Ikutlah Aku
29 Julai–4 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: ‘Seorang Pelayan Rohani Dan Seorang Saksi’


“29 Julai–4 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28: ‘Seorang Pelayan Rohani Dan Seorang Saksi’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“29 Julai–4 Ogos. Kisah Rasul-Rasul 22–28,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
Paulus dalam penjara

29 Julai– 4 Ogos

Kisah Rasul-Rasul 22–28

“Seorang Pelayan Rohani Dan Seorang Saksi”

Tanggapan dari Roh Kudus biasanya senyap dan kadangkala sementara sahaja Mencatat tanggapan-tanggapan anda bolehkah anda merenungkan mereka dengan lebih mendalam. Semasa anda baca Kisah Rasul-Rasul 22–28, catatkan fikiran dan perasaan anda yang datang kepada anda dan ambil masa untuk merenungkan mereka.

Mencatat Tanggapan Anda

“Apabila kita melaksanakan tugas Tuhan,” Presiden Thomas S. Monson janji, “kita berhak untuk menerima bantuan Tuhan” (“To Learn, to Do, to Be,” Ensign atau Liahona, Nov. 2008, 62). Tetapi, kita tidak berhak satu jalan yang senang dan penuh dengan kejayaan yang berterusan. Untuk membuktikan ini, kita boleh merujuk ke Rasul Paulus. Tugasnya dari Juruselamat adalah “memberitakan nama-Ku kepada bangsa-bangsa bukan Yahudi, raja-raja, dan umat Israel” (Kisah Rasul-Rasul 9:15). Dalam bab 22–28 dari Kisah Rasul-Rasul, kita nampak Paulus melaksanakan tugasnya dan menghadapi pertentangan yang hebat—ikatan, pemenjaraan, penganiayaan jasmani, nahas kapal, dan mahupun serangan ular. Tetapi kita juga nampak Yesus “berdiri di sisi Paulus dan berkata, Tabahkanlah hatimu!” (Kisah Rasul-Rasul 23:11). Pengalaman Paulus ialah satu peringatan yang berilham bahawa apabila hamba-hamba Tuhan menerima panggilan-Nya untuk “pergilah kepada semua bangsa di seluruh dunia,” Dia akan penuhkan janjian-Nya kepada mereka: “Ingatlah, Aku akan sentiasa menyertai kamu sehingga akhir zaman” (Matius 28:19–20).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Kisah Rasul-Rasul 22:1–21; 26:1–29

Pengikut-pengikut Yesus Kristus kongsikan kesaksian mereka dengan berani.

Apabila Paulus berikan kesaksian yang dicatatkan dalam Kisah Rasul-Rasul 22d an 26, dia dipenjara oleh askar-askar Roma. Dia berucap dengan orang yang berkuasa untuk menghukum dia mati. Tetapi, dia pilih untuk bersaksi dengan berani tentang Yesus Kristus dan “penglihatan … dari syurga.” (Kisah Rasul-Rasul 26:19) yang sudah dia terima. Apakah dari kata-katanya mengilhami anda? Pertimbangkan peluang anda untuk mengongsikan kesaksian anda. Sebagai contoh, bilakah masa terkini anda beritahu keluarga anda atau orang lain tentang bagaimana anda memperolehi kesaksian injil?

Kisah Rasul-Rasul 22:1–21; 26:9–20

Mengapa adanya perbezaan di antara tiga laporan penglihatan Paulus mengenai Yesus Kristus?

Kitab Kisah Rasul-Rasul mengandungi tiga laporan penglihatan Paulus pada jalan ke Damsyik (lihat Kisah Rasul-Rasul 9:3–20; 22:1–21; 26:9–20). Setiap laporan ini berbeza sedikit daripada yang lain, dan ada yang berikan lebih banyak perincian. Kerana laporan-laporan ini diucapkan kepada kumpulan orang yang berbeza demi tujuan yang berlainan, jadi adalah munasabah bahawa Paulus pilih untuk menekankan bahagian-bahagian pengalaman yang berlainan untuk setiap kumpulan.

Serupanya, Joseph Smith catatkan beberapa laporan tentang Penglihatan Pertama (lihat “First Vision Accounts,” Gospel Topics, topics.lds.org). Laporan-laporan ini diberikan kepada kumpulan orang yang berbeza demi tujuan yang berlainan dan berikan pandangan-pandangan yang tidak akan wujud jika hanya adanya satu laporan.

Kisah Rasul-Rasul 23:10–11; 27:13–25, 40–44

Tuhan tetap bersama mereka yang berusaha untuk melayani Dia.

Pelayanan Paulus tunjuk dengan jelasnya, bahawa kesusahan dalam hidup kita bukan satu tanda bahawa Tuhan tidak setuju dengan kerja yang kita lakukan. Sebaliknya, kadangkala pada masa kesusahan kita dapat rasa dengan paling kuatnya sokongan-Nya. Anda boleh mengulang kaji apa yang telah anda baca baru ini tentang pelayanan Paulus dan senaraikan perkara-perkara yang sudah dia tahan (lihat, sebagai contoh, Kisah Rasul-Rasul 14:19–20; 16:19–27; 21:31–34; 23:10–11; 27:13–25, 40–44). Bagaimana Tuhan tetap berada bersama dia, dan apakah ini ajarkan anda tentang usaha sendiri dalam pelayanan Tuhan?

Kisah Rasul-Rasul 24:24–27; 26:1–3, 24–2927

Saya boleh pilih untuk menerima atau menolak firman para hamba Tuhan.

Sepanjang pelayanannya, Paulus berikan kesaksian yang berkuasa tentang Yesus Kristus dan injil-Nya. Ramai orang menerima kesaksiannya, tetapi bukan setiap orang. Semasa anda baca Kisah Rasul-Rasul 24:24–27 dan Kisah Rasul-Rasul 26:1–3, 24–29, tuliskan perkataan-perkataan dan ayat-ayat yang tunjukkan bagaimana para pemimpin Roma berikut di Yudea bertindak ke atas ajaran-ajaran Paulus:

Feliks

Festus

Raja Agripa

Apabila berlayar ke Roma untuk dihakimi oleh Kaisar, Paulus bernubuat bahawa kapal dan para penumpang akan menghadapi keadaan yang “sangat berbahaya (Kisah Rasul-Rasul 27:10). Baca bab 27 untuk belajar bagaimana teman sekapal Paulus berbalas kepada amarannya. Dapatkah anda memperolehi pengajaran dari pengalaman mereka untuk diri sendiri?

Pernahkah anda berindak seperti orang ini apabila anda dengar ajaran-ajaran dari para pemimpin Gereja? Apakah akibat-akibat yang mungkin berlaku jika kita bertindak sebegini? Apakah yang anda dapat belajar dari laporan-laporan ini tentang mematuhi nasihat Tuhan melalui hamba-hamba-Nya?

Juga lihat 2 Nefi 33:1–2; Joseph Smith—Sejarah 1:24–25; D. Todd Christofferson, “Suara Amaran,” Ensign atau Liahona, Mei 2017, 108–11.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Kisah Rasul-Rasul 24:16

Sebelum penukaran hatinya, Paulus ada sejarah panjang bersalah terhadap Tuhan. Tetapi, kerana dia rela bertaubat, dia boleh kata, “Aku mempunyai hati nurani yang tidak bersalah terhadap Tuhan, tidak juga terhadap semua orang” (juga lihat A&P 135:4). Bagaimana kita boleh mempunyai hati nurani yang tidak bersalah terhadap Tuhan dan orang lain?

Kisah Rasul-Rasul 26:16–18

Apakah yang Tuhan suruh Paulus lakukan dalam ayat-ayat ini? Apakah peluang yang kita ada untuk melakukan perkara yang serupa?

Kisah Rasul-Rasul 28:1–9

Adakah orang dalam keluarga anda yang suka ular? Anda boleh tanya orang itu atau ahli keluarga lain mengisahkan cerita dari Kisah Rasul-Rasul 28:1–9 Anak-anak anda mungkin suka melukiskan satu gambar tentang cerita-cerita itu atau melakonkan cerita-cerita itu. Apakah yang boleh kita belajar dari laporan-laporan ini? Salah satu pengajaran itu adalah bahawa Tuhan memenuhi janjian-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Sebagai contoh, anda boleh bandingkan janjian-janjian dari Markus 16:18 dengan pencapaian mereka dalam pengalaman Paulus. Anda boleh juga cari dalam satu ucapan persidangan umum baru-baru ini, satu janjian yang dibuat oleh seorang hamba Tuhan—mungkin satu janjian yang bermakna untuk keluarga anda—dan pamerkan ia dalam rumah anda. Bagaimana kita boleh tunjukkan iman kita bahawa janjian ini akan dicapai?

Imej
ular

Tuhan melindung Paulus apabila seekor ular yang beracun menggigit dia.

Kisah Rasul-Rasul 28:22–24

Seperti Gereja pada masa Paulus (dipanggil satu “kumpulan” dalam ayat 22), Gereja hari ini kerap kali “dicela.” Apabila orang lain mencela Juruselamat dan Gereja-Nya, bagaimana Paulus berbalas? Apakah yang boleh kita belajar dari pengalaman Paulus?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Berfokus pada asas-asas yang akan memberkati keluarga anda. Semasa anda mengkaji tulisan suci, tanya diri sendiri, “Apa yang dapat saya carikan di sini yang akan bermaksud banyak untuk keluarga saya?” (Lihat Teaching in the Savior’s Way, 17.)

Imej
Paulus sebelum Raja Agripa

Valiant in the Testimony of Jesus Christ, oleh Daniel A. Lewis. Paulus sebelum Raja Agripa.