Ikutlah Aku
21–27 Januari. Yohanes 1: Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias


“21–27 Januari. Yohanes 1: Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“21–27 Januari. Yohanes 1,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
wanita kongsikan injil dalam satu stesyen kereta api

21–27 Januari

Yohanes 1

Kami Sudah Berjumpa Dengan Mesias

Semasa anda baca dan renungkan Yohanes 1, catatkan tanggapan-tanggapan yang anda terima. Pesanan apakah adalah paling bernilai kepada anda dan keluarga anda? Apa yang boleh anda kongsikan dalam kelas Gereja anda?

Mencatat Tanggapan Anda

Pernahkah anda tanya diri sendiri adakah anda akan mengenal Yesus dari Nasaret sebagai Putera Tuhan jika anda hidup pada masa pelayanan fana-Nya? Buat banyak tahun, orang Israel yang beriman, termasuk Andreas, Petrus, Filipus, dan Natanael, sudah menunggukan dan berdoa demi kedatangan Mesias yang sudah dijanjikan. Apabila mereka menemui Dia, bagaimana mereka tahu bahawa Dia ialah Orang yang mereka carikan? Cara yang sama kita semua mengetahui Juruselamat—dengan menerima jemputan untuk “marilah lihat” untuk diri sendiri (Yohanes 1:39). Kita baca tentang Dia dalam tulisan suci. Kita dengar ajaran-Nya. Kita mengikut cara hidup-Nya. Kita rasa Roh-Nya. Sepanjang jalan, kita dapati, seperti Natanael, bahawa Juruselamat mengetahui kita dan mengasihi kita dan hendak menyediakan kita untuk menerima “perkara-perkara yang jauh lebih besar” (Yohanes 1:50).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Injil Yohanes

Siapakah Yohanes?

Yohanes ialah seorang pengikut Yohanes Pembaptis dan kemudian menjadi salah seorang pengikut pertama Yesus Kristus dan salah seorang Dua Belas Rasul-Nya. Dia tuliskan Injil Yohanes, beberapa surat, dan kitab Wahyu. Dalam Injil-Nya, dia merujukkan diri sendiri sebagai pengikut “yang dikasihi oleh Yesus” dan “pengikut lain” (Yohanes 13:23; 20:3). Semangat mengkhutbahkan injil Yohanes begitu kuat sehingga dia minta untuk tetap berada di bumi sehingga Kedatangan Kedua Juruselamat supaya dia boleh bawakan jiwa ke Kristus (lihat A&P 7:1–6).

Juga lihat Panduan Tulisan Suci “Yohanes, Anak lelaki Zebedeus.”

Yohanes 1:1–5

Yesus Kristus “berada bersama Tuhan pada permulaan.”

Yohanes mulakan Injilnya dengan menghuraikan kerja yang dilaksanakan oleh Kristus sebelum Dia dilahirkan: “Sebelum dunia ini diciptakan … Firman itu [Yesus Kristus] bersama-sama Tuhan.” Apakah anda dapat belajar dari ayat 1–5 tentang Juruselamat dan kerja-Nya? Anda boleh cari penjelasan dalam Lampiran Terjemahan Joseph Smith, Yohanes 1:1–5 Semasa anda mulakan kajian anda tentang kehidupan Juruselamat, fikirkan mengapa adalah penting untuk mengetahui kerja pra-fana-Nya?

Juga lihat “Jesus Christ Chosen as Savior,” Gospel Topics, topics.lds.org.

Yohanes 1:1–18

Para pengikut Yesus Kristus kita bersaksi tentang Dia.

Yohanes diilhamkan untuk mencari Juruselamat kerana kesaksian Yohanes Pembaptis, yang mengumumkan bahawa dia “datang untuk mengkhabarkan … cahaya sejati” (Yohanes 1:8–9, 15–18). Yohanes juga berikan saksi yang berkuasa tentang kehidupan dan misi Juruselamat.

Mungkin adalah baik untuk membuat satu senarai tentang kebenaran yang termasuk boleh Yohanes dalam permulaan kesaksiannya tentang Kristus (ayat 1–18; juga lihat Lampiran Terjemahan Joseph Smith, Yohanes 1:1–19). Pada pendapat anda, mengapakah Yohanes mulakan injilnya dengan kebenaran-kebenaran ini? Bertimbang untuk menulis kesaksian anda tentang Yesus Kristus—apakah yang hendak anda kongsikan? Apakah pengalaman-pengalaman yang telah membantu anda mengetahui dan mengikut Juruselamat? Siapakah yang boleh diberkati oleh kesaksian anda?

Yohanes 1:12

Apakah ertinya untuk “menjadi anak Tuhan” ?

Walaupun kita semua anak rohani Tuhan, apabila kita berdosa kita berpisah atau diasingkan daripada Dia. Yesus Kristus berikan kita satu cara untuk kembali. Melalui korban tebusan-Nya dan kepatuhan kita kepada perjanjian-perjanjian injil, Dia “berikan [kita] kuasa untuk menjadi anak-anak Tuhan” sekali lagi. Dia dilahirkan semula dan didamaikan dengan Bapa kita, berlayakkan warisan abadi-Nya dan menjadi pewaris segala yang Dia miliki (lihat Roma 8:14–18; Yakub 4:11).

Yohanes 1:18

Adakah orang yang pernah nampak Tuhan?

Perjanjian Lama catatkan contoh-contoh orang yang pernah nampak Tuhan (lihat Kejadian 32:30; Keluaran 33:11; Yesaya 6:5). Jadi, mengapa Yohanes Pembaptis kata “tidak seorang pun pernah melihat Tuhan”? Lampiran Terjemahan Joseph Smith tentang ayat ini (lihat Yohanes 1:18, ) menjelaskan bahawa Tuhan Bapa muncul kepada manusia, dan apabila Dia buat demikian, Dia bersaksi tentang Putera-Nya. Sebagai contoh, apabila Dia muncul kepada Joseph Smith di Sacred Grove, Dia kata kepada Joseph, “Inilah Putera-Ku. Dengarkanlah Dia!” (Joseph Smith—Sejarah 1:17; juga lihat A&P 76:23). Ada beberapa catatan tentang orang nampak Tuhan Bapa dalam penglihatan (lihat Kisah Rasul-Rasul 7:55–56; Wahyu 4:2; 1 Nefi 1:8; A&P 137:1–3) atau dengar suara-Nya bersaksi tentang Putera (lihat Matius 3:17; 17:5; 3 Nefi 11:6–7).

Yohanes 1:19–23

Siapakah Elia, dan siapakah “nabi itu”?

Para pemimpin orang Yahudi tanya jika Yohanes Pembaptis memenuhi nubuat purba yang mengenai seorang nabi yang akan datang ke kalangan orang ramai. Mereka tanya Yohanes Pembaptis jika dia ialah Elia, iaitu satu bentuk Elijah dalam bahasa Yunani, nama nabi yang sudah dinubuatkan yang akan memulihkan segala hal (lihat Maleakhi 4:5–6). Mereka juga tanya jika dia ialah “nabi itu,” mungkin merujuk kepada “Nabi” yang disebut dalam Ulangan 18:15. Yohanes jelaskan bahawa dia bukan kedua-dua itu tetapi dia ialah nabi yang Yesaya kata akan sediakan jalan demi kedatangan Tuhan (lihat Yesaya 40:3).

Juga lihat Panduan Tulisan Suci, “Elias.”

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Imej
gadis membaca tulisan suci

Semasa kita mengkaji tulisan suci, kita akan terima ilham untuk kehidupan kita.

Yohanes 1:4–10

Bagaimana anda boleh menolong keluarga anda menggambarkan apa yang mereka baca dalam ayat-ayat ini mengenai cahaya? Anda boleh biarkan ahli-ahli keluarga ambil giliran untuk menyinarkan satu lampu dalam satu bilik yang gelap dan kongsikan bagaimana Juruselamat ialah Cahaya hidup mereka. Kemudian, semasa anda baca Yohanes 1:4–10, ahli-ahli keluarga mungkin ada pandangan tambahan tentang kesaksian Yohanes mengenai Yesus Kristus, Cahaya Dunia.

Yohanes 1:35-46

Perhatikan kesaksian Yohanes Pembaptis dalam ayat 36. Apakah hasil kesaksiannya? (lihat verses 35–46). Apakah yang dapat keluarga anda belajar dari orang yang dihuraikan dalam ayat-ayat tersebut tentang cara untuk mengongsikan injil?

Yohanes 1:45–51

Apakah yang dilakukan oleh Natanael yang menolong dia memperolehi satu kesaksian tentang Juruselamat? Bagaimana kita memperolehi kesaksian kita?

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Kongsi pengajaran berobjek. Jemput ahli-ahli keluarga carikan objek-objek yang mereka boleh gunakan untuk menolong mereka memahami asas-asas yang terdapat dalam tulisan suci yang anda baca sebagai sekeluarga. Sebagai contoh, mereka boleh gunakan satu lilin untuk mewakili Cahaya Kristus (lihat Yohanes 1:4).

Imej
Yesus Kristus mencipta bumi

Jehovah Creates the Earth, oleh Walter Rane