 10:38–42

Kita memilih “perkara baik” dengan memilih pilihan yang membawa kita kepada kehidupan abadi.

Sister Bonnie D. Parkin, bekas Presiden Umum Lembaga Pertolongan, mengajar bahawa: “Maria dan Marta adalah kamu dan saya. … Mereka berdua saya pada Tuhan dan ingin menunjukkan kasih sayang mereka. Pada masa ini, ia nampak seperti Maria menunjukkan kasih sayang dia dengan mendengar ajaran-Nya, manakala Marta menunjukkan kasih-sayang dia dengan melayani-Nya. Yesus tidak mengendahkan kerisauan Marta, tetapi mengarahkan fokus dia dengan memilih “perkara baik” Dan apakah ia? … Perkara penting yang diperlukan untuk memilih kehidupan abadi [lihat 2 Nefi 2:28]. Kita pilih setiap hari” (“Choosing Charity: That Good Part,” Ensign atau Liahona, Nov. 2003, 104). Bagaimana anda boleh merumuskan nasihat Marta dalam perkataan anda? Periksa jadual anda—adakah terdapat sesuatu yang “perlu” yang memerlukan perhatian anda dengan lebih.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius 18; Lukas 10

Lagu rohani apa yang keluarga anda boleh nyanyikan yang berkait dengan kebenaran yang diajar dalam bab ini? Dua contoh adalah “Lord, I Would Follow Thee” dan “Sudahkah ‘Ku Berbuat Baik?” Nyanyian Rohani, no. 220, 101, tetapi terdapat banyak lagi. Bagaimana perkataan dalam lagu rohani ini menolong keluarga anda untuk lebih memahami ajaran-ajaran Juruselamat?

Matius 18:1–11

Mengapa Yesus ingin kita menjadi seperti seorang kanak-kanak kecil? Apakah beberapa sifat kanak-kanak yang boleh menjadikan kita lebih seperti Kristus jika kita gabungkannya dalam hidup kita? (lihat Mosia 3:19).

Imej
Yesus bersama anak-anak di atas lutut-Nya

Yesus Kristus mahukan pengikut-Nya menjadi seperti kanak-kanak kecil.

Lukas 10:25–37

Apa yang boleh membuat perumpamaan Orang Samaria yang baik menjadi hidup dalam keluarga anda? Adakah mereka akan menikmati untuk memakai pakaian kostum dan berlakon? Pastikan untuk menolong ahli keluarga untuk melihat bagaimana mereka boleh menjadi seperti Orang Samaria yang baik. Adakah terdapat seseorang dalam sekolah atau gereja yang kita mungkin terlepas pandang? Apa yang boleh kita lakukan untuk orang ini?

Lukas 10:40–42

Adakah ia sukar untuk memasukkan perkara rohani dalam jadual keluarga anda? Cerita Maria dan Marta boleh mengilhamkan satu majlis keluarga atau malam keluarga tentang bagaimana untuk melakukan perkara ini. Sebagai keluarga, anda boleh membuat satu senarai untuk cara memilih “perkara baik” (lihat Lukas 10:42).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Memupuk suasana penyayang. Cara bagaimana ahli keluarga rasa tentang satu sama lain dan memperlakukan satu sama lain boleh mempengaruhi dengan tinggi roh dalam rumah anda. Tolong ahli keluarga untuk melakukan bahagian mereka untuk menubuhkan satu rumah yang penyayang dan saling menghormati, supaya semua orang boleh rasa selamat apabila berkongsi pengalaman, soalan atau kesaksian. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 15.)

Imej
Kristus bersama Maria dan Marta

Christ in the Home of Mary and Martha, oleh Walter Rane