Ikutlah Aku
25 November–1 Disember. 1 dan 2 Petrus: ‘Kegembiraan yang Kamu Alami Itu Sungguh Besar, Mulia, dan Tidak Terkata’


‘25 November–1 Disember. 1 dan 2 Petrus: ‘Kegembiraan yang Kamu Alami Itu Sungguh Besar, Mulia, dan Tidak Terkata’ Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“25 November–1 Disember. 1 dan 2 Petrus,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019

Imej
Yesus Kristus mengkhutbahkan injil di dunia roh.

Kristus Berkhutbah di Dunia Roh, oleh Robert T. Barrett

November 25–Disember 1

1 dan 2 Petrus

“Kegembiraan yang Kamu Alami Itu Sungguh Besar, Mulia, dan Tidak Terkata”

Apabila anda membaca Surat Petrus, anda mungkin menerima tekanan untuk bertindak. Tuliskan tekanan ini apabila anda “masih berada dalam Roh” (A&P 76:80) supaya anda boleh mendapat dengan tepat apa yang anda diajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Seketika selepas Kebangkitan-Nya, Juruselamat membuat nubuat yang pastinya telah merisaukan Petrus. Dia berkata apabila Petrus menjadi tua, dia akan diangkat “ke tempat yang [dia] tidak mahu pergi … , menunjukkan bagaimana Petrus akan mati kelak untuk memuliakan Tuhan” (Yohanes 21:18–19). Apabila Petrus menulis suratnya, dia tahu bahawa kesyahidan dia yang dinubuatkan semakin dekat: “Tidak lama lagi aku akan meninggalkan dunia ini, kerana Tuhan kita Yesus Kristus telah memberitahu aku dengan jelas.” (2 Petrus 1:14). Malangnya, penganiayaan amat biasa untuk Orang Suci di wilayah Roma, surat ini ditulisnya kepada mereka (lihat 1 Petrus 1:1) Tetapi ayatnya tidak dipenuhi ketakutan atau pesimisme. Sebaliknya, dia mengajar Orang Suci untuk “bersukacita”, walaupun mereka “berdukacita untuk sementara waktu kerana mengalami berbagai-bagai cubaan.” Dia menasihati mereka untuk ingat bahawa “membuktikan sama ada [mereka] bersungguh-sungguh percaya Tuhan” dan “apabila Yesus Kristus datang kembali, akan menerima pujian, kemuliaan dan penghormatan” dan “menerima penyelamatan jiwa [mereka]” (1 Peter 1:6–7, 9). Iman Petrus mungkin perkara yang melegakan bagi Orang Suci masa awal tersebut, seperti ia menggalakkan kepada Orang Suci zaman ini, yang juga “menanggung penderitaan bersama-sama Kristus. Dengan demikian [kita] akan bersukacita, apabila kemuliaan Kristus dinyatakan kelak” (1 Petrus 4:13).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Petrus 1:3–9; 2:19–24; 3:14–17; 4:12–19

Saya boleh mencari kegembiraan dalam masa cubaan dan penderitaan.

Pada mulanya, ia mungkin nampak aneh yang Petrus menggunakan perkataan seperti bersukacita, dan kemuliaan bersama dengan perkataan yang kita kaitkan dengan kesusahan: penderitaan, godaan dan tidak adil (see 1 Petrus 1:6; 2:19; 4:12–13). Pesanan Petrus kepada Orang Suci awal adalah pesanan yang sama diajar Presiden Russel M. Nelson: “Orang Suci boleh bergembira dalam apa jua keadaan. … Apabila tumpuan hidup kita ialah di atas rancangan keselamatan Tuhan … Dan Yesus Kristus dan injil-Nya, kita akan dapat merasa kegembiraan tidak kira apa yang berlaku—atau tidak berlaku—dalam hidup kita. Kebahagiaan datang dari Dia dan wujud kerana Dia. Dia ialah punca segala kebahagiaan” (“Joy and Spiritual Survival,” Ensign atau Liahona, Nov. 2016, 82).

Apabila anda membaca 1 Petrus 1:3–9; 2:19–24; 3:14–17; 4:12–19, apa yang memberi anda harapan yang anda boleh mencari kegembiraan dalam keadaan yang susah?

1 Petrus 3:18–20; 4:1–6

Injil dikhutbahkan kepada mereka yang sudah mati supaya mereka dapat dihakimi dengan adil.

Pada suatu hari, setiap orang akan berdiri di susur penghakiman dan “mempertanggungjawabkan hidup mereka kepada Tuhan yang siap menghakimi orang hidup dan orang mati” (1 Petrus 4:5). Sesetengah orang mungkin tertanya bagaimana Tuhan boleh menghakimi semua orang dengan adil apabila peluang mereka untuk memahami dan menghidupi injil amat berbeza. Perhatikan ajaran yang di ajar Petrus dalam 1 Petrus 3:18–20; 4:6 untuk menolong Orang Suci pada masanya untuk memahami bahawa penghakiman Tuhan akan adil. Bagaimana ayat ini menguatkan iman adan dalam keadilan Tuhan?

Untuk belajar ajaran ini dengan lebih lanjut, pelajari Ajaran dan Perjanjian 138, sebuah wahyu yang diterima Presiden Joseph F. Smith apabila dia merenungkan tulisan Petrus. Berkat apa yang datang kepada mereka yang membuat tatacara injil boleh didapati kepada ahli keluarga yang sudah meninggal dan sedang menanti untuk tatacara-tatacara ini?

Lihat juga “Baptisms for the Dead,” Gospel Topics, topics.lds.org.

2 Petrus 1:1–11

Melalui kuasa Yesus Kristus, saya boleh membangunkan sifat ilahi saya.

Pernahkah anda rasa bahawa menjadi seperti Yesus Kristus dan membina atribut-Nya adalah mungkin? Elder Robert D. Hales memberi pendapat yang menggalakkan tentang cara kita boleh membina atribut seperti Kristus: “Atribut Juruselamat … adalah ciri-ciri bercabang, yang ditambah bersama satu sama lain, yang membangunkan kita dalam cara interaktif. Dalam perkataan lain, kita tidak boleh mendapat ciri-ciri seperti Kristus tanpa juga mendapat dan mempengaruhi yang lain. Apabila satu ciri-ciri menjadi kuat, begitu juga banyak lagi” (“Menjadi Pengikut Tuhan Kita Yesus Kristus,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 46).

Imej
satu tenunan permaidani yang rumit

Setiap kualiti yang kita bina menolong kita menenun satu permaidani pengikut.

Pertimbangkan untuk membaca 2 Petrus 1–11 bersama dengan pesanan Elder Hales. Apa yang anda belajar daripada dua Rasul ini yang menolong usaha anda untuk menjadi seperti Kristus?

Lihat juga 1 Petrus 4:8; David A. Bednar, “Exceeding Great and Precious Promises,” Ensign atau Liahona, Nov. 2017, 90–93.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

1 Petrus 2:5–10

Sambil anda membaca ayat ini dengan keluarga anda, pertimbangkan untuk menggunakan batu untuk menolong keluarga anda menggambarkan ajaran-ajaran Petrus bahawa Juruselamat ialah “batu asas” kita. Bagaimana kita seperti “batu-batu yang hidup” yang Tuhan menggunakan untuk membina Kerajaan-Nya? Apa yang kita belajar daripada Petrus tentang Juruselamat dan peranan kita dalam Kerajaan-Nya? Apakah pesanan Petrus kepada keluarga anda?

1 Petrus 3:8–17

Bagaimana kita boleh “sentiasa bersedia memberikan jawapan” kepada mereka yang tanya kita tentang kepercayaan kita? Keluarga anda mungkin akan menikmati untuk melakonkan di mana seseorang menanya mereka dengan satu soalan tentang injil.

1 Petrus 3:18–20; 4:6

Apa yang anda sebagai satu keluarga boleh belajar tentang nenek moyang anda yang telah meninggal? Mungkin, pada hari jadi satu nenek moyang anda yang telah meninggal anda boleh memasak makanan kegemaran nenek moyang anda, memaparkan gambar, atau menceritakan satu cerita daripada kehidupan nenek moyang anda. Jika boleh, anda juga boleh merancang untuk menerima tatacara untuk nenek moyang ini dalam bait suci.

2 Petrus 1:16–21

Dalam ayat ini, Petrus mengingatkan Orang Suci tentang pengalamannya di Gunung Perubahan rupa (lihat juga Matius 17:1–9). Apakah yang kita boleh belajar dari ayat-ayat ini mengenai ajaran-ajaran nabi? (Lihat juga A&P 1:38). Apa yang memberikan kita keyakinan untuk mengikut nabi kita hari ini?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

“Sentiasa bersedia.” Masa mengajar tidak formal boleh datang dan hilang dengan cepat, jadi ia penting untuk mengambil kesempatan apabila ia muncul. Bagaimana kita boleh berusaha untuk “sentiasa bersedia” untuk mengajar ahli keluarga anda kebenaran injil dan berkongsi “harapan yang kamu miliki” (1 Petrus 3:15) apabila masa mengajar muncul? (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 16.)

Imej
Petrus berkhutbah kepada satu kumpulan orang

Walaupun Petrus melalui banyak penganiayaan dan pertentangan, dia kekal tabah dalam kesaksian dia dalam Kristus.