Bantuan Pengkajian
TJS, Lukas 6


TJS, Lukas 6:29–30. Bandingkan dengan Lukas 6:29–30

Yesus mengajarkan bahawa adalah lebih baik untuk bertahan dalam penganiayaan daripada menentang musuh.

29 Dan kepada dia yang menamparmu di pipi, tawarkan yang sebelah lagi; atau, dalam kata lain, adalah lebih baik menawarkan yang sebelah lagi, daripada mencaci lagi. Dan dia yang mengambil jubahmu, janganlah menghalangnya mengambil bajumu juga.

30 Kerana adalah lebih baik engkau membiarkan musuhmu untuk mengambil benda-benda itu, daripada bertikai dengannya. Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, bapa syurgawi-Mu yang melihat secara rahsia, akan membawa yang jahat itu ke penghakiman.