Ikutlah Aku
12–18 Ogos. Roma 7–16: ‘Kalahkanlah Kejahatan dengan Kebaikan’


“12–18 Ogos. Roma 7–16: ‘Kalahkanlah Kejahatan dengan Kebaikan’” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“12–18 Ogos. Roma 7–16,” Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer:2019

Imej
Rom

12–18 Ogos

Roma 7–16

“Kalahkanlah Kejahatan dengan Kebaikan”

Apabila anda membaca Roma 7–16, catatkan apa-apa tanggapan yang anda terima tentang bagaimana anda boleh mengajar kanak-kanak kebenaran dalam bab-bab ini.

Mencatat Tanggapan Anda

Imej
ikon perkongsian

Jemput Perkongsian

Tanya kanak-kanak jika mereka berkongsi dengan keluarga mereka sesuatu yang mereka belajar di Sekolah Primer minggu lalu. (Anda mungkin perlu kaji semula dengan ringkas ajaran minggu lepas.) Jika ya, apa yang mereka kongsi?

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Kecil

Roma 8:35–39

Bapa Syurgawi saya mengasihi saya.

Bagaimana anda akan menggunakan kata-kata Paulus untuk mengajar kanak-kanak bahawa Bapa Syurgawi akan sentiasa mengasihi mereka?

Imej
bapa menari dengan anak perempuan

Bapa Syurgawi mengasihi setiap anak-anak-Nya.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Bantu kanak-kanak menghafal frasa “Tidak ada sesuatu pun yang dapat menghalang Tuhan mengasihi kita” (Roma 8:39). Untuk menggambarkan kebenaran ini, paku dua papan bersama, dan label satu “kita” dan yang lagi satu “kasih Tuhan.” Minta kanak-kanak lihat jika mereka boleh memisahkan dua papan itu.

  • Bawa kanak-kanak keluar untuk merasakan cahaya matahari, atau tunjukkan gambar matahari. Bagaimanakah matahari seperti kasih Bapa Syurgawi? Bantu mereka melihat walaupun matahari jauh, kita boleh rasa hangat. Kita boleh sentiasa merasakan kasih Bapa Syurgawi, walaupun Dia tidak berada bersama kita secara fizikal. Anda juga boleh nyanyi bersama “Tuhan Kasih Padaku” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 16).

Roma 10:17

Iman datang dengan mendengar firman Tuhan.

Apabila kanak-kanak mendengar firman Tuhan dan mendengar dengan teliti, iman mereka dalam Tuhan akan berkembang. Bagaimana anda boleh membantu mereka memahami kepentingan mendengar firman Tuhan?

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca Roma 10:17 kepada kanak-kanak, dan tunjuk mereka gambar-gambar situasi di mana mereka boleh mendengar firman Tuhan (seperti kajian tulisan suci keluarga, gereja, atau persidangan umum; lihat halaman aktiviti minggu ini). Tanya kanak-kanak bila mereka pernah mendengar firman Tuhan.

  • Beritahu satu cerita di mana seorang kanak-kanak mendengar firman Tuhan dalam pelbagai cara. Ketika anda bercerita, tiup belon sedikit demi sedikit untuk melambangkan bagaimana iman seorang kanak-kanak berkembang setiap kali dia mendengar firman Tuhan.

  • Untuk membantu kanak-kanak memahami bahawa iman mereka boleh berkembang, bantu mereka nyanyi “Iman” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 50). Apabila mereka menyanyi, minta mereka berpura-pura sebagai biji benih dengan berjongkok. Setiap kali mereka menyanyi perkataan iman, minta mereka bangkit sedikit seperti tumbuhan yang sedang bertumbuh.

  • Sembunyikan satu set kitab suci, satu gambar Presiden Gereja, dan satu majalah Friend atau Liahona di dalam kelas. Minta kanak-kanak mencari benda-benda ini dan berkongsi bagaimana setiap benda ini membuat ia mungkin untuk kita mendengar firman Tuhan.

Roma 16:1–4

Saya boleh mengucapkan terima kasih kepada mereka yang membantu saya.

Paulus bersyukur kepada orang-orang yang membantu dia. Anda boleh membantu kanak-kanak melihat perkara baik yang orang lain buat untuk mereka dan ingat untuk berterima kasih kepada mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jelaskan bahawa Paulus bersyukur untuk bantuan yang dia terima dari seorang wanita bernama Febe dan pasangan berkahwin bernama Priskila dan Akwila (lihat Roma 16:1–4). Minta kanak-kanak melukis gambar Paulus dan tiga orang ini ketika anda berkongsi kata-kata dan frasa dari ayat-ayat ini.

  • Jemput setiap kanak-kanak berkongsi sesuatu baik yang dibuat oleh seseorang untuk mereka baru ini. Bantu kanak-kanak membuat kad terima kasih untuk orang-orang itu.

  • Bantu kanak-kanak belajar mengucap terima kasih dalam pelbagai bahasa. Lagu “Anak-anak Di Seluruh Dunia” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 4) boleh membantu.

Imej
ikon pengajaran

Mengajar Ajaran

Kanak-kanak yang Lebih Besar

Roma 8:16–18

Bapa Syurgawi mahu saya bersedia menerima semua yang Dia ada.

Rancangan Bapa Syurgawi membolehkan kita untuk menjadi seperti-Nya dan mewarisi semua yang Dia ada. Kebenaran ini boleh memberi inspirasi kepada kanak-kanak yang anda ajar untuk hidup Injil dengan lebih iman.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Baca bersama Roma 8:16–18. Apakah yang kita boleh belajar dari ayat-ayat ini mengenai identiti kita dan apa yang kita boleh menjadi? Jelaskan bahawa “pewaris” adalah seorang yang mewarisi, atau menerima, apa yang ibu bapanya ada. Tulis di papan tulis Apa yang kita perlu buat untuk mewarisi semua yang Bapa di Syurga ada? Nyanyi bersama satu lagu tentang kepatuhan, seperti “Aku Akan Ikut Rancangan Tuhan” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 86), untuk mencari jawapan. Apakah jawapan lain yang kanak-kanak boleh fikirkan?

  • Minta kanak-kanak berfikir tentang seorang raja yang mahu anak-anaknya untuk memerintah kerajaan-Nya satu hari nanti. Jelaskan bahawa Bapa Syurgawi adalah seperti seorang raja, dan kita adalah anak lelaki dan anak perempuan diraja-Nya. Anda boleh berkongsi cerita anak lelaki Raja Louis XVI dari France, yang terdapat dalam ucapan Sister Elaine S. Dalton’s bertajuk “Remember Who You Are!” (Ensign atau Liahona, Mei 2010, 121). Bagaimana mengingati bahawa kita adalah anak-anak Bapa Syurgawi dan dilahirkan untuk suatu hari nanti menjadi seperti-Nya membantu kita hidup dengan soleh di bumi? (Untuk maklumat lebih lanjut, lihat True to the Faith, 74–76.)

Roma 10:17

Iman datang dengan mendengar firman Tuhan.

Kanak-kanak mempunyai banyak peluang untuk mendengar firman Tuhan. Bantu mereka melihat bagaimana mendengar firman Tuhan boleh menguatkan iman mereka.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Tulis ayat berikut di papan tulis: mendengar , dan orang dapat mendengar itu kerana ada yang memberitakan . Minta kanak-kanak untuk mengisi tempat kosong selepas membaca Roma 10:17. Kongsi satu masa di mana seseorang mengajar satu kebenaran Injil yang membantu menguatkan iman anda—anda juga boleh berkongsi satu ayat suci kegemaran atau petikan dari persidangan umum. Jemput kanak-kanak untuk berkongsi pengalaman mereka.

  • Label beberapa gelas air dengan perkara-perkara di mana kita boleh mencari firman Tuhan (seperti kitab suci, pertemuan gereja, dan persidangan umum). Bincangkan bagaimana firman Tuhan menambahkan iman kita apabila anda menuangkan setiap gelas ke dalam bekas yang di label “Iman.”

  • Beri seorang kanak-kanak satu gambar Juruselamat menyembuhkan seseorang tanpa memberi kanak-kanak lain melihat gambar itu. Minta kanak-kanak itu memberi petunjuk untuk membantu kanak-kanak lain meneka gambar itu. Bagaimana kita boleh berkongsi dengan orang lain apa yang kita tahu tentang Juruselamat supaya mereka boleh mempunyai iman dalam-Nya?

Roma 14:10, 13

“Janganlah kita salahkan satu sama lain.”

Apabila kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain yang membuat pilihan yang lain daripada mereka, mereka mungkin digoda untuk menghakimi. Pertimbangkan bagaimana nasihat Paulus kepada orang Roma boleh membantu mereka mengelakkan penghakiman sedemikian.

Aktiviti-aktiviti yang Bersesuaian

  • Jemput seorang kanak-kanak membaca Roma 14:10, 13. Minta kanak-kanak lain untuk mengira berapa kali Paulus menggunakan perkataan salahkan. Apakah maksudnya untuk menyalahkan atau menghakimi seseorang? Mengapakah kita perlu elak menyalahkan atau menghakimi orang lain?

  • Tunjuk gambar seseorang, dan tanya kanak-kanak apa yang kita tahu tentang orang ini hanya dengan melihat gambar itu. Apakah beberapa perkara yang kita tidak tahu tentang orang ini? Mengapakah Tuhan adalah orang yang terbaik untuk menghakimi orang ini? (lihat 1 Samuel 16:7).

Imej
ikon pembelajaran

Menggalakkan Pembelajaran di Rumah

Minta kanak-kanak memilih satu aktiviti yang dibuat di kelas dan buatnya dengan keluarga mereka. Beritahu bahawa minggu depan mereka boleh kongsi apa yang mereka telah buat.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Libatkan kanak-kanak dalam perbincangan Injil. Anda mungkin perlu memikirkan cara-cara kreatif untuk melibatkan kanak-kanak yang lebih kecil dalam perbincangan Injil. Kadangkala anda boleh melakukan sesuatu mudah seperti menjemput kanak-kanak duduk dalam bulatan di atas lantai dan bukan di kerusi mereka.