Ikutlah Aku
18–24 November. Yakobus: ‘Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja’


“18–24 November. Yakobus: ‘Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“18–24 November. Yakobus,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
Abraham berdoa di luar khemahnya

Abraham on the Plains of Mamre, oleh Grant Romney Clawson

18–24 November

Yakobus

“Kita Harus Menjadi Pelaku Firman, dan Bukan Setakat Pendengar Sahaja”

Ketika anda membaca Surat Yakobus, berikan perhatian kepada ayat yang mengambil perhatian anda, dan catatkan. Bagaimana anda diilhamkan untuk menjalani kebenaran ini?

Mencatat Tanggapan Anda

Kadangkala hanya satu ayat tulisan suci dapat mengubah dunia. Yakobus 1:5 kelihatan seperti nasihat yang mudah—apabila di antara kamu ada yang kekurangan hikmat, hendaklah ia meminta kepada Tuhan. Tetapi ketika Joseph Smith yang berusia 14 tahun membaca ayat tersebut, “Ia masuk dengan kuasa yang besar ke dalam setiap perasaan hati[nya]”(Joseph Smith—Sejarah 1:12) Kemudian mengilhami, Joseph bertindak atas peringatan Yakobus dan mencari hikmat dari Tuhan melalui doa. Dan Tuhan sememangnya memberi, memberikan Joseph salah satu kunjungan syurgawi yang paling menakjubkan dalam sejarah manusia—Penglihatan Pertama. Penglihatan ini mengubah perjalanan hidup Joseph dan membawa kepada Pemulihan Gereja Yesus Kristus di bumi. Semua kita diberkati kini kerana Joseph Smith membaca dan bertindak atas Yakobus 1:5.

Apakah yang akan anda temui ketika anda mempelajari Surat Yakobus? Malah satu atau dua ayat akan mengubah anda atau seseorang yang anda kasihi. Anda boleh menemui bimbingan ketika anda mencari bagi memenuhi misi anda dalam hidup. Anda boleh menemui dorongan untuk berbicara dengan ramah atau menjadi lebih sabar. Apa pun yang mengilhamkan anda, biarlah perkataan ini “masuk ke dalam setiap perasaan hati [anda].” Ingat untuk “menerima dengan kelembutan hati … firman tersebut,” seperti Yakobus tuliskan, “yang berkuasa menyelamatkan jiwamu” (Yakobus 1:21).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Yakobus

Siapakah Yakobus?

Ia adalah secara umum dipercayai bahawa penulis Surat Yakobus ialah anak lelaki Maria, ibu kepada Yesus Kristus, dan oleh itu adalah adik tiri kepada Juruselamat. Yakobus disebut di dalam Matius 13:55; Markus 6:3; Kisah Rasul-Rasul 12:17; 15:13; 21:18; dan Galatia 1:19; 2:9. Kelihatannya dari tulisan suci ini bahawa Yakobus seorang pemimpin Gereja di Yerusalem dan telah dipanggil sebagai seorang Rasul (lihat Galatia 1:19).

Yakobus 1:2–4; 5:7–11

Bertahan dengan sabar membawa kepada kesempurnaan.

“Penantian boleh menjadi sukar,” Presiden Dieter F. Uchtdorf mengajar. “Kita ingin apa yang kita inginkan, dan kita inginkan ia sekarang. Oleh itu, idea tentang kesabaran kelihatan tidak menyenangkan” (“Continue in Patience,” Ensign atau Liahona, Mei 2010, 56). Selepas membaca Yakobus 1:2–4; 5:7–11, apakah yang akan anda rasa merupakan pesanan utama Yakobus tentang kesabaran? Apakah pemikiran tambahan yang anda miliki selepas membaca pesanan Presiden Uchtdorf yang selanjutnya? Bagaimanakah anda dapat tunjukkan kepada Tuhan bahawa anda rela untuk menjadi sabar?

Yakobus 1:3–8, 21–25; 2:14–26; 4:17

Iman memerlukan tindakan.

Bagaimanakah anda mengetahui sekiranya anda memiliki iman dalam Yesus Kristus? Bagaimanakah pekerjaan anda mencerminkan iman anda kepada Tuhan? Fikirkan tentang soalan ini semasa anda mempelajari ajaran-ajaran Yakobus tentang iman. Mungkin menyeronokkan untuk membaca tentang Abraham dan Rahab, dua contoh yang Yakobus telah sebutkan (lihat Kejadian 22:1–12; Yosua 2). Bagaimanakah mereka menunjukkan bahawa mereka memiliki iman kepada Tuhan?

Membaca Yakobus 1:3–8, 21–25; 2:14–26; 4:17 mungkin boleh membantu anda memikirkan cara anda dapat menjadi seorang pelaku firman yang lebih baik. Catatkan sebarang tanggapan yang anda terima, dan membuat rancangan untuk bertindak atasnya.

Lihat juga Alma 34:27–29; 3 Nefi 27:21.

Yakobus 1:263:1–18

Perkataan yang saya ucapkan mempunyai kuasa untuk melukakan atau memberkati orang lain.

Di antara bayangan yang kaya Yakobus gunakan sepanjang suratnya, beberapa bahasanya yang lebih jelas terdapat dalam nasihatnya tentang bahasa. Pertimbangkan untuk membuat sebuah senarai semua cara Yakobus gambarkan tentang lidah atau mulut. Apakah setiap perbandingan atau gambar cadangan tentang perkataan yang kita harus ucapkan? Fikirkan sesuatu yang anda dapat lakukan untuk memberkati seseorang dengan perkataan anda (lihat A&P 108:7).

Yakobus 2:1–9

Sebagai seorang pengikut Yesus Kristus, saya harus mengasihi semua orang, tanpa mengira keadaan mereka.

Yakobus memberi amaran kepada Orang Suci terutamanya berkaitan menyanjung yang kaya dan menghina yang miskin, tetapi amarannya dapat digunakan untuk mana-mana yang berat sebelah atau prejudis yang kita mungkin miliki terhadap orang lain. Ia dapat menjadi sukar untuk mengenal pasti cara kita telah menghakimi orang secara negatif, tetapi Tuhan telah berjanji bahawa Dia akan membantu kita melihat di mana yang kita perlu memperbaiki (lihat Eter 12:27). Ketika anda mengkaji dengan penuh doa Yakobus 2:1–9, carilah dalam hati anda sendiri dan dengarkan kepada bisikan Roh Kudus. Adakah anda sedar akan sebarang perubahan yang anda perlu lakukan dalam cara anda melayan atau memikirkan tentang orang lain?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Yakobus 1:5

Pertimbangkan membaca Yakobus 1:5 dan menjemput seorang ahli keluarga untuk merumuskan laporan Penglihatan Pertama (lihat Joseph Smith—Sejarah 1:8–13 atau video “Ask of God: Joseph Smith’s First Vision” di LDS.org). Jemputlah ahli keluarga untuk berkongsi kesaksian mereka tentang Nabi Joseph Smith dan pengalaman ketika Bapa Syurgawi telah menjawab doa-doa mereka.

Yakobus 1:26–27

Pertimbangkan untuk menonton video “True Christianity” (LDS.org) berkenaan ayat ini. Kemudian baca tafsiran Yakobus tentang agama yang suci dan bincangkan cara anda dan keluarga anda dapat lakukan agar agama anda lebih suci.

Yakobus 3

Yakobus 3 termasuk banyak gambaran yang dapat mengilhamkan pengajaran berobjek untuk membantu keluarga anda berbicara dengan baik. Sebagai contoh, anda boleh berbincang bagaimana api kecil atau mancis dapat memulakan api besar, dan ahli keluarga boleh memikirkan masa ketika perkataan tidak baik mengundang masalah (lihat ayat 5–6), Atau anda boleh menghidangkan sesuatu yang masam dan pahit dalam sesuatu yang bisanya digunakan untuk makanan manis–seperti jus lemon di dalam bekas madu. Ini boleh membawa kepada perbincangan tentang memastikan perkataan kita adalah manis dan mengangkat (lihat ayat 9–14).

Yakobus 4:5–8

Mengapakah kita harus “mendekati Tuhan” ketika kita menghadapi godaan?

Yakobus 5:14–16

Mungkin berkongsi pengalaman peribadi tentang menerima berkat imamat dapat menggalakkan ahli keluarga untuk “meminta berkat imamat ketika [mereka] memerlukan kuasa rohani” (Dallin H. Oaks, “The Importance of Priesthood Blessings,” New Era, July 2012 4).

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Bertindak atas apa yang anda pelajari. Ketika anda mengkaji, dengar kepada bisikan Roh tentang bagaimana anda dapat menggunakan apa yang anda pelajari ke dalam hidup anda. Dedikasi untuk mengikuti bisikan-bisikan dan menjalani injil dengan sepenuhnya. (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 35.)