Kanak-kanak dan Remaja
Anda Mempunyai suatu Tujuan


“Anda Mempunyai suatu Tujuan,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Remaja (2019)

“Anda Mempunyai suatu Tujuan,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Remaja

Imej
remaja daripada pelbagai budaya

Anda Mempunyai suatu Tujuan

Bapa Syurgawi anda dan Putera-Nya, Yesus Kristus, mengenali dan menyayangi anda. Anda adalah sebahagian penting dalam pekerjaan Mereka dan anda dapat membawa pengaruh besar kepada dunia ini.

Bapa Syurgawi telah memberi anda bakat dan kurniaan rohani. Anda boleh mendapatkan wahyu tentang cara memperkembangkan bakat anda, menjadi lebih seperti Yesus Kristus dan menjadikan anda, orang lain malah dunia lebih baik.

Buku panduan untuk perkembangan peribadi ini menawarkan asas dan alatan yang boleh anda gunakan dalam usaha anda untuk membangunkan kurniaan anda serta mengikuti Yesus Kristus.