Kanak-kanak dan Remaja
Suatu Pola untuk Berkembang


“Suatu Pola untuk Berkembang,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Remaja (2019)

“Suatu Pola untuk Berkembang,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Remaja

Suatu Pola untuk Berkembang

Perkembangan ialah satu bahagian penting dalam rancangan Bapa Syurgawi. Untuk membantu anda, Bapa Syurgawi memberi anda bimbingan daripada Roh Kudus, tulisan suci dan nabi yang hidup. Anda akan belajar daripada pengalaman anda, terutamanya apabila anda bergantung pada Yesus Kristus dan Korban Tebusan-Nya. Berikut ialah pola untuk membantu anda menggunakan injil dalam semua aspek kehidupan anda.

Menemui perkara yang perlu anda usahakan.

Imej
remaja sedang berdoa dan mencari

Rancang cara anda akan melakukannya.

Imej
remaja dengan peta

Bertindak mengikut rancangan anda dengan iman.

Imej
remaja sedang memberikan pelayanan

Renungkan perkara yang telah anda pelajari.

Imej
remaja sedang merenung

Menemui

Keperluan, Kurniaan dan Bakat Anda

Imej
orang ramai melakukan aktiviti

Bapa Syurgawi telah memberi anda kurniaan, bakat dan keupayaan. Dia mahu anda menyedari dan membangunkannya untuk menjadikan anda, orang lain malah dunia agar lebih baik. Bagaimanakah anda dapat memperbaiki dan berkembang?

Cuba tanya soalan-soalan seperti:

  • Apakah yang saya rasa saya patut belajar atau berubah dalam hidup saya?

  • Apakah bakat atau kemahiran yang ingin saya peroleh?

  • Apakah sifat rohani yang perlu saya bangunkan atau tingkatkan?

  • Bagaimanakah saya dapat mentaati perjanjian yang saya telah buat apabila saya dibaptiskan?

  • Siapakah yang boleh saya layani?

Bapa Syurgawi akan menjawab soalan ini apabila anda bergantung pada-Nya. Berdoa. Cari tulisan suci dan kata-kata para nabi yang hidup. Baca berkat bapa bangsa anda, jika anda memilikinya. Belajar mengenali perasaan dan fikiran daripada Roh Kudus. Dia akan membantu anda memahami perkara yang paling penting bagi anda pada masa ini. Jika anda tidak pasti perkara yang harus dilakukan, rujuk muka surat 58–63.

Rancang

Untuk Tingkatkan

Imej
orang ramai di kota

Setelah anda memutuskan perkara yang akan anda usahakan, rancangkan cara anda dapat melakukannya. Rancangan anda mungkin mengandungi langkah atau tindakan tertentu, atau termasuk cara untuk memupuk membangun suatu tabiat atau sifat peribadi.

Cuba tanya soalan-soalan seperti:

  • Mengapakah hal ini penting bagi saya?

  • Bagaimanakah hal ini akan membantu saya menjadi lebih seperti Yesus Kristus?

  • Apakah tindakan yang boleh saya ambil untuk berbuat demikian?

  • Bolehkah saya memecahkan tindakan ini kepada langkah yang lebih kecil?

  • Apakah rancangan yang boleh saya buat sekarang untuk menangani cabaran yang mungkin saya hadapi?

Berdoa tentang rancangan anda dan tumpukan perhatian pada perasaan serta idea yang anda terima. Anda boleh meminta bantuan daripada Roh Kudus, keluarga anda dan pemimpin anda.

Bertindak

Berkembang dengan Iman

Imej
orang ramai melakukan aktiviti

Ikuti rancangan anda! Buat peringatan untuk membantu anda kekal terfokus. Anda boleh membuat catatan, menetapkan penggera atau meminta orang lain bekerjasama dengan anda. Kadang-kadang ia agak sukar untuk mengusahakan rancangan anda. Kadang-kadang anda akan gagal. Tidak apa! Ketahui tindakan yang berkesan dan tidak berkesan membantu anda berkembang.

Jika anda buntu fikiran, tanya soalan-soalan seperti:

  • Apakah tindakan yang berkesan? Mengapa?

  • Apakah tindakan yang tidak berkesan? Mengapa tidak?

  • Apa lagi yang boleh saya cuba?

  • Dari manakah boleh saya dapatkan lebih banyak idea?

  • Bolehkah saya memecahkan matlamat saya kepada langkah atau tindakan yang lebih kecil?

  • Bagaimanakah saya dapat belajar dari rintangan ini?

Latihan dan kesabaran diperlukan untuk melakukan sesuatu dengan baik. Tanya kepada keluarga, kawan atau pemimpin untuk mendapatkan bantuan. Juruselamat mengenali anda dan cabaran yang anda hadapi. Dia dapat membantu anda membuat kerja yang susah. Berdoa untuk meminta bantuan dan arahan.

Renungkan

Perkara yang Telah Anda Pelajari

Imej
orang sedang naik tangga

Pertimbangkan matlamat dan rancangan anda sambil anda mengusahakannya dan apabila anda selesai. Apakah perasaan anda? Apakah yang telah anda pelajari? Catatkan fikiran dan tanggapan mungkin membantu anda kemudian.

Cuba tanya soalan-soalan seperti:

  • Bagaimanakah saya telah berkembang?

  • Bagaimanakah saya boleh menggunakan pembelajaran saya untuk melayani orang lain?

  • Bagaimanakah tindakan saya telah membantu membuat saya menjadi lebih dekat kepada Juruselamat?

  • Bagaimanakah saya dapat terus berkembang dalam aspek ini?

Apabila anda selesai mengusahakan matlamat atau rancangan, ucapkan terima kasih kepada Bapa Syurgawi dan mereka yang telah membantu anda. Renungkan peranan Juruselamat dalam hidup anda apabila anda mengambil sakramen. Fikirkan dan berdoa tentang perkara yang boleh anda usahakan seterusnya.