Ikutlah Aku
28 Oktober–3 November. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: ‘Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang yang Percaya’


“28 Oktober–3 November. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon: ‘Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang yang Percaya’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“28 Oktober–3 November. 1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
tiga wanita berdiri di luar bait suci

28 Oktober–3 November

1 dan 2 Timotius; Titus; Filemon

“Hendaklah Engkau Menjadi Teladan Bagi Semua Orang yang Percaya”

Kadang-kadang ia membantu untuk melakukan pengajian tulisan suci anda dengan satu atau lebih soalan dalam fikiran. Jemput Roh untuk membimbing anda ke jawapan-jawapan ketika anda mengkaji, dan catatkan apa-apa ilham yang anda terima.

Mencatat Tanggapan Anda

Dalam surat-surat yang Paulus menulis ke Tomotius, Titus, dan Filemon, kita dapat melihat sedikit ke dalam hati seorang pelayan Tuhan. Tidak seperti surat-surat Paulus yang lain ke seluruh jemaah, surat-surat ini ditulis kepada individu-individu—kawan dan rakan Paulus yang baik dalam pekerjaan Tuhan—dan membacanya ialah seperti mendengar perbualan. Kita melihat Paulus menggalakkan Timotius dan Titus, dua pemimpin jemaah, dalam pelayanan Gereja mereka. Kita melihat dia minta kawannya Filemon untuk mengampuni Seorang Suci dan memperlakukan dia seperti saudara dalam Injil. Kata-kata Paulus tidak ditulis kepada kita terus, dan mungkin dia tidak menjangka bahawa begitu banyak orang akan membacanya suatu hari nanti. Tetapi kita menjumpai dalam surat-surat ini nasihat dan galakan untuk kita, tidak kira apa pelayanan peribadi kita dalam pelayanan Kristus.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 dan 2 Timotius; Titus

Siapakah Timotius dan Titus?

Timotius dan Titus telah melayani bersama Paulus semasa beberapa perjalanan penginjilnya. Semasa pelayanan mereka, mereka mendapat hormat dan kepercayaan Paulus. Timotius kemudian dipanggil sebagai pemimpin Gereja di Efesus, dan Titus dipanggil sebagi pemimpin di Kreta. Dalam surat-surat ini, Paulus memberikan para pemimpin arahan dan galakan mengenai tanggungjawab mereka, yang termasuk mengkhutbahkan Injil dan memanggil para lelaki untuk melayani sebagai uskup.

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Surat kepada Timotius,” “Surat kepada Titus.”

Imej
seorang uskup dalam pejabatnya bercakap dengan remaja

Uskup-uskup dipanggil untuk memberi bimbingan rohani kepada ahli-ahli bahagian.

1 Timotius 4:10–16

Jika saya ialah “teladan bagi orang yang percaya,” saya dapat memimpin orang lain ke Juruselamat dan Injil-Nya.

Timotius muda, tetapi Paulus tahu bahawa dia dapat menjadi pemimpin Gereja yang hebat walaupun umurnya. Apakah nasihat yang Paulus memberi Timotius di 1 Timotius 4:10–16? Bagaimanakah nasihat ini boleh membantu anda memimpin orang lain ke Juruselamat dan Injil-Nya?

Lihat juga Alma 17:11.

2 Timotius

“Roh yang diberikan oleh Tuhan kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Tuhan melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.”

2 Timotius dianggap surat terakhir yang Paulus tulis, dan nampaknya dia tahu masanya di bumi tidak lama (lihat 2 Timotius 4:6–8). Semasa anda membaca surat ini, fikirkan bagaimana Timotius mungkin rasa mengetahui bahawa dia mungkin tidak akan ada pemimpinnya yang dipercayai tidak lama lagi. Apakah yang Paulus berkata untuk menggalakkan dia? Apakah yang kata-kata Paulus mengajar anda tentang menghadapi cabaran dan ketakutan anda sendiri?

2 Timotius 3

Mematuhi Injil memberikan keselamatan dari bahaya-bahaya rohani pada zaman akhir.

Kita hidup dalam “zaman akhir” yang Paulus mengatakan, dan “banyak kesusahan” telah datang (2 Timotius 3:1). Semasa anda membaca 2 Timotius 3, tulis kesusahan-kesusahan zaman akhir yang dikatakan (lihat juga 1 Timotius 4:1–3):

Adakah anda boleh fikir tentang contoh kesusahan-kesusahan ini di dunia di keliling anda—atau dalam kehidupan anda sendiri? Bagaimanakah kesusahan-kesusahan ini, seperti yang digambarkan di ayat 6, “pergi ke [rumah anda], dan menguasai [anda]”? Apakah nasihat yang anda menjumpai di 2 Timotius 3, dan di tempat lain dalam surat-surat ini, yang boleh melindungi anda dan keluarga anda dari bahaya-bahaya rohani ini? (contoh, lihat 1 Timotius 1:3–11; 2 Timotius 2:15–16; Titus 2:1–8).

Filemon

Siapakah Filemon?

Filemon ialah seorang Kristian yang hatinya telah diubah kepada Injil oleh Paulus. Dia memiliki seorang hamba dengan nama Onesimus, yang melarikan diri dari perhambaan, jumpa Paulus, dan berubah hati kepada Injil juga. Dalam surat kepada Filemon, Paulus menggalakkan kawannya untuk mengampuni Onesimus dan menerimanya “bukan sahaja abdi, tetapi lebih daripada itu, seorang saudari yang dikasihi” (ayat 16).

Filemon

Para pengikut Kristus mengampuni satu sama lain.

Adakah anda pernah berada dalam keadaan bila seseorang mencari pengampunan anda? Fikirkan keadaan itu ketika anda membaca surat kepada Filemon. Apakah yang Paulus mengajar Filemon tentang kenapa dia patut mengampuni Onesimus? Adakah terdapa apa-apa pesanan untuk anda dalam surat ini?

See also 1 Nefi 7:16–21; Mosia 26:30–31; Gospel Topics, “Forgiveness,” topics.lds.org.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

1 Timotius 2:9–10

Walaupun bahagian-bahagian nasihat Paulus untuk para wanita berpakaian sopan tidak berkaitan dengan zaman kita, kita semua boleh belajar dari nasihatnya untuk menghias [diri kita] … dengan perbuatan baik.” Keluarga anda mungkin suka mengadakan pertunjukan fesyen, dengan ahli-ahli keluarga memakai pakaian atau barang kemas yang dilabel dengan pelbagai jenis perbuatan baik. Apakah beberapa perbuatan baik yang keluarga anda boleh melakukan minggu ini?

1 Timotius 4:12

Untuk membantu ahli-ahli keluarga anda ingin menjadi “teladan bagi orang yang percaya,” mempertimbangkan menjemput mereka untuk melukis gambar tentang bagaimana orang telah menjadi teladan yang baik bagi mereka. Bagaimanakah orang-orang ini telah mengilhami kita untuk ikut Yesus Kristus? Pesanan Presiden Thomas S. Monson’s “Jadilah Teladan dan Cahaya” (Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 86–88) boleh memberi beberapa idea.

1 Timotius 6:7–12

Mengapakah anda berfikir “sikap mencintai wang” dianggap “penyebab segala macam kejahatan”? Apakah bahaya-bahaya menumpukan kehidupan kita pada wang? Bagaimanakah kita boleh gembira dengan berkat-berkat yang kita ada?

2 Timotius 3:14–17

Menurut ayat-ayat suci ini, apakah berkat-berkat yang datang kepada mereka yang tahu dan mengkaji tulisan suci? Mungkin ahli-ahli keluarga boleh mengongsi ayat-ayat suci yang mereka menganggap sangat “berguna.”

Filemon 1:17–21

Apakah yang Paulus rela melakukan untuk Onesimus? Bagaimanakah ini sama dengan apa yang Juruselamat melakukan dengan rela untuk kita? (Lihat juga 1 Timotius 2:5–6; A&P 45:3–5). Bagaimanakah kita dapat mengikut teladan Paulus dan Juruselamat?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Ajar ajaran yang jelas dan mudah. Injil ialah indah dalam kemudahannya (lihat A&P 133:57). Berusaha untuk mengajar ajaran yang tulen dan mudah, dan mengelakkan pelajaran yang memerlukan banyak persediaan (lihat 1 Timotius 1:3–7).

Imej
adik-beradik mengkaji kitab-kitab suci

Mengkaji firman Tuhan memberikan keselamatan dari bahaya-bahaya rohani pada zaman akhir.