Ikutlah Aku 2024
8–14 Julai: “Mereka ‘Tidaklah Pernah Jatuh.’” Alma 23–29


“8–14 Julai: ‘Mereka ‘Tidaklah Pernah Jatuh.’” Alma 23–29,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“8–14 Julai. Alma 23–29,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Imej
Orang Anti-Nefi-Lehi menguburkan senjata peperangan mereka

Anti-Nephi-Lehies Bury Their Weapons of War [Orang Anti-Nefi-Lehi Menguburkan Senjata Peperangan Mereka], oleh Jody Livingston

8–14 Julai: Mereka “Tidaklah Pernah Jatuh”

Alma 23–29

Adakah anda kadangkala tertanya jika orang benar-benar boleh berubah? Mungkin anda risau sama ada anda boleh mengatasi pilihan buruk yang anda pernah buat atau tabiat buruk yang anda ada, atau anda mungkin risau tentang orang yang dikasihi. Jika ya, kisah orang Anti-Nefi-Lehi dapat membantu anda. Orang-orang ini adalah musuh ketat bangsa Nefi. Apabila para putera Mosia memutuskan untuk berkhutbah injil kepada mereka, bangsa Nefi “mengetawakan [mereka] untuk mencemuh.” Membunuh bangsa Laman kelihatan seperti penyelesaian yang lebih masuk akal daripada membuat mereka berpaling kepada Tuhan. (Lihat Alma 26:23–25.)

Tetapi bangsa Laman sememangnya berubah—melalui kuasa penukaran hati Yesus Kristus. Mereka dulu dikenali sebagai “bangsa yang keras hati dan yang ganas” (Alma 17:14), kini menjadi bangsa yang “dibezakan kerana semangat mereka terhadap Tuhan” (Alma 27:27). Tambahan pula, mereka “tidaklah pernah jatuh” (Alma 23:6).

Mungkin anda ada fikiran atau kelakuan yang perlu diubah atau “senjata … pemberontakan” untuk dilepaskan (Alma 23:7). Atau mungkin anda hanya perlu lebih bersemangat terhadap Tuhan. Tidak kira apa perubahan yang anda perlukan, Alma 23–29 boleh memberi anda harapan bahawa melalui kuasa korban tebusan Yesus Kristus, perubahan yang tahan lama boleh berlaku.

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Alma 23–25; 27

Imej
seminary icon
Penukaran hati saya kepada Yesus Kristus dan injil-Nya mengubah hidup saya.

Bangsa Laman kelihatan mustahil untuk penukaran hati, namun ramai di antara mereka mengalami perubahan yang ajaib kerana Yesus Kristus. Bangsa Laman yang bertukar hati ini memanggil diri mereka orang Anti-Nefi-Lehi.

Membaca Alma 23–25; 27 mungkin akan mengilhami anda untuk merenungkan penukaran hati anda sendiri. Cari bagaimana orang Anti-Nefi-Lehi berubah—bagaimana mereka bertukar hati “kepada Tuhan” (Alma 23:6). Ayat-ayat berikut boleh membantu anda bermula:

Dalam cara apakah Yesus Kristus dan injil-Nya mengubah anda? Bilakah anda pernah merasa dekat dengan-Nya? Bagaimanakah anda boleh tahu jika anda telah bertukar hati kepada Yesus Kristus? Apakah yang Roh dorong anda untuk lakukan seterusnya?

Lihat juga Dale G. Renlund, “Komitmen Kukuh Kepada Yesus Kristus,” Liahona, Nov. 2019, 22–25.

Alma 24:7–19; Alma 26:17–22

Kerana Tuhan berbelas kasihan, Dia mengampuni saya semasa saya bertaubat.

Perubahan yang orang Anti-Nefi-Lehi alami adalah lebih daripada sekadar perubahan dalam tingkah laku—ia adalah perubahan hati yang lahir dari iman kepada Yesus Kristus dan pertaubatan ikhlas. Mungkin anda boleh mencari kebenaran tentang pertaubatan dalam setiap ayat dalam Alma 24:7–19. Apakah yang ayat-ayat ini ajarkan tentang belas kasihan Tuhan terhadap mereka yang bertaubat? Apakah kebenaran tambahan yang anda pelajari dari Alma 26:17–22?

Renungkan bagaimana Tuhan telah menunjukkan belas kasihan-Nya dalam hidup anda. Bagaimanakah anda boleh mengungkapkan kesyukuran kepada-Nya?

Alma 26; 29

Berkongsi injil membawa saya kebahagiaan.

Perkataan kebahagiaan muncul 24 kali dalam Alma 23–29, menjadikan bab-bab ini tempat yang baik untuk belajar bagaimana untuk menerima kebahagiaan dalam kehidupan—dan berkongsi—injil Juruselamat. Pertimbangkan untuk mengkaji Alma 26:12–22, 35–37; dan 29:1–17, carikan sebab-sebab mengapa Amon, para putera Mosia, dan Alma bersukacita. Apakah yang anda pelajari dari ayat-ayat ini yang boleh membawa lebih banyak kebahagiaan dalam hidup anda?

Elder Marcus B. Nash mengajar: “Berkongsi injil menyalakan sukacita dan harapan jiwa si pemberi dan penerima. … Berkongsi injil adalah sukacita dan harapan” (“Angkatlah Cahaya Anda,” Liahona, Nov. 2021, 71). Apakah pengalaman anda berkongsi injil dengan orang lain? Apakah cabaran yang anda hadapi apabila berusaha untuk berkongsi injil? Bagaimanakah Bapa Syurgawi dapat membantu anda mengatasi cabaran-cabaran ini?

Untuk arahan nabi tentang bagaimana untuk berkongsi injil—dan mencari kebahagiaan dalam melakukannya—pertimbangkan untuk mengkaji pesanan Presiden Dallin H. Oak “Berkongsi Injil yang Dipulihkan,” (Liahona, Nov. 2016, 57–60). Apakah cadangan yang anda temui dalam pesanannya?

Мормоны Номын талаар найзтайгаа хуваалцаж болох зүйлсээ жагсааж бичихийг бод. Мормоны Номын аппликэйшныг ашиглан Мормоны Номыг хуваалцахыг хичээ.

Cari pola dan tema. Apabila mengkaji tulisan suci, kita boleh mencari kebenaran berharga dengan mencari perkataan, frasa, atau idea yang berulang. Idea-idea berulang itu boleh dirujuk atau dikaitkan dalam tulisan suci anda untuk memudahkan rujukan.

Alma 26:5–7

Saya boleh temui perlindungan dalam Yesus Kristus dan injil-Nya.

Pada masa menuai, bijirin sering dikumpulkan dan diikat yang dipanggil berkas dan ditempatkan di gudang simpanan, kadangkala ia dipanggil jelapang. Dalam Alma 26:5–7 renungkan apa yang berkas, jelapang, dan ribut mewakili dalam hidup anda. Bagaimanakah anda menemui perlindungan dalam Yesus Kristus?

Lihat juga Russell M. Nelson, “Bait Suci dan Landasan Rohani Anda,” Liahona, Nov. 2021, 93–96.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Alma 24:6–24

Tuhan memberkati saya semasa saya berusaha untuk mentaati janji-janji saya kepada-Nya.

  • Mungkin anak-anak anda boleh menguburkan “senjata” mereka seperti orang Anti-Nefi-Lehi. Anda boleh membaca beberapa ayat dari Alma 24:6–24 untuk mengajar kanak-kanak tentang janji-janji yang orang Anti-Nefi-Lehi buat untuk mengikuti Juruselamat. Kemudian mereka boleh fikirkan sesuatu yang mereka akan ubah untuk mengikuti-Nya, menulisnya di halaman aktiviti minggu ini, dan berpura-pura menggali lubang dan menguburkan senjata mereka.

  • Anak-anak anda boleh membaca Alma 24:15–19, carikan apa yang orang Anti-Nefi-Lehi lakukan “sebagai kesaksian kepada Tuhan.” Kemudian anda boleh bercakap dengan mereka tentang bagaimana perjanjian kita boleh menjadi “kesaksian kepada Tuhan” (ayat 18). Minta anak-anak anda bercakap tentang bagaimana mereka akan tunjukkan Tuhan bahawa mereka mahu mengikuti-Nya. Nyanyikan lagu seperti “Injil Kan Ku Hayati” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 72) boleh bantu mengilhami mereka.

Alma 24: 7–11; 26:23–11; 27:27–30

Saya boleh bertaubat.

  • Untuk membantu anak-anak anda melihat bagaimana Yesus Kristus dapat membantu kita berubah apabila kita bertaubat, anda boleh mengajar mereka tentang orang Anti-Nefi-Lehi. Untuk ini, anda boleh melabelkan dua mangkuk “sebelum” dan “selepas.” Kemudian anak-anak anda boleh membaca Alma 17:14–15 dan 27:27–30, tuliskan bagaimana bangsa Laman sebelum dan selepas bertaubat, dan letakkannya di dalam mangkuk yang betul. Menurut Alma 24:7–10, apakah yang membantu mereka berubah? Bagaimanakah kita dapat tunjukkan kesyukuran kita kepada Tuhan untuk belas kasihan-Nya?

Alma 26; 29

Yesus Kristus membawa saya kebahagiaan, dan saya boleh berkongsi kebahagiaan ini.

  • Mungkin anda dan anak-anak anda akan boleh melukis hal-hal dalam injil Yesus Kristus yang membawa anda kebahagiaan. Kongsi lukisan anda dengan anak-anak anda, dan galakkan mereka untuk berkongsi lukisan mereka dengan seseorang untuk membantu orang itu turut merasakan kebahagiaan.

  • Bantu anak-anak anda mencari perkataan kebahagiaan dan sukacita dalam Alma 26 dan 29. Apakah yang membawa Amon dan Alma kebahagiaan atau menyebabkan mereka bersukacita? Soalan ini boleh membawa kepada perbincangan tentang kebahagiaan yang datang dari menjalankan atau berkongsi injil Yesus Kristus.

Alma 27:20–30

Saya boleh membantu kawan-kawan saya menjalankan injil Yesus Kristus.

  • Anak-anak anda boleh membaca Alma 27:22–23, mencari apa yang bangsa Nefi lakukan untuk membantu orang Anti-Nefi-Lehi mentaati janji mereka untuk tidak pernah berperang lagi. Bagaimana kita boleh membantu kawan kita mentaati janji mereka? Anak-anak anda boleh lakon peranan situasi. Contohnya, apakah kita boleh beritahu kepada seorang kawan yang ingin berbohong atau berbuat jahat?

Imej
Orang Anti-Nefi-Lehi menguburkan senjata peperangan mereka

Ilustrasi orang Anti-Nefi-Lehi menguburkan senjata mereka, oleh Dan Burr