Ikutlah Aku
16–22 September. 2 Korintus 8–13: ‘Tuhan Mengasihi Orang yang Memberi dengan Senang Hati’


“16–22 September. 2 Korintus 8–13: ‘Tuhan Mengasihi Orang yang Memberi dengan Senang Hati’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“16–22 September. 2 Korintus 8–13,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
Yesus berbicara dengan seorang anak kecil

16–22 September

2 Korintus 8–13

“Tuhan Mengasihi Orang yang Memberi dengan Senang Hati”

Mencatat tanggapan boleh menolong mengingat semula apa yang anda belajar semasa pembelajaran ayat suci. Anda mungkin boleh menulis dalam jurnal pelajaran, membuat nota di dalam margin tulisan suci, menambahkan nota dalam aplikasi Gospel Library, atau membuat rakaman audio pemikiran anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Apa yang anda akan buat jika anda mendengar bahawa satu kumpulan umat Orang Suci di kawasan lain bergelut dengan kemiskinan? Ini adalah situasi yang Paulus jelaskan kepada Orang Suci Korintus di 2 Korintus 8–9. Dia berharap untuk memujuk Orang Suci Korintus untuk menderma sedikit kekayaan mereka kepada Orang Suci yang memerlukannya. Tetapi melebihi satu permintaan untuk derma, ayat Paulus juga mengandungi kebenaran yang mendalam tentang memberi: “Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.” (2 Korintus 9:7). Pada zaman kita, masih terdapat ramai Orang Suci di serata dunia yang memerlukan pertolongan. Kadangkala yang paling kita boleh lakukan untuk mereka ialah untuk berpuasa dan menderma sumbangan puasa. Dalam kes yang lain, pemberian kita boleh lebih terus dan peribadi. Bentuk apa pun pengorbanan kita, ia perlu di kaji motivasi kita untuk memberi. Adakah korban kita satu penyataan kasih-sayang? Lagipun, kasih-sayang yang membuat seorang pemberi senang hati.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

2 Korintus 8:1–15; 9:5–15

Saya boleh berkongsi dengan senang hati apa yang saya ada untuk memberkati orang miskin dan yang memerlukannya.

Terdapat ramai orang yang memerlukan di seluruh dunia. Bagaimana kita boleh membuat satu perubahan? Elder Jeffrey R. Holland memberi nasihat ini: “Kaya atau miskin, kita harus “lakukan apa yang kita boleh” apabila orang lain dalam keperluan [lihat Markus 14:6, 8]. … [Tuhan] akan menolong anda dan membimbing anda dalam perbuatan rasa belas kasihan jika anda dengan penuh keinginan dan berdoa mencari cara untuk mengikut perintah yang Dia telah beri kita lagi dan lagi (“Are We All Not Beggars?” Ensign atau Liahona, Nov. 2014, 41).

Baca 2 Korintus 8:1–15; 9:6–15, dan membuat nota tentang dasar yang di ajar Paulus tentang menjaga mereka yang miskin dan memerlukannya. Apa yang mengilhami anda tentang nasihat Paulus? Anda boleh berdoa untuk bimbingan tentang apa yang anda boleh buat untuk memberkati seorang yang memerlukannya. Pastikan anda mencatat tanggapan yang anda terima dan bertindak terhadap mereka.

Lihat juga Mosia 4:16–27; Alma 34:27–29; Henry B. Eyring, “Is Not This the Fast That I Have Chosen?” Ensign atau Liahona, Mei 2015, 22–25; Linda K. Burton, “I Was a Stranger,” Ensign atau Liahona, Mei 2016, 13–15.

2 Korintus 11

Rasul palsu cuba menipu.

Ia mungkin menolong anda memahami bab ini untuk mengetahui bahawa “rasul palsu” telah muncul di kalangan Orang Suci Korintus (2 Korintus 11:13). Apa yang anda pelajari daripada ayat 13–15 tentang mereka yang mengajar ajaran palsu? Apa yang anda pelajari tentang rasul yang benar apabila anda membaca pengalaman Paulus sebagai pelayan rohani Kristus? (lihat ayat 23–33).

2 Korintus 11:3; 13:5–8

Saya harus “uji” keimanan saya dalam injil Yesus Kristus.

Kerana hari ini, ramai yang ingin menjauhkan kita daripada “kesederhanaan yang dari dalam Kristus” (2 Korintus 11:3), anda mungkin boleh menerima jemputan Paulus untuk “ujilah diri kamu sendiri sama ada kamu betul-betul hidup berdasarkan kepercayaan kepada Kristus” (2 Korintus 13:5). Contohnya, anda mungkin boleh renungkan apa yang anda boleh hapuskan dalam hidup anda yang akan menolong anda lebih fokus kepada Kristus, atau anda boleh lengkapkan “Attribute Activity” dalam Preach My Gospel, muka surat 126.

2 Korintus 12:2–4

Apa itu “syurga tertinggi” dan siapakah lelaki yang “diangkat ke syurga”?

Dalam ayat ini, Paulus berkata tentang diri dia sendiri, tanpa menyebut dirinya secara terus—mungkin untuk mengelak daripada bercakap besar tentang penglihatannya. Frasa “syurga tertinggi” merujuk kepada kerajaan selestial (lihat A&P 76:96–98).

2 Korintus 12:5–10

Rahmat Juruselamat cukup untuk menolong saya mencari kekuatan dalam kelemahan saya.

Kita tidak tahu apa “penyakit yang sangat menyakitkan” Paulus, tetapi ia senang untuk berkait dengan hasratnya untuk keluarkannya. Kita semua mempunyai cabaran dan masalah yang Tuhan tidak lihat sesuai untuk di keluarkan daripada hidup kita. Fikirkan tentang cabaran anda sendiri apabila anda membaca 2 Korintus 12:5–10. Apakah yang Paulus ajar tentang kelemahan? Apakah maksudnya kepada anda bahawa kuasa Tuhan nyata sekali cukup bagi anda? Bagaimana pengalaman anda dalam kuasa pengukuhan Tuhan?

Lihat juga Mosia 23:21–24; 24:10–15; Eter 12:27; Moroni 10:32–33.

2 Korintus 13:1

Apakah erti Paulus apabila dia berkata tentang “dua atau tiga orang saksi”?

Pada zaman Perjanjian Lama, dua atau tiga saksi di perlukan untuk membawa tuduhan ke atas seseorang (lihat Ulangan 19:15). Paulus memetik amalan ini apabila dia merujuk kepada lawatan ketiga dia ke Korintus. Contoh moden dasar pelbagai saksi ini termasuk Kesaksian Tiga Saksi Kitab Mormon, kesaksian Yesus Kristus yang diberi Alkitab dan Kitab Mormon, dan amalan penginjil bersaksi dalam satu pasangan.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

2 Korintus 8–9

Apa yang anda cari dalam bab ini yang mengilhami keluarga anda untuk menolong orang miskin dan yang memerlukannya? Ini mungkin satu masa yang bagus untuk merancang satu pelayanan sebagai satu keluarga untuk seseorang yang memerlukannya.

2 Korintus 9:6–7

Adakah keluarga anda mengetahui seseorang yang boleh digambarkan sebagai “orang yang memberi dengan senang hati”? Bagaimana kita boleh membuat pelayanan kita lebih ceria?

2 Korintus 10:3–7

Bagaimana anda boleh mengajar keluarga anda tentang “perjuangan” kita menentang kejahatan? Adakah keluarga anda akan menikmati membina satu kubu dengan kerusi dan selimut? Ini boleh membawa kepada satu perbincangan tentang bagaimana untuk membuang perkara yang menjauhkan kita daripada Tuhan dan “menawan fikiran orang supaya taat kepada Kristus.” Apakah “senjata” rohani yang kita guna untuk mengawal fikiran kita? (lihat Efesus 6:11–18).

2 Korintus 11:3

Apa yang keluarga anda boleh lakukan untuk lebih fokus kepada “kesederhanaan yang dari dalam Kristus”?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Catatkan tanggapan. Elder Richard G. Scott berkata “Pengetahuan yang dicatat dengan teliti ialah pengetahuan yang terdapat dalam masa yang diperlukan. … [Mencatat arah rohani] meningkatkan kemungkinan untuk menerima lebih cahaya” (“Acquiring Spiritual Knowledge,” Ensign, Nov. 1993, 88; lihat juga Teaching in the Savior’s Way, 1230).

Imej
orang muda menolong dengan projek perkhidmatan.

“Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Tuhan mengasihi orang yang memberi dengan senang hati.” (2 Korintus 9:7).