Ikutlah Aku
2–8 September. 1 Korintus 14–16: ‘Tuhan ialah Tuhan yang suka akan ketertiban, bukan kekacauan’


“2–8 September. 1 Korintus 14–16: ‘Tuhan ialah Tuhan yang suka akan ketertiban, bukan kekacauan ’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“2–8 September. 1 Korintus 14–16,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
kolam pembaptisan di bait suci

2–8 September

1 Korintus 14–16

“Tuhan ialah Tuhan yang suka akan ketertiban, bukan kekacauan”

Catatkan tanggapan anda semasa anda baca 1 Korintus 14–16. Berdoa tentang apa yang Roh ajarkan anda, dan tanya Bapa Syurgawi jika ada lebih lagi yang Dia hendak anda belajar.

Mencatat Tanggapan Anda

Sebab Gereja dan ajaran-ajarannya masih baru di Korintus, memang difahami bahawa para Orang Suci Korintus menemui kekeliruan. Paulus sudah ajar mereka asas kebenaran injil: “Kristus mati kerana dosa kita … Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula” (1 Korintus 15:3–4). Tetapi ada ahli Gereja mula mengajar bahawa “orang mati tidak akan dibangkitkan” (1 Korintus 15:12). Paulus merayu mereka untuk “berpegang kepadanya dengan teguh” kebenaran yang sudah diajar kepada mereka (1 Korintus 15:2). Apabila kita menemui pendapat mengenai kebenaran injil yang bertentangan, haruslah kita ingat bahawa “Tuhan ialah Tuhan yang suka akan ketertiban, bukan kekacauan” (1 Korintus 14:33). Mendengar para hamba yang ditentukan oleh Tuhan dan memegang kepada kebenaran yang mereka ajar berulang-ulang boleh menolong kita mencari kedamaian dan “teguh dalam hidup kamu sebagai orang Kristian” (1 Korintus 16:13).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

1 Korintus 14

Saya boleh carikan kurnia nubuat.

Pernahkah anda tanya apa itu kurnia nubuat? Adakah ia keupayaan untuk meramalkan masa depan? Bolehkah sesiapa pun terima kurnia ini? Atau ia hanya dikurniakan kepada para nabi?

Presiden Gereja ialah satu-satunya orang yang boleh bernubuat dan menerima wahyu untuk seluruh Gereja; tetapi, Panduan Tulisan suci menghuraikan nubuat sebagai “kata atau tulisan suci yang diilhami secara ilahi, yang seseorang terima melalui wahyu dari Roh Kudus. … Ketika seseorang bernubuat, dia berbicara atau menulis apa yang Tuhan inginkan untuk dia ketahui, demi kebaikannya sendiri atau kebaikan orang lain” (Panduan Tulisan Suci, “Nubuat,” scriptures.lds.org; juga lihat A&P 100:5–8). Wahyu 19:10 juga huraikan roh nubuat sebagai “ajaran benar yang dinyatakan Yesus.”

Apakah yang dapat anda belajar tentang kurnia rohani dari 1 Korintus 14:3, 31, 39–40? Apakah maksud Paulus apabila dia jemput bangsa Korintus untuk “berusahalah untuk menyampaikan perkhabaran daripada Tuhan”? (1 Korintus 14:39). Bagaimana boleh anda menerima jemputan ini?

Juga lihat Bilangan 11:24–29; Yakub 4:6–7; Alma 17:3; Ajaran dan Perjanjian 11:23–28.

1 Korintus 14:34–35

Mengapa Paulus kata kaum wanita harus berdiam diri dalam gereja?

Ajaran Paulus dalam 1 Korintus 14:34–35 nampaknya keliru, kerana lebih awal lagi dia tulis dalam surat yang sama bahawa kaum wanita berdoa dan bernubuat (lihat 1 Korintus 11:5). Terjemahan Joseph Smith gantikan berkata-kata dalam ayat 34 dan 35 dengan memerintah. Penjelasan ini cadangkan bahawa Paulus mungkin merujuk kepada para wanita yang cuba merampas wewenang dalam pertemuan Gereja. (Juga lihat 1 Timotius 2:11–12.)

Juga lihat “Women in the Church” Gospel Topics, topics.lds.org.

1 Korintus 15:1–34, 53–58

Yesus Kristus memperoleh kemenangan atas kematian.

Kebangkitan Yesus Kristus adalah begitu asas kepada agama Kristian, seseorang boleh kata bahawa tanpa ia tidak ada agama Kristian—dalam kata Paulus, “maka berita yang kami khabarkan dan kepercayaan kamu kepada Kristus sia-sia belaka” (1 Korintus 15:14). Tetapi ada Orang Suci Korintus mengajar bahawa “orang mati tidak akan dibangkitkan” (1 Korintus 15:12). Semasa anda baca balasan Paulus dalam 1 Korintus 15, ambil masa untuk merenungkan bagaimana kehidupan anda akan berbeza jika anda tidak percaya dalam Kebangkitan. Bagaimanakah ini telah memberkati anda? Berkat apakah akan datang kepada anda kerana Yesus Kristus sudah bangkit? (lihat 2 Nefi 9:6–19; Alma 40:19–23; Ajaran dan Perjanjian 93:33–34). Untuk anda, apakah erti frasa “Jika Kristus tidak dibangkitkan daripada kematian, maka kepercayaan kamu itu khayalan belaka”? (ayat 17).

1 Korintus 15:35–54

Tubuh badan yang sudah bangkit berbeza dengan tubuh badan fana.

Pernahkah anda tanya apakah rupa satu tubuh badan yang sudah bangkit? Menurut 1 korintus 15:35, ada bangsa Korintus yang tanya soalan yang sama. Bacakan jawapan Paulus dalam ayat 36–54, dan perhatikan kata-kata atau ayat-ayat yang menghuraikan perbezaan di antara tubuh badan fana dan tubuh badan yang sudah bangkit. Sebagai contoh, ayat 40–42 ajar bahawa tubuh badan yang sudah bangkit akan bersinar dalam kemuliaan yang berlainan, seperti matahari, bulan, dan bintang berbeza dalam keterangan mereka (juga lihat Terjemahan Joseph Smith, 1 Korintus 15:40; A&P 76:50–112).

Juga lihat Alma 11:43–45; Lukas 24:39.

Imej
matahari terbit

“Keindahan matahari lain daripada keindahan bulan” (1 Korintus 15:41).

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

1 Korintus 15:29

Kita belajar dari ayat 29 bahawa para Orang Suci zaman purba mengambil bahagian dalam pembaptisan untuk orang yang sudah mati, seperti yang kita lakukan dalam Gereja hari ini. Sebagai keluarga, bagaimana kita sediakan nama nenek moyang untuk tatacara bait suci? Juga lihat “Baptisms for the Dead,” Gospel Topics, topics.lds.org.

1 Korintus 15:35–54

Adakah objek atau gambar yang boleh anda tunjuk untuk menolong keluarga anda memahami istilah-istilah yang Paulus gunakan untuk menghuraikan bagaimana tubuh badan fana berbeza daripada tubuh badan yang sudah bangkit? Sebagai contoh, untuk menunjukkan perbezaan di antara tubuh yang fana dan tubuh yang abadi (lihat ayat 52–54) anda boleh tunjukkan sekeping logam yang berkarat (seperti besi) dan logam yang tidak berkarat (seperti keluli tahan karat). Atau anda boleh bandingkan sesuatu benda yang lemah dengan sesuatu benda yang kuat (lihat ayat 43).

1 Korintus 15:55–57

Satu perbincangan tentang ayat-ayat ini boleh menjadi sangat bermaksud jika keluarga anda tahu seseorang yang sudah meninggal dunia. Ahli-ahli keluarga boleh memberi saksi tentang bagaimana Yesus Kristus menanggalkan “sengat maut” (ayat 56). Pesanan Elder Paul V. Johnson “Dan Tidak Akan Ada Lagi Kematian” (Ensign atau Liahona, Mei 2016, 121–23) ialah satu tambahan yang bagus untuk perbincangan anda.

1 Korintus 16:13

Untuk menolong ahli-ahli keluarga anda berasa kait dengan ayat ini, anda boleh lukiskan satu bulatan di atas tanah dan suruh seorang ahli keluarga untuk “berdiri teguh” dalam bulatan itu dengan matanya ditutup dengan kain semasa orang lain cuba menarik dia dari bulatan itu. Apakah perbezaannya apabila mata ahli keluarga dalam bulatan itu tidak ditutup dengan kain dan dia boleh “nampak”? Apakah yang boleh kita lakukan untuk “berdiri teguh” dalam kehidupan kita apabila kita digoda untuk membuat pilihan yang buruk?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carikan pola. Kita dapat cari pola yang menunjukkan bagaimana Tuhan lakukan kerja-Nya dalam tulisan suci. Apakah pola yang dapat anda cari dalam 1 Korintus 14 yang menolong kita memahami bagaimana untuk mengajar dan mengembangkan satu sama lain? Juga lihat A&P 50:13–23.

Imej
Kristus muncul kepada Maria pada taman kuburan

Woman, Why Weepest Thou? oleh Simon Dewey