Ikutlah Aku
29 April–5 Mei. Yohanes 7–10: ‘Akulah Gembala yang Baik’


“29 April–5 Mei. Yohanes 7–10: ‘Akulah Gembala yang Baik’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“29 April–5 Mei. Yohanes 7–10,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
Kristus dan wanita yang berzina

He That Is without Sin, oleh Liz Lemon Swindle

29 April–5 Mei

Yohanes 7–10

“Akulah Gembala yang Baik”

Semasa anda membaca Yohanes 7–10, anda mungkin akan menerima tanggapan dari Roh Kudus tentang ajaran asas dalam bab-bab ini. Mencatat tanggapan anda dapat membantu anda untuk membuat pelan untuk bertindak di atasnya.

Mencatat Tanggapan Anda

Meskipun Yesus Kristus datang membawa “kedamaian [dan] sejahtera bagi manusia” (Lukas 2:14), terdapat “suatu perbalahan antara orang kerana Dia” (Yohanes 7:43). Orang yang menyaksikan peristiwa yang serupa muncul dengan kesimpulan yang berbeza tentang siapa Yesus. Sesetengah menyimpulkan, “Dia orang baik,” sementara orang lain mengatakan, “Dia menyesatkan rakyat” (Yohanes 7:12). Ketika Dia menyembuhkan seorang lelaki buta pada Hari Sabat, sesetengah berkeras, “Orang ini tidak datang dari Tuhan, sebab Dia tidak memelihara Hari Sabat,” sementara yang lain bertanya, “Bagaimanakah seorang berdosa dapat membuat mukjizat yang demikian?” (Yohanes 9:16). Namun walaupun segala kekecohan tersebut, mereka yang mencari kebenaran mengenali kuasa di dalam firman-Nya, kerana “belum pernah seseorang manusia berkata seperti orang itu” (Yohanes 7:46). Ketika orang Yahudi meminta Yesus untuk “memberitahu kami secara terus-terang” sama ada dia adalah Kristus, Dia mengungkapkan sebuah asas yang dapat membantu kita membezakan kebenaran atau keburukan: “Domba saya mendengar suara saya,” Dia berkata, “Aku mengenali mereka, dan mereka mengenali Aku (Yohanes 10:27).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Yohanes 7:14–17

Ketika saya menjalankan kebenaran yang diajari Yesus Kristus, saya akan mengetahui bahawa ia benar.

Orang Yahudi terpegun bahawa Yesus mengetahui banyak memandangkan Dia tidak berpelajaran (lihat ayat 15)—bukan di cara yang mereka kenali. Dalam balasan Yesus, Dia mengajar cara berbeza untuk mengetahui kebenaran yang tersedia untuk semua orang, tanpa mengira pendidikan atau latar belakang. Menurut Yohanes 7:14–17, bagaimanakah anda dapat mengetahui bahawa ajaran yang Yesus ajarkan adalah benar? Bagaimanakah proses ini membantu anda membina kesaksian anda tentang injil?

Yohanes 8:2–11

Rahmat Tuhan tersedia untuk semua.

Ketika berbicara tentang interaksi Juruselamat dengan wanita yang ditangkap berzina, Elder Dale G. Renlund berkata: “Pastinya, Juruselamat tidak membiarkan zina. Tetapi Dia juga tidak menghukum wanita itu. Dia menggalakkan wanita itu untuk memperbaharui hidupnya. Wanita itu bermotivasi untuk berubah kerana rasa kasihan dan belas kasihan Juruselamat. Terjemahan Alkitab Joseph Smith membuktikan penganutan wanita itu: ‘Dan wanita itu mengagungkan Tuhan dari waktu itu, dan percaya dalam nama-Nya’ [lihat John 8:11, nota kaki c]” (“Gembala yang Baik Kita,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 30).

Bilakah anda merasa seperti wanita tersebut, menerima belas kasihan daripada dikutuk oleh Juruselamat? Bilakah anda telah seperti jurutulis dan orang Farisi, menuduh atau menghakimi orang lain bahkan ketika anda bukanlah tanpa dosa? (lihat Yohanes 8:7). Apakah lagi yang anda dapat pelajari dari cara Juruselamat berinteraksi dengan jurutulis dan orang Farisi dan wanita yang ditangkap berzina? Apakah yang anda pelajari tentang keampunan Tuhan semasa anda membaca ayat-ayat ini?

Yohanes 8:58–59

Mengapakah orang Yahudi tersinggung ketika Yesus berkata, “Sebelum Abraham jadi, Aku sudah ada”?

“Akulah Aku” adalah terma yang Yehovah gunakan untuk memperkenalkan diri-Nya kepada Musa, seperti yang tercatat di Keluaran 3:14. Jadi ketika Yesus berkata, “Akulah,” Dia memperkenalkan diri-nya sebagai Yehovah, Tuhan di Perjanjian Lama. Orang Yahudi menggagap ini kenistaan, dan di bawah hukum Musa, hukumannya adalah dilempar batu sehingga mati.

Yohanes 9

Melalui cabaran kita, Tuhan dapat menyatakan diri-Nya di dalam kehidupan kita.

Kerana kesan negatif sering mengikuti dosa, kita mungkin melihat beberapa nasib tidak baik kita sebagai akibat salah laku. Bagaimanapun, ketika para pengikut Juruselamat mengandaikan bahawa seorang lelaki yang buta sejak dilahirkan kerana dia atau ibu bapanya telah berdosa, Yesus memperbetulkan mereka. Bagaimanakah firman Juruselamat di Yohanes 9:3 mengubah perspektif anda tentang cabaran-cabaran anda dan cabaran-cabaran orang lain. Semasa anda membaca Yohanes 9, renungkan bagaimana “pekerjaan Tuhan dinyatakan” (Yohanes 9:3). Bagaimanakah ia telah dinyatakan semasa anda menghadapi cabaran?

Juga menyeronokkan untuk mencatat bahawa soalan para pengikut di Yohanes 9:2 menunjukkan mereka mempercayai kewujudan pra-fana, ajaran yang hilang kepada Orang Kristian semasa Kemurtadan Besar tetapi dipulihkan melalui Nabi Joseph Smith (lihat A&P 93:29; Musa 4:1–4; Abraham 3:22–26).

Yohanes 10:16

Siapakah “domba lain” yang Juruselamat rujukkan di dalam Yohanes 10:16?

Ketika Yesus melawat ke benua Amerika selepas Kebangkitan-Nya, Dia menjelaskan siapakah domba-Nya yang lain (lihat 3 Nefi 15:21–16:5).

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Yohanes 7:24

Bagaimanakah anda dapat membantu keluarga anda memahami ajaran-ajaran Yesus di dalam Yohanes 7:24? Satu cara adalah ke luar dan jadikan satu ahli keluarga kotor. Apakah yang orang asing akan fikirkan tentang ahli keluarga ini dengan melihat kepada penampilan luarannya? Senaraikan beberapa kualiti baik ahli keluarga ini miliki yang tidak dapat dilihat hanya dengan melihat kepadanya (lihat juga 1 Samuel 16:7).

Yohanes 8:31–36

Bagaimana kadangkala kita menjadi hamba kepada dosa? Apakah kebenaran-kebenaran yang diajar oleh Yesus yang dapat menjadikan kita bebas?

Imej
Kristus menyembuhkan seorang lelaki buta

Jesus Healing the Blind, oleh Carl Heinrich Bloch

Yohanes 9

Bagaimanakah anda dapat menolong keluarga anda untuk menggambarkan laporan Yesus menyembuhkan lelaki buta di dalam Yohanes 9? Anda dapat melakonkan cerita tersebut bersama atau menunjukkan video “Jesus Heals a Man Born Blind” (LDS.org). Hentikan cerita buat sementara pada bilamasa agar ahli keluarga dapat membaca ayat yang berkenaan dari Yohanes 9. Jemputlah mereka untuk mengambil nota sebarang pengajaran yang mereka pelajari dari laporan tersebut, seperti apakah maksudnya untuk bertukar hati kepada injil Yesus Kristus.

Yohanes 10:1–18, 27–29

Untuk melibatkan ahli keluarga dalam mempelajari dari perumpamaan Gembala yang Baik, mintalah setiap dari mereka untuk melukis sebuah gambar salah satu dari yang berikut: sebuah pintu, seorang gembala, seorang upahan (pekerja upahan), seekor serigala, dan seekor domba. Jemputlah mereka untuk membaca Yohanes 10:1–18, 27–29, dan kemudian berbincang sebagai sebuah keluarga apa yang Juruselamat ajarkan tentang hal-hal yang mereka lukiskan.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Mencari perkataan dan ayat-ayat yang mengilhami. Semasa anda membaca, Roh akan membawa perkataan atau ayat khusus untuk perhatian anda yang mengilhami dan mendorong anda atau kelihatan seperti tertulis hanya untuk anda. Pertimbangkan untuk membuat nota sebarang perkataan atau ayat yang mengilhami anda di dalam Yohanes 7–10.

Imej
Kristus dengan seekor domba

Lost No More, oleh Greg K. Olsen