Kanak-kanak dan Remaja
Anda Boleh Mengikut Juruselamat


“Anda Boleh Mengikut Juruselamat,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Remaja (2019)

“Anda Boleh Mengikut Juruselamat,” Perkembangan Peribadi: Buku Panduan Remaja

Anda Boleh Mengikut Juruselamat

Bapa Syurgawi mahu anak-anak-Nya belajar dan berkembang. Dia menghantar Putera-Nya, Yesus Kristus, untuk menjadi teladan yang sempurna bagi kita semua dalam segala cara.

Rohani

Yesus bertambah “menyenangkan hati Tuhan”. Anda boleh berkembang dengan menunjukkan kasih anda kepada Tuhan dan kerelaan untuk menjalani injil.

Sosial

Yesus berkembang “menyenangkan hati … manusia”. Anda boleh berkembang secara sosial dengan menyayangi semua manusia.

Jasmani

Yesus bertambah “besar”. Anda boleh belajar mengusahakan dan menjaga badan anda, kesihatan mental dan ciptaan Tuhan.

Intelektual

Yesus bertambah “bijaksana”. Anda boleh belajar di sekolah, mempelajari kemahiran baru dan meningkatkan bakat anda.