Ikutlah Aku 2024
1–7 Julai: “Aku Akan Menjadikanmu Alat.” Alma 17–22


“1–7 Julai: ‘Aku Akan Menjadikanmu Alat.’ Alma 17–22,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“1–7 Julai. Alma 17–22,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Imej
Amon berbicara kepada Raja Lamoni

Ammon and King Lamoni [Amon dan Raja Lamoni], oleh Scott M. Snow

1–7 Julai: “Aku Akan Menjadikanmu Alat.”

Alma 17–22

Fikirkan semua alasan orang berikan untuk tidak berkongsi injil: “Saya tidak cukup tahu” atau “Saya tidak pasti jika mereka akan berminat” atau mungkin “Saya takut ditolak.” Mungkin anda pernah terfikir perkara ini beberapa kali. Bangsa Nefi ada lebih banyak alasan untuk tidak berkongsi injil dengan bangsa Laman, mereka digambarkan sebagai “suatu bangsa yang liar dan yang keras hati dan yang ganas; bangsa yang gemar membunuh bangsa Nefi” (Alma 17:14; lihat juga Alma 26:23–25). Tetapi para putera Mosia ada sebab yang lebih kuat kenapa mereka rasa mereka harus kongsi injil kepada bangsa Laman: “Mereka berhasrat agar keselamatan hendaknya dimaklumkan kepada setiap makhluk, kerana mereka tidak dapat tahan bahawa jiwa manusia mana pun akan binasa” (Mosia 28:3). Kasih yang mengilhami Amon dan saudaranya juga boleh mengilhami anda untuk berkongsi injil kepada keluarga, kawan dan kenalan anda—termasuk mereka yang kelihatan tidak akan menerimanya.

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Alma 17:1–4

Tindakan kesolehan yang mudah dan konsisten kepada Kristus membantu saya menerima kuasa-Nya.

Apakah yang anda pelajari dari Alma 17:1–4 tentang bagaimana untuk memastikan kesaksian dan komitmen anda kepada Yesus Kristus kuat? Apakah yang para putera Mosia lakukan, dan bagaimana Tuhan memberkati mereka?

Semasa anda membaca tentang pengalaman para putera Mosia dalam Alma 17–22, perhatikan bagaimana persediaan rohani mereka mempengaruhi pelayanan mereka di kalangan bangsa Laman (contohnya, lihat Alma 18:10–18, 34–36; 20:2–5; 22:12–16). Apakah yang anda terilham untuk lakukan untuk mengikuti teladan mereka?

Alma 17:6–12; 19:16–36

Imej
ikon seminari
Saya boleh menjadi alat di tangan Tuhan.

Laporan tulisan suci tentang penukaran hati yang kita selalu baca sering dramatik, tetapi pada intinya sentiasa ada individu yang berani bersuara dan berkongsi iman mereka terhadap Yesus Kristus. Fikirkan tentang ini semasa anda membaca tentang Abis dan para putera Mosia minggu ini.

Bagi anda, apakah maksudnya untuk menjadi alat di tangan Tuhan? Anda boleh fikirkan peralatan yang anda gunakan dalam kehidupan harian anda. Dalam Alma 17:6–12, lihat apa yang para putera Mosia lakukan untuk menjadi alat dalam tangan Tuhan. Bagaimanakah anda boleh menjadi alat yang lebih berkesan dalam membantu orang lain datang kepada Kristus?

Apakah yang anda kagum tentang Abis dalam Alma 19:16–36? Apakah yang anda pelajari daripadanya tentang membantu orang lain membina iman kepada Kristus? Contohnya, apakah yang akan membantu orang yang anda kasihi “percaya pada kuasa Tuhan”? (Alma 19:17).

Anda juga boleh bandingkan pengalaman Abis dengan asas-asas yang Elder Dieter F. Uchtdorf ajarkan dalam “Kerja Penginjil: Kongsilah Apa Dalam Hati Anda” (Liahona, Mei 2019, 15–18). Bagaimanakah Abis mencontohi “Lima Cadangan [Elder Uchtdorf] Yang Mudah”? Cuba tuliskan beberapa hal yang anda mungkin katakan tentang Yesus Kristus. Contohnya, “Bagi saya, Yesus Kristus …” atau “Juruselamat membantu saya …”

Menggunakan pengajaran berobjek. Bila-bila masa orang boleh melihat atau menyentuh sesuatu yang berkaitan dengan pembelajaran, mereka akan mengingatinya lebih lama. Jika anda mengajar tentang Alma 17:11, contohnya, pertimbangkan untuk menunjukkan alat muzik atau alat menulis untuk mengilhami perbincangan tentang menjadi alat dalam tangan Tuhan.

Alma 17–19

Apabila kita tunjukkan kasih kepada orang lain, kita boleh membantu mereka menerima injil Yesus Kristus.

Cari ayat-ayat dalam Alma 17–19 yang menunjukkan bagaimana kasih Amon terhadap bangsa Laman mengilhami usahanya untuk berkongsi injil Yesus Kristus. Apakah kebenaran lain tentang berkongsi injil yang anda pelajari dari teladannya?

Imej
Amon menyelamatkan domba-domba raja

Minerva Teichert (1888–1976), Ammon Saves the King’s Flocks [Amon Menyelamatkan Kawanan Raja], 1949-1951, minyak pada masonit, 35 x 48 inci. Muzium Kesenian Brigham Young University, 1969.

Alma 19:36

Tuhan akan membantu saya bertaubat.

Selepas menceritakan penukaran hati Lamoni dan rakyatnya, Mormon meringkaskan laporan itu dengan pemerhatian tentang Yesus Kristus. Apa yang Alma 19:36 ajarkan tentang perwatakan Tuhan? Apakah lagi laporan dalam Alma 19:16–36 ajarkan tentang Dia? Bila anda merasa lengan Tuhan dihulurkan kepada anda?

Alma 20:23; 22:15–18

Mengenali Tuhan adalah layak untuk pengorbanan.

Bandingkan apa yang ayah Lamoni sanggup lepaskan untuk menyelamatkan nyawanya (lihat Alma 20:23) dengan apa yang kemudian dia sanggup lepaskan untuk menerima kebahagiaan injil dan mengenali Tuhan (lihat Alma 22:15, 18). Renungkan apa yang anda sedia untuk korbankan untuk lebih sepenuhnya mengenali Tuhan.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Alma 17:2–3

Kesaksian saya tentang Yesus Kristus berkembang semasa saya membaca tulisan suci, berdoa, dan berpuasa.

  • Bagaimanakah teladan para putera Mosia membantu anak-anak anda membina kesaksian mereka tentang Yesus Kristus? Anda boleh membantu anak-anak anda mencari apa yang para putera Mosia lakukan untuk membina kekuatan rohani mereka dalam Alma 17:2–3. Kemudian mereka boleh melukis gambar atau mencari objek yang mewakili hal-hal ini. Bantu mereka merancang apa yang mereka akan lakukan untuk menguatkan kesaksian mereka tentang Juruselamat.

Alma 17–19

Saya boleh berkongsi injil Yesus Kristus kepada orang lain.

  • Untuk belajar tentang menjadi alat dalam tangan Tuhan, seperti para putera Mosia, anda dan anak-anak anda boleh melihat pada peralatan dan bercakap tentang kegunaannya. Kemudian anda boleh membaca Alma 17:11 dan bercakap tentang maksud menjadi alat Bapa Syurgawi untuk membantu orang belajar tentang Yesus Kristus.

  • Halaman aktiviti minggu ini mempunyai gambar yang mewakili kebenaran-kebenaran yang Ammon ajarkan Raja Lamoni. Anda boleh membantu anak-anak anda mencari kebenaran ini dalam Alma 18:24–40. Anak-anak anda boleh berpura-pura menjadi misionari dan kongsi apa yang mereka tahu tentang kebenaran ini.

  • Selepas anda dan anak-anak membaca tentang Abis (lihat Alma 19:16–20, 28–29), mereka boleh berpura-pura menjadi Abis dengan berlari setempat, mengetuk pintu, dan menceritakan tentang apa yang berlaku dalam Alma 19:1–17. Bagaimanakah kita boleh menjadi seperti Abis dan berkongsi apa yang kita tahu tentang Yesus Kristus dan injil-Nya? Anak-anak anda boleh melukis gambar diri mereka berkongsi injil dengan seseorang atau menyanyi bersama lagu tentang berkongsi injil, seperti “Kita Dipanggil Tuk Melayani” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 94).

Alma 17:21–25; 20:8–27; 22:1–3

Saya dapat membantu orang lain datang kepada Kristus dengan menunjukkan kasih saya kepada mereka.

  • Pada mulanya, Raja Lamoni dan ayahnya memiliki hati yang keras terhadap injil. Kemudian, hati mereka dilembutkan, dan mereka percaya kepada Yesus Kristus. Bagaimanakah ini berlaku? Bantu anak-anak anda mencari jawapan ini semasa anda mengkaji semula pengalaman Amon dengan mereka. Mereka boleh melakonkan “Bab 23: Amon: Orang Suruhan Yang Baik” dan “Bab 24: Amon Bertemu dengan Ayah Raja Lamoni” (Cerita-cerita KitabMormon, 64–68, 69–70). Atau anak-anak anda boleh melukis bahagian berlainan cerita itu dan gunakan lukisan itu untuk bercerita. Apakah yang Amon lakukan untuk membantu Lamoni dan ayahnya membuka hati mereka kepada injil Yesus Kristus? (lihat Alma 17:21–25; 20:8–27; 22:1–3).

  • Mungkin anda dan anak-anak anda boleh fikirkan seseorang yang perlu tahu tentang Yesus Kristus. Bantu mereka fikirkan cara mereka boleh menjadi contoh yang baik dan tunjukkan kasih kepada orang itu, seperti Amon lakukan untuk Lamoni dan ayahnya.

Imej
ilustrasi Abis

Ilustrasi Abis, oleh Dilleen Marsh