Ikutlah Aku 2024
4–10 Mac: “Kita Berbahagia Dalam Kristus.” 2 Nefi 20–25


“4–10 Mac: ‘Kita Berbahagia dalam Kristus.’ 2 Nefi 20–25,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“4–10 Mac. 2 Nefi 20–25,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

Imej
keluarga sedang belajar

4–10 Mac: “Kita Berbahagia Dalam Kristus”

2 Nefi 20–25

Tulisan Yesaya termasuk amaran keras, tetapi ia juga menawarkan harapan dan kebahagiaan. Inilah satu sebab mengapa Nefi masukkannya dalam catatannya: “Aku menulis beberapa daripada kata-kata Yesaya,” dia berkata, “barang siapa … akan melihat kata-kata ini akan mengangkat hati mereka dan berbahagia” (2 Nefi 11:8). Jadi, jemputan untuk mengkaji tulisan Yesaya ialah satu jemputan untuk berbahagia. Anda boleh bersukacita, seperti Nefi, dalam nubuat Yesaya tentang pengumpulan Israel, kedatangan Mesias, dan kedamaian yang dijanjikan kepada orang yang soleh. Anda boleh bersukacita untuk hidup pada hari yang dinubuatkan ketika Tuhan telah “mendirikan panji bagi bangsa-bangsa, dan menghimpunkan orang yang terbuang dari Israel” (2 Nefi 21:12). Ketika anda haus akan kesolehan, anda boleh “dengan kebahagiaan… menimba air dari telaga-telaga keselamatan” (2 Nefi 22:3). Dalam kata lain, anda boleh “berbahagia dalam Kristus” (2 Nefi 25:26).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

2 Nefi 21–22

Saya dapat menemui kedamaian dalam Yesus Kristus.

Anak-anak Lehi ada masalah pertikaian. Masalah menjadi lebih teruk di generasi akan datang, membawa kepada perbalahan, penawanan, kesedihan dan kehancuran. Dan pertikaian terus menjadi masalah hari ini.

Dengan semua itu dalam minda, fikirkan tentang nubuat dalam 2 Nefi 21–22. Pertimbangkan bagaimana Juruselamat sedang memenuhi nubuat-nubuat ini. Apakah maksud nubuat bahawa serigala akan “berdiam bersama anak domba” bagi anda? (2 Nefi 21:6). Renungkan apa yang anda boleh lakukan untuk menjadi pendamai.

Lihat Dale G. Renlund, “Kedamaian Kristus Memansuhkan Permusuhan,” Liahona, Nov. 2021, 83–85.

2 Nefi 21:9–12

Tuhan sedang mengumpulkan umat-Nya.

Nefi dan keluarganya merupakan saksi-saksi Israel dicerai-beraikan (lihat 2 Nefi 25:10). Sekarang anda boleh terlibat dalam pengumpulan Israel (lihat 2 Nefi 21:12). Semasa anda membaca 2 Nefi 21:9–12, fikirkan bagaimana anda boleh membantu memenuhi nubuat dalam ayat-ayat ini.

Contohnya, semasa anda membaca tentang “panji” (standard atau bendera) yang akan dinaikkan untuk mengumpulkan umat Tuhan, fikirkan bagaimana anda telah melihat Tuhan mengumpulkan umat-Nya, secara fizikal dan rohani. Apakah yang menarik orang kepada Tuhan dan Gereja-Nya?

Apakah yang anda terilham untuk lakukan untuk mengumpul umat Tuhan?

2 Nefi 23–24

Keduniawian Babilon akan jatuh.

Kerajaan Babilon adalah ancaman politik dan tentera yang kuat terhadap Israel zaman purba. Tetapi kepada orang Nefi—dan kepada kita hari ini—ancaman yang lebih besar adalah apa yang Babilon mewakili: iaitu keduniawian dan dosa. Pertimbangkan bagaimana amaran dalam 2 Nefi 23–24 telah mempengaruhi orang yang takut atau mengagumi atau mempercayai kekayaan serta kuasa Babilon (lihat, contohnya 23:6–9, 11, 19–22; 24:10–19). Apakah beberapa hal serupa yang mungkin kita takuti atau kagumi atau percayai hari ini? Apakah pesanan Juruselamat kepada anda dalam bab-bab ini? Fikirkan bagaimana anda boleh tunjukkan anda “berbahagia dalam ketinggian [Tuhan]” (2 Nefi 23:3).

2 Nefi 25:19–29

Imej
ikon seminari
“Kita berbicara berkenaan Kristus … kita berbahagia dalam Kristus.”

Nefi terbuka untuk berkongsi kepercayaannya—terutamanya kesaksiannya tentang Yesus Kristus. Sepanjang kajian anda tentang 2 Nefi 25, fikirkan tentang hasrat Nefi untuk “memujuk anak-anak[nya] … untuk percaya kepada Kristus, dan untuk didamaikan dengan Tuhan” (ayat 23). Apakah yang Nefi mahu orang ramai tahu tentang Juruselamat? (lihat ayat 12–13, 16). Bagaimanakah Nefi cuba memujuk orang ramai untuk percaya kepada-Nya? (lihat ayat 19–29). Perhatikan petikan dalam bab ini yang memujuk anda untuk percaya dan mengikut Yesus Kristus.

Sesetengah kita mungkin tidak berani seperti Nefi berbicara tentang Kristus. Tetapi anda boleh mencari sesuatu dalam ajaran Nefi di 2 Nefi 25:23–26 yang mengilhami anda untuk bercakap tentang Dia dengan orang lain dengan lebih terbuka. Contohnya, pengisytiharan Nefi “Kita berbahagia dalam Kristus” mungkin mendorong anda untuk berfikir tentang bagaimana Juruselamat memberikan anda kegembiraan—dan bagaimana anda boleh berkongsi kegembiraan itu dengan orang lain.

Dalam pesanannya “Kita Berbicara Berkenaan Kristus,” (Liahona, Nov. 2020, 88–91), Elder Neil L. Andersen mencadangkan cara kita boleh bercakap dengan lebih terbuka tentang Kristus dalam pelbagai suasana. Apakah cadangan-cadangannya yang menonjol bagi anda? Apakah peluang yang anda ada untuk bercakap tentang Kristus dengan orang lain?

Apakah yang anda terilham untuk beritahu orang lain tentang Yesus Kristus? Jika anda perlukan idea, anda boleh menyelidiki “Kristus Yang Hidup: Kesaksian Para Rasul” (Gospel Library). Lagu rohani seperti “Aku Percaya Kristus” (Nyanyian Rohani, no. 51) boleh memberi anda idea.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

2 Nefi 21:1–5

Yesus Kristus akan menghakimi dalam kesolehan.

  • Untuk membantu anak-anak anda membayangkan ayat-ayat ini, lihat jika anda boleh cari pokok yang telah ditebang atau dahan yang tumbuh dari pokok (atau gunakan gambar di bawah). Jika “cabang” dalam 2 Nefi 21:1 mewakili Yesus Kristus, apa yang ayat 2–5 ajarkan tentang Dia?

Imej
tumbuhan kecil yang tumbuh daripada tunggul pokok

2 Nefi 21:6–9

Yesus Kristus membawa kedamaian dan kebahagiaan.

  • Apakah yang 2 Nefi 21:6–9 ajarkan tentang apa yang boleh berlaku apabila semua orang mengikut Juruselamat? (lihat juga 4 Nefi 1:15–18). Bagaimanakah kita boleh menjadikan rumah kita seperti ini? Anak-anak anda boleh melihat gambar haiwan yang disebut dalam ayat 6–7—haiwan yang biasanya bermusuh tetapi tidak akan menyakiti satu sama lain apabila Yesus datang semula (lihat halaman aktiviti minggu ini). Anak-anak anda juga boleh melukis diri mereka dan haiwan ini hidup damai bersama Yesus.

2 Nefi 21:11–1222

Tuhan sedang mengumpulkan umat-Nya.

  • Yesaya kata Tuhan akan mendirikan sebuah “panji bagi bangsa-bangsa” untuk membantu orang berkumpul kepada-Nya (lihat 2 Nefi 21:11–12). Bantu anak-anak anda fahami panji adalah seperti bendera. Mungkin mereka boleh melukis bendera mereka sendiri. Mereka boleh masukkan gambar atau perkataan yang mewakili sebab-sebab mereka datang kepada Yesus Kristus dan Gereja-Nya. Minta mereka bercakap tentang bendera mereka, dan bantu mereka fikirkan bagaimana mereka dapat membantu orang lain “berkumpul” kepada Yesus Kristus.

  • Selepas membaca 2 Nefi 22:4–5 bersama, anda boleh bercakap dengan anak-anak anda tentang beberapa “hal-hal cemerlang” yang Tuhan telah lakukan. Apakah beberapa “perbuatan-perbuatan [Tuhan] di kalangan [kita]” yang boleh kita isytiharkan? Untuk membantu anak-anak anda berfikir tentang soalan ini, anda boleh menyanyi bersama lagu tentang Juruselamat, seperti “Aku Percaya Kristus” (Nyanyian Rohani, no. 51). Anda boleh bergilir melengkapkan ayat seperti ini: “Saya percaya kepada Kristus; Dia .” Bagaimanakah kita boleh membantu orang lain tahu apa yang Juruselamat telah lakukan untuk kita?

2 Nefi 25:26

“Kita berbahagia dalam Kristus.”

  • Bagaimanakah anda boleh membantu anak-anak anda “berbahagia dalam Kristus”? Semasa anda membaca 2 Nefi 25:26 bersama, mereka boleh bercakap tentang mengapa mereka “berbahagia dalam Kristus.”

Bersaksi tentang Kristus. Jangan anggap keluarga anda tahu perasaan anda tentang Juruselamat. Beritahu mereka, dan biarkan perasaan anda tentang Juruselamat mempengaruhi cara anda berinteraksi dengan mereka.

Imej
misionari sedang mengajar sebuah keluarga

I’ll Go Where You Want Me to Go [Ku Pergi Ke Mana Engkau Inginkan], oleh Ramon Ely Garcia Rivas