Ikutlah Aku
12–18 Ogos. Roma 7–16: ‘Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan’


“12–18 Ogos. Roma 7–16: ‘Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“12–18 Ogos. Roma 7–16,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
Roma

12–18 Ogos

Roma 7–16

“Kalahkanlah Kejahatan Dengan Kebaikan”

Hanya beberapa asas injil dalam Roma 7–16 boleh termasuk dalam rangka panduan ini, jadi, jangan hadkan diri sendiri kepada apa yang disebut di sini. Beri perhatian kepada ilham yang anda terima semasa anda mengkaji.

Mencatat Tanggapan Anda

Semasa dia mulakan suratnya kepada orang Roma, Paulus menyambut ahli-ahli Gereja di Roma dengan memanggil mereka “yang dikasihi oleh Tuhan” yang “dipanggil oleh-Nya untuk menjadi umat-Nya.” Dia kata bahawa “seluruh dunia mendengar bahawa [mereka] percaya kepada Yesus” (Roma 1:7–8). Walaupun dalam kebanyakan suratnya, Paulus membetulkan idea-idea palsu dan sikap-sikap yang salah, nampaknya dia juga hendak memastikan penganut baru Kristian ini bahawa mereka benar-benarnya dikasihi oleh Tuhan. Dalam satu pertunjukan empati yang rendah hati, Paulus mengakui bahawa dia “langkah malangnya” dari masa ke masa (Roma 7:24), tetapi injil Yesus Kristus berikan dia kuasa untuk mengatasi dosa (lihat Terjemahan Joseph Smith, Roma 7:22–27 [dalam Panduan Tulisan Suci]). Dia terus kongsikan nasihat untuk kita semua yang berasa susah payah untuk merasa kasih sayang dan mungkin rasa mereka tidak mempunyai sifat orang suci. “Janganlah biarkan diri kamu dikalahkan oleh kejahatan,” dia kata—kejahatan dunia ini dan kejahatan kita diri sendiri—“tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan” (Roma 12:21).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Roma 7–8

Jika saya ikut Roh, saya boleh mengatasi dosa dan bersedia demi satu warisan dengan Tuhan.

Walaupun setelah masuk ke dalam satu “hidup yang baru” melalui tatacara pembaptisan (Roma 6:4), mungkin anda pernah rasa tentangan dalam diri sendiri yang Paulus huraikan dalam Roma 7—manusia alamiah “bertentangan” dengan hasrat soleh kita (Roma 7:23). Tetapi Paulus juga berucap tentang harapan dalam Roma 8:23–25. Apakah sebab harapan ini yang dapat anda cari dalam bab 8? Anda juga boleh carikan berkat-berkat yang datang dari “Roh Tuhan menguasai hidup kamu” (Roma 8:9). Bagaimana anda boleh memperoleh penemanan Roh Kudus lebih penuh dalam kehidupan anda?

Roma 8:17–39

Kemuliaan abadi yang menunggukan orang yang yang beriman melebihi cubaan kefanaan.

Hanya beberapa tahun selepas Paulus tulis surat ini, para Orang Suci di Roma menderita penganiayaan yang hebat. Apakah yang dapat anda cari dalam Roma 8:17–39 yang mungkin boleh bantu para Orang Suci itu apabila penganiayaan datang? Bagaimana kata-kata ini boleh digunakan ke atas diri anda dan cubaan yang anda hadapi sekarang?

Carikan kaitan di antara ayat-ayat ini dan nasihat dari Sister Linda S. Reeves: “Saya tidak tahu mengapa kita menghadapi banyak cabaran yang ada, tetapi adalah perasaan peribadi saya bahawa ganjarannya sangat besar, sangat abadi dan bertahan lama, begitu riang dan melebihi pemahaman kita bahawa pada hari ganjaran itu, kita mungkin terasa untuk berkata kepada Bapa penyayang dan berbelas kasihan kita, ‘Adakah itu semua yang diperlukan?’ Saya percaya jika kita boleh setiap hari mengingati dan mengenali kedalaman kasih sayang Bapa Syurgawi dan Juruselamat ada terhadap kita, kita akan rela membuat apa-apa sahaja yang Mereka minta untuk kembali ke hadirat Mereka. … Adakah ia penting, jika, pada akhirnya, cabaran-cabaran kita adalah apa yang melayakkan kita untuk kehidupan abadi dan kemuliaan dalam kerajaan Tuhan bersama Mereka?” (“Layak untuk Berkat yang Dijanjikan Kita,” Ensign atau Liahona, Nov. 2015, 11).

Buat keputusan tentang apa yang akan anda lakukan setiap hari untuk “mengingati dan mengenali” kasih Tuhan untuk anda.

Roma 8:29–30; 9–11

Apakah erti Paulus apabila dia kata “ditetapkan,” dan “dipilih”?

Paulus gunakan perkataan-perkataan ini untuk mengajar bahawa ada anak-anak Tuhan yang dipilih, atau ditetapkan sebelum bumi ini, untuk menerima berkat-berkat dan tugas-tugas khas supaya mereka boleh memberkat semua negara di dunia (lihat Panduan Tulisan Suci, “Pemilihan”). Ini berdasarkan pengetahuan Tuhan lebih dahulu mengenai kerelaan anak-anak-Nya untuk mengikut Yesus Kristus dan menjadi seperti Dia (juga lihat Efesus 1:3–4; 1 Petrus 1:2). Tetapi Paulus menekankan dalam Roma 9–11 bahawa tidak kira bagaimana kita datang ke rumah Israel—atau menjadi ahli Gereja—semua orang mesti menerima keselamatan secara individu melalui iman kepada Yesus Kristus dan kepatuhan kepada perintah-perintah-Nya.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, lihat Alma 13:1–5; “Foreordination,” Gospel Topics (topics.lds.org).

Roma 12–16

Paulus menjemput saya untuk menjadi seorang Orang Suci dan pengikut Yesus Kristus yang sejati.

Lima bab terakhir dalam Roma mengandungi banyak arahan tertentu mengenai bagaimana Orang Suci harus hidup. Mungkin anda tidak bole jalankan semua nasihat ini sekaligus, tetapi dengarlah kepada Roh, dan Dia boleh menolong anda cari satu atau dua yang boleh anda mula lakukan hari ini. Beritahu Bapa Syurgawi hasrat-hasrat anda dalam doa, dan mintakan bantuan-Nya.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Roma 7:23

Untuk menolong keluarga anda lebih memahami tentang perkara yang “bertentangan” yang dihuraikan oleh Paulus dalam ayat ini, pertimbangkan untuk kongsikan cerita tentang serigala dalam rencana Elder Shayne M. Bowen “Agency and Accountability” (New Era, Sept. 2012, 8–9).

Roma 9:31–32

Pesanan Elder Wilford W. Andersen “Muzik Injil” (Ensign atau Liahona, Mei 2015, 54–56) boleh bantu menunjukkan apa yang Paulus ajar tentang hukum, kerja, dan iman. Keluarga anda mungkin suka berbincang tentang ucapan dia dan cuba menari dengan muzik atau tanpa muzik. Bagaimana menari tanpa muzik adalah seperti mematuhi injil tanpa iman?

Imej
bapa dan anak perempuan menari

Elder Wilford W. Andersen ajar, “Muzik injil ialah perasaan gembira rohani.”

Roma 10:17; 15:4

Bagaimana mengkaji firman Tuhan boleh bawakan kita berkat-berkat yang dihuraikan dalam ayat-ayat ini? Mungkin ahli-ahli keluarga boleh kongsikan tulisan suci kegemaran mereka (juga lihat 2 Nefi 25:26).

Roma 12

Apakah erti untuk “mempersembahkan diri sebagai suatu korban yang hidup, yang khas untuk Tuhan, dan yang menyenangkan hati-Nya”? (Roma 12:1).

Roma 14:13–21

Keluarga anda mungkin boleh berfaedah dari mengkaji nasihat Paulus mengenai menghukum dan bertengkar tentang kegemaran peribadi orang lain. Mungkin anda boleh bincangkan cara-cara untuk berbalas apabila pilihan orang lain berbeza dengan pilihan anda. Bagaimana kita boleh berikan lebih perhatian kepada bagaimana pilihan kita mempengaruhi orang lain? Video “Judging Others? Stop It!” dan “Looking through Windows” (LDS.org) boleh berikan pandangan tambahan pada topik ini.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Biarkan kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka. “Apabila anda menjemput kanak-kanak untuk merekakan sesuatu yang berkaitan dengan satu asas injil, anda menolong mereka lebih memahami asas. … Benarkan mereka untuk membina, melukis, mewarna, menulis, dan mereka” (lihat Teaching in the Savior’s Way, 25).

Imej
Kristus hulurkan tangan-Nya

Abide with Me, oleh Del Parson