Ikutlah Aku
26 Ogos–1 September. 1 Korintus 8–13: ‘Kamu Semua Tubuh Kristus’


“26 Ogos–1 September. 1 Korintus 8–13: ‘Kamu Semua Tubuh Kristus’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“26 Ogos–1 September. 1 Korintus 8–13,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
pertemuan sakramen

26 Ogos–1 September

1 Korintus 8–13

“Kamu Semua Tubuh Kristus”

Sambil anda baca dengan berdoa 1 Korintus 8–13, Roh Kudus mungkin akan bercakap dengan anda dalam cara halus (lihat 1 Raja-Raja 19:11–12). Mencatat tanggapan ini boleh menolong anda memanggil balik perasaan dan pemikiran yang ada punyai semasa pembelajaran anda.

Mencatat Tanggapan Anda

Pada masa Paulus, Korintus ialah satu pusat dagangan yang kaya dengan penduduk daripada seluruh Empayar Roma. Dengan begitu banyak budaya dan agama dalam bandar itu, ahli Gereja dalam Korintus bergelut untuk mengekalkan perpaduan,jadi Paulus mengajar mereka untuk mencari perpaduan dalam kepercayaan mereka dalam Kristus. Perpaduan ini mesti menjadi lebih daripada hidup bersama secara damai, Paulus bukan meminta mereka hanya untuk bertoleransi perbezaan satu sama lain. Tetapi, dia mengajar bahawa apabila anda menyertai Gereja Yesus Kristus, anda “di baptis oleh Roh yang sama, supaya kita menjadi satu tubuh,” dan setiap bahagian badan diperlukan (1 Korintus 12:13). Apabila satu ahli telah hilang, ia seperti hilang satu anggota badan, dan disebabkan itu badan menjadi lebih lemah. Apa bila satu ahli menderita, kita harus semua merasanya dan membuat bahagian kita untuk melegakannya. Dalam perpaduan sebegini, perbezaan bukan sahaja diakui tetapi dihargai, kerana tanpa ahli dengan berbagai kebolehan dan kemahiran, badan tersebut akan terhad. Jadi, jika anda rasa seperti dalam rumah sendiri dalam Gereja atau merasa sama ada anda berada di tempat yang betul, mesej Paulus kepada anda ialah perpaduan bukan kesamaan. Anda memerlukan rakan Orang Suci anda, dan rakan Orang Suci anda perlukan anda.

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Korintus 10:1–13

Tuhan menyediakan cara untuk melarikan diri daripada godaan.

Pengalaman rohani, walaupun yang mukjizat, tidak mengecualikan kita daripada godaan yang “biasa dialami orang” (1 Korintus 10:13). Kemungkinan ini satu sebab Paulus menulis tentang bagaimana orang Israel pada masa Musa bergelut dengan godaan, walaupun mereka telah menyaksikan banyak mukjizat yang besar (lihat Keluaran 13:21; 14:13–31). Apabila anda membaca 1 Korintus 10:1–13, amaran apakah yang orang Israel alami yang boleh anda pakai? “Jalan keluar” apa yang Bapa di Syurga telah sediakan untuk anda daripada godaan? (lihat juga Alma 13:27–30; 3 Nefi 18:18–19).

1 Korintus 10:16–17; 11:16–30

Sakramen menyatukan kita sebagai pengikut Kristus.

Walaupun tatacara sakramen melibatkan komitmen peribadi di antara seorang individu dan Tuhan, ia juga satu pengalaman yang kita kongsi dengan orang lain—kita hampir selalu mengambil sakramen bersama, sebagai satu badan Orang Suci. Baca apa yang Paulus ajarkan tentang sakramen, dan fikirkan bagaimana tatacara kudus ini boleh menolong “banyak” menjadi “satu” dalam Kristus (1 Korintus 10:17). Bagaimana anda boleh menarik kekuatan daripada mengambil sakramen dengan pengikut yang lain? Bagaimana ini mempengaruhi cara anda bersedia untuk sakramen dan bagaimana anda berusaha untuk mentaati perjanjian pembaptisan?

1 Korintus 11:3–15

Mengapa Paulus menulis tentang penutup kepala dan gaya rambut?

Paulus merujuk kepada adat budaya pakaian dan dandanan untuk mengajar kita tentang hubungan di antara lelaki, wanita dan Tuhan. Walaupun kita tidak mengikut adat ini hari ini, kita masih boleh belajar daripada pengisytiharan Paulus dalam 1 Korintus 11:11 bahawa lelaki dan wanita kedua-dua diperlukan dalam rancangan Tuhan, dalam perkahwinan dan juga Gereja. Seperti di ajar Elder David A. Bednar, “Lelaki dan wanita adalah dimaksudkan untuk belajar daripada, memperkuatkan, berkati dan melengkapkan satu sama lain” apabila mereka maju terhadap permuliaan (“We Believe in Being Chaste,” Ensign atau Liahona, Mei, 2013, 42; lihat juga Markus 10:6–9).

1 Korintus 12–13

Kurniaan rohani diberi untuk memanfaatkan semua anak-anak Bapa Syurgawi.

Senarai kurnia rohani dalam 1 Korintus 12–13 tidak lengkap. Tetapi ia adalah tempat yang bagus untuk mula mengenal dan merenungkan kurnia rohani yang Bapa Syurgawi telah beri kepada anda. Rencana “Spiritual Gifts” di dalam Gospel Topics (topics.lds.org) boleh membantu anda memahami kurnia-kurnia ini dengan lebih baik. Anda boleh tambahkan dalam senarai Paulus kurnia yang anda telah perasaan dalam orang lain, dalam diri anda, atau orang di dalam tulisan suci. Jika anda mempunyai berkat bapa bangsa, ia mungkin juga menyebutkan beberapa kurnia rohani anda. Bagaimana kurniaan ini menolong kita untuk membina kerajaan Tuhan? Pertimbangkan apa yang anda akan lakukan untuk mencari dengan “berhasrat untuk memperoleh kurnia-kurnia yang lebih utama” (1 Korintus 12:31).

Lihat juga Moroni 10:8–21, 30; Ajaran dan Perjanjian 46:8–26; Fasal-Fasal Kepercayaan 1:7.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Sambil anda sambung belajar tentang ayat suci dengan keluarga anda,carikan ilham untuk memenuhi keperluan keluarga anda. Cadangan-cadangan berikut akan menolong anda:

1 Korintus 9:24–27

Oleh kerana Paulus membandingkan untuk menghidupi injil seperti lari lumba, anda boleh mengadakan satu perlumbaan untuk menggambarkan maksudnya. Anugerahkan satu mahkota kepada semua yang menamatkan perlumbaan itu, dan bincangkan bagaimana semua yang tekun dalam mengikuti Yesus Kristus dalam hidup ini akan memenangi anugerah yang “tidak akan rosak” (1 Korintus 9:25; lihat juga 2 Timotius 4:7–8). Apa yang mungkin seorang juara pelari lakukan untuk bersedia bagi satu perlumbaan? Begitu juga, apa yang kita boleh lakukan untuk bersedia untuk pulang kepada Bapa Syurgawi?

Imej
pelari di atas trek

Paulus membandingkan pengamalan injil kepada satu lumba lari.

1 Korintus 12:1–11

Pertimbangkan untuk memberi semua orang sekeping kertas dengan nama seorang lagi ahli keluarga di atasnya. Minta semua orang untuk menyenaraikan kurnia rohani yang mereka sedar orang itu punyai Anda boleh bergilir-gilir dalam satu bulatan berikan kertas itu sehingga semua orang mempunyai peluang untuk menulis tentang kurnia setiap ahli keluarga.

1 Korintus 12:3

Mengapa Roh Kudus perlu untuk mendapat kesaksian tentang Yesus Kristus? Apa yang kita boleh lakukan untuk menjemput Roh Kudus untuk menguatkan kesaksian kita tentang Dia.

1 Korintus 12:12–27

Analogi Paulus tentang satu badan mungkin boleh menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk membincangkan tentang perpaduan keluarga. Contohnya, ahli keluarga boleh melukis satu badan yang terdiri daripada mata atau telinga sahaja (lihat ayat 17). Apa yang dicadangkan ayat ini tentang bagaimana kita harus melayani satu sama lain sebagai ahli keluarga?

1 Korintus 13:4–8

Definisi Paulus tentang kasih ihsan mungkin boleh menjadi moto yang mengilhami untuk keluarga anda. Anda boleh menugaskan ahli keluarga untuk belajar ungkapan dalam ayat 4–8 dan ajar seluruh keluarga apa ertinya menggunakan definisi, contoh, dan pengalaman peribadi. Bagaimanakah Juruselamat satu contoh atribut ini? Anda juga boleh membuat poster bersama untuk setiap atribut ini dan memaparkannya di seluruh rumah. Jadi kreatif!

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Tunjukkan satu ayat suci. Paparkan satu ayat yang anda rasa bermakna dan letakkannya di mana ahli keluarga anda melihatnya selalu. Jemput ahli-ahli keluarga lain ambil giliran memilih satu ayat suci untuk dipamerkan.

Imej
pertemuan sakramen

“Semasa roti dibahagi-bahagikan untuk dimakan bersama-sama, hal ini menunjukkan bahawa kita bersatu dalam tubuh Kristus. Kita yang banyak ini satu tubuh, kerana hanya ada satu roti” (1 Korintus 10:16–17).