Bantuan Pengkajian
TJS, Lukas 16


TJS, Lukas 16:16–23. Bandingkan dengan Lukas 16:16–18

Hukum dan para nabi bersaksi tentang Yesus. Orang-orang Farisi berusaha untuk memusnahkan kerajaan. Yesus memperkenalkan perumpamaan tentang orang kaya dan Lazarus.

16 Dan mereka berkata kepada-Nya, Kami mempunyai hukum, dan para nabi; tetapi berkenaan lelaki ini kami tidak akan menerima Dia sebagai pemerintah kami; kerana Dia menjadikan diri-Nya sebagai hakim ke atas kami.

17 Kemudian Yesus berfirman kepada mereka, Hukum itu dan para nabi bersaksi tentang Aku; ya dan semua nabi yang telah menuliskan, bahkan sehingga Yohanes, telah meramalkan hari-hari ini.

18 Sejak dari waktu itu, kerajaan Tuhan dikhutbahkan, dan setiap orang yang mencari kebenaran berusaha masuk ke dalamnya.

19 Dan adalah lebih mudah bagi langit dan bumi berlalu, daripada satu noktah pun dari hukum itu gagal.

20 Dan mengapakah kamu mengajar hukum itu, dan menafikan apa yang telah tertulis; dan menghukum Dia yang Bapa telah utuskan untuk memenuhi hukum itu, agar kamu dapat ditebus?

21 Wahai orang bodoh! Kerana kamu telah mengatakan dalam hatimu, Tiadalah Tuhan. Dan kamu mengubah jalan yang benar; dan kerajaan syurga menderita keganasanmu; dan kamu menganiaya yang lembut hati; dan dalam keganasanmu kamu berusaha untuk menghancurkan kerajaan itu; dan kamu mengambil anak-anak kerajaan itu dengan paksaan. Celakalah kamu, kamu para penzina!

22 Dan mereka mencaci-Nya lagi, berasa marah kerana apa yang disebut itu, bahawa mereka itu ialah para penzina.

23 Tetapi Dia meneruskan, berfirman, Sesiapa yang menceraikan isterinya, dan mengahwini yang lain, melakukan penzinaan; dan sesiapa yang mengahwini perempuan yang telah diceraikan oleh suaminya itu, melakukan penzinaan. Sesungguhnya Aku berfirman kepadamu, Aku akan mempersamakan kamu dengan orang kaya itu.