Ikutlah Aku 2024
25–31 Mac: “Dia Akan Bangkit … dengan Penyembuhan dalam Sayap-Nya.” Hari Easter


“25–31 Mac: ‘Dia Akan Bangkit … dengan Penyembuhan dalam Sayap-Nya.’ Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“25–31 Mac. Hari Easter,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

Imej
Kristus yang telah bangkit bersama para Rasul-Nya

Christ and the Apostles [Kristus dan Para Rasul], oleh Del Parson

25–31 Mac: “Dia Akan Bangkit … dengan Penyembuhan dalam Sayap-Nya”

Hari Easter

Para Rasul zaman kuno berani dalam kesaksian mereka tentang Yesus Kristus dan Kebangkitan-Nya (lihat Kisah Rasul-Rasul 4:33). Berjuta-juta orang percaya kepada Yesus Kristus dan cuba mengikut Dia kerana kata-kata mereka yang tercatat dalam Alkitab. Namun sesetengah orang mungkin tertanya-tanya: Jika Yesus Kristus adalah Juruselamat seluruh dunia, maka mengapa saksi-Nya terhad kepada segelintir orang dalam satu wilayah kecil?

Kitab Mormon berdiri sebagai saksi tambahan yang meyakinkan bahawa Yesus Kristus ialah Juruselamat dunia, “menyatakan diri-Nya kepada semua bangsa” (halaman judul Kitab Mormon) dan menawarkan keselamatan kepada semua yang datang kepada-Nya. Selain itu, saksi kedua ini juga menjelaskan maksud keselamatan. Inilah kenapa Nefi, Yakub, Mormon, dan semua nabi “bekerja dengan tekun untuk mengukirkan kata-kata ini di atas kepingan-kepingan”—untuk mengisytiharkan kepada generasi masa depan bahawa mereka juga “tahu tentang Kristus, dan … memiliki suatu harapan akan kemuliaan-Nya” (Yakub 4:3–4). Musim Easter ini, renungkan kesaksian dalam Kitab Mormon bahawa kuasa Juruselamat adalah universal dan peribadi—menebus seluruh dunia dan menebus anda.

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Imej
ikon seminari
Kerana Yesus Kristus, saya akan dibangkitkan.

Adalah tradisi waktu Easter untuk renungkan Kebangkitan Yesus Kristus, tetapi apakah maksud sebenar untuk dibangkitkan? Apakah pandangan yang Kitab Mormon berikan tentang kebangkitan? Mungkin musim Easter ini anda boleh senaraikan kebenaran tentang kebangkitan yang anda temui dalam 2 Nefi 9:6–15, 22; Alma 11:42–45; 40:21–25; 3 Nefi 26:4–5.

Anda juga boleh mencatatkan bagaimana kebenaran tentang kebangkitan ini mempengaruhi tindakan dan cara hidup anda. Contohnya, pertimbangkan bagaimana anda akan melengkapkan ayat ini: Jika saya tidak tahu perkara ini … dan Kerana saya tahu perkara ini …

Lagu rohani seperti “Dia Hidup Sang Penebusku” (Nyanyian Rohani, no. 53) boleh membantu anda fikirkan mengapa Kebangkitan Juruselamat penting bagi anda. Semasa anda menyanyi, mendengar atau membaca lagu rohani, anda boleh tanya diri sendiri, “Bagaimanakah kehidupan saya berbeza kerana Yesus Kristus telah bangkit?”

Lihat juga Lukas 24:36–43; Kisah Rasul-Rasul 24:15; 1 Korintus 15:12–23; Reyna I. Aburto, “Maut Tiada Kemenangan,” Liahona, Mei 2021.

Yesus Kristus mengambil ke atas diri-Nya semua dosa, kesakitan dan kelemahan saya.

Alkitab dengan jelas mengajar bahawa Yesus Kristus menebus dosa kita. Kitab Mormon meluaskan pemahaman kita tentang pengorbanan dan penderitaan Kristus salam cara yang penting. Anda boleh temui beberapa ajaran ini dalam Mosia 3:7; 15:5–9; Alma 7:11–13. Selepas anda membaca petikan tersebut, pertimbangkan untuk mencatat apa yang anda temui dalam satu carta seperti ini:

Apakah yang Juruselamat deritai?

Mengapakah Dia menderita?

Apakah ertinya untuk saya?

Inilah cara lain untuk mengkaji petikan ini: Cari lagu rohani yang anda rasa padan dengan pesanan yang ia ajarkan. Indeks “Tulisan Suci” di belakang buku nyanyian rohani boleh membantu. Apakah frasa lagu rohani dan tulisan suci ini yang membantu anda lebih menghargai pengorbanan Juruselamat?

Lihat juga Yesaya 53; Ibrani 4:14–16; Gérald Caussé, “Satu Kesaksian Hidup tentang Yesus Kristus yang Hidup,” Liahona, Mei 2020, 38–40.

Yesus Kristus boleh membersihkan saya dan membantu menyempurnakan saya.

Boleh dikatakan bahawa Kitab Mormon adalah kisah tentang orang yang berubah kerana Korban tebusan Yesus Kristus. Anda boleh membaca beberapa pengalaman ini dalam Mosia 5:1–2; 27:8–28; Alma 15:3–12; 24:7–19. Anda boleh fikirkan contoh-contoh lain untuk dikaji juga. Apakah yang anda perhatikan tentang persamaan pengalaman ini? Apakah perbezaan yang anda perhatikan? Apakah yang pengalaman ini ajarkan anda tentang bagaimana Juruselamat boleh mengubah anda?

Lihat juga Alma 5:6–14; 13:11–12; 19:1–16; 22:1–26; 36:16–21; Eter 12:27; Moroni 10:32–33.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Kerana Yesus Kristus telah dibangkitkan, saya akan dibangkitkan juga.

  • Anda boleh guna “Bab 53: Yesus Disalibkan” dan “Bab 54: Yesus Telah Bangkit” (dalam Cerita-Cerita Perjanjian Baru, 136–38, 139–44) untuk memberitahu anak-anak anda tentang Kebangkitan Yesus Kristus. Atau minta anak-anak anda ceritakan anda, menggunakan gambar-gambar dalam bab-bab itu.

  • Kunjungan Juruselamat yang Bangkit ke Benua Amerika adalah saksi berkuasa tentang Kebangkitan-Nya. Pertimbangkan untuk memberitahu anak-anak anda mengenainya, gunakan 3 Nefi 1117; rangkap terakhir dari “Kisah Kitab Mormon” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 62). Galakkan anak-anak anda untuk membayangkan bagaimana rasanya apabila merasakan luka Yesus (lihat 3 Nefi 11:14–15) atau menjadi salah seorang anak yang diberkati-Nya (lihat 3 Nefi 17:21). Saling berkongsi perasaan anda tentang Yesus Kristus dan Kebangkitan-Nya.

  • Untuk membantu anak-anak anda tahu apa yang Kitab Mormon ajarkan tentang kebangkitan, anda boleh menjemput mereka untuk anggap anda tidak tahu apa-apa tentangnya dan minta mereka menjelaskannya kepada anda. Bantu mereka melihat dalam 2 Nefi 9:10–15; Alma 11:41–45; dan Alma 40:21–23 untuk jawapan kepada soalan-soalan seperti ini: Apakah maksudnya untuk dibangkitkan? Siapakah yang akan dibangkitkan? Jemput mereka untuk bersaksi tentang Kebangkitan Juruselamat sebagai sebahagian dari jawapan mereka.

Yesus Kristus tahu bagaimana untuk menghibur saya.

  • Mosia 3:7 dan Alma 7:11 menggambarkan beberapa perkara yang Juruselamat lalui sebagai sebahagian dari Korban Tebusan-Nya. Anda boleh bacakan anak-anak anda salah satu ayat ini dan minta mereka mendengar kata-kata yang memberitahu mereka apa yang Yesus deritai untuk kita. Kemudian anda boleh membaca Alma 7:12 untuk tahu mengapa Dia menderitanya. Bersaksilah bahawa Yesus Kristus merasakan semua kesakitan dan penyakit kita supaya Dia dapat menghiburkan kita.

  • Adakah lagu rohani atau lagu kegemaran anak-anak anda tentang Yesus Kristus dan Korban tebusan-Nya? Anda boleh menyanyi bersama—atau belajar lagu yang baru. Bincangkan perkataan atau frasa dalam lagu yang mengajar anda tentang penghiburan dan kedamaian yang Juruselamat berikan kepada kita.

Imej
Kristus berdoa di Taman Getsemani

Gethsemane [Getsemani], oleh Michael T. Malm

Yesus Kristus boleh membersihkan saya dan membantu saya berubah.

  • Kitab Mormon memberi banyak contoh orang-orang yang telah berubah kerana Korban tebusan Juruselamat. Mungkin anak-anak anda boleh pilih satu untuk dipelajari, seperti Enos (lihat Enos 1:2–8), Alma yang Muda (lihat Mosia 27:8–24), atau orang Anti-Nefi-Lehi (lihat Alma 24:7–19). Bagaimanakah orang atau kumpulan ini berubah kerana Korban Tebusan Yesus Kristus? Bagaimanakah kita dapat mengikuti contoh mereka?

  • Anda dan anak-anak anda juga boleh membandingkan sesuatu yang bersih dan sesuatu yang kotor dan bercakap tentang bagaimana perkara kotor dijadikan bersih. Baca bersama Alma 13:11–13. Apakah yang Yesus lakukan agar kita boleh dibersihkan dari dosa-dosa kita? Bagaimanakah ini membuat kita rasa tentang dosa? Bagaimanakah perasaan kita tentang Juruselamat?

Hidup layak untuk bimbingan Roh. Roh ialah pengajar yang sebenar. Semasa anda mencari bimbingan-Nya dan hidup dengan layak, Dia akan memberi anda fikiran dan tanggapan tentang cara memenuhi keperluan orang yang anda ajar.

Imej
Kristus menyapa bangsa Nefi

Ilustrasi Kristus bersama Bangsa Nefi, oleh Ben Sowards