Ikutlah Aku
7–13 Januari. Matius 1; Lukas 1: ‘Biarlah Berlaku Kepadaku Seperti Yang Engkau Katakan’


“7–13 Januari. Matius 1; Lukas 1: ‘Biarlah Berlaku Kepadaku Seperti Yang Engkau Katakan’” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“7–13 Januari. Matius 1; Lukas 1,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
Maria dan Elisabet

7–13 Januari

Matius 1; Lukas 1

“Biarlah Berlaku Kepadaku Seperti Yang Engkau Katakan”

Semasa anda kaji dan renungkan Matius 1 dan Lukas 1, catatkan tanggapan rohani yang anda terima. Ajaran kebenaran apakah dapat anda cari? Pesanan-pesanan apakah akan paling bernilai kepada anda dan keluarga anda? Idea-idea kajian dalam rangka panduan ini boleh bantu anda mencarikan pandangan tambahan.

Mencatat Tanggapan Anda

Dari satu perspektif fana, ini adalah mustahil. Seorang anak dara tidak boleh mengandung. Wanita yang mandul yang terlalu tua tidak boleh mengandung juga. Tetapi Tuhan ada satu rancangan untuk kelahiran Putera-Nya dan Yohanes Pembaptis, jadi, kedua-dua Maria dan Elisabet menjadi ibu, walaupun itu tidak mungkin. Adalah baik untuk mengingatkan pengalaman mukjizat mereka apabila kita menghadapi sesuatu yang nampaknya mustahil. Bolehkah kita mengatasi kelemahan kita? Bolehkah kita mempengaruhi seorang ahli keluarga yang tidak responsif? Gabriel mungkin berucap kepada kita apabila dia mengingatkan Maria, “Bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil” (Lukas 1:37). Dan balasan Maria juga boleh menjadi balasan kita apabila Tuhan mengungkapkan kehendak-Nya, “Biarlah berlaku kepadaku seperti yang engkau katakan” (Lukas 1:38).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Injil Matius dan Lukas

Siapakah Matius dan Lukas?

Matius seorang pemungut cukai, yang dipanggil oleh Yesus untuk menjadi salah seorang Rasul-Nya (lihat Matius 10:3; juga lihat Bible Dictionary, “Publicans”). Matius tuliskan injilnya kebanyakan untuk orang Yahudi, dia pilih untuk menekankan nubuat-nubuat Perjanjian Lama mengenai Mesias yang dilengkapkan melalui kehidupan dan pelayanan Yesus.

Lukas seorang doktor bukan Israel yang berjalan bersama Rasul Paulus. Dia tuliskan injilnya selepas kematian Juruselamat terutamanya untuk orang bukan Yahudi. Dia bersaksi tentang Yesus Kristus sebagai Juruselamat untuk Orang Bukan Israel dan Orang Yahudi. Dia catatkan laporon saksi tentang kejadian dalam kehidupan Juruselamat, dan dia termasuk lebih banyak cerita yang melibatkan wanita berbanding dengan Kitab Injil lain.

Juga lihat Bible Dictionary, “Gospels,” “Matthew,” “Luke.”

Matius 1:18–25; Lukas 1:28–35

Mengapa Juruselamat perlu dilahirkan dari seorang ibu fana dan seorang Bapa baqa?

Presiden Russell M. Nelson jelaskan bahawa Korban Tebusan Yesus Kristus “perlukan satu korban peribadi oleh seorang yang baqa yang tidak akan mati. Tetapi Dia perlu mati dan bangkit sekali lagi. Hanya Juruselamat boleh melakukan ini. Dia mewarisi kuasa untuk mati dari ibu-Nya. Dia memperolehi kuasa untuk mengatasi kematian dari Bapa-Nya” (“Constancy amid Change,” Ensign, Nov. 1993, 34).

Lukas 1:5–25, 57–80

Berkat-berkat Tuhan datang pada masa-Nya.

Untuk sebab yang tidak kita tahu, Tuhan memberkati hasrat Elisabet dan Zakharia untuk beranak, datang lambat daripada yang mereka harapkan. Jika anda harus tunggukan satu berkat, atau nampaknya Tuhan tidak mendengar doa anda, cerita Elisabet dan Zakharia boleh mengingatkan anda bahawa Tuhan tidak lupakan anda. Dia mempunyai rancangan untuk anda, dan Dia selalunya jaga janji-Nya kepada Orang Suci yang soleh. Seperti Elder Jeffrey R. Holland janjikan, “Ada berkat yang datang awal, ada yang datang lambat, dan ada yang tidak datang sehingga syurga; tetapi untuk orang yang memeluk injil Yesus Kristus, berkat-berkat itu datang” (“An High Priest of Good Things to Come,” Ensign, Nov. 1999, 38). Bagaimana Zakharia dan Elisabet tetap beriman? (lihat Lukas 1:5–25, 57–80). Adakah anda sedang menunggukan satu berkat? Apakah yang anda rasa Tuhan harapkan daripada anda semasa anda tunggu?

Apakah pesanan lain yang mungkin Tuhan hendak anda belajar dari cerita ini?

Imej
Elisabet dan Zakharia bersama bayi Yohanes

Selepas bertunggu-tunggu dengan beriman, Elisabet dan Zakharia diberkati seorang anak lelaki.

Matius 1:18–25; Lukas 1:26–38

Orang yang beriman menyerah kepada kehendak Tuhan.

Seperti Maria, kita kadangkala mendapati rancangan Tuhan untuk hidup kita berbeza daripada apa yang kita rancangkan. Ada yang dapat anda belajar dari Maria mengenai menerima kehendak Tuhan? Dalam jadual berikut, tuliskan kenyataan-kenyataan dari malaikat dan Maria (lihat Lukas 1:26–38), bersama dengan pesanan-pesanan yang anda dapat cari dalam kenyataan mereka:

Kata malaikat kepada Maria

Pesanan untuk saya

Kata malaikat kepada Maria

“Tuhan menyertai engkau” (ayat 28).

Pesanan untuk saya

Tuhan sedar tentang situasi dan cabaran saya.

Kata malaikat kepada Maria

Pesanan untuk saya

Kata malaikat kepada Maria

Pesanan untuk saya

Reaksi Maria

Pesanan untuk saya

Reaksi Maria

“Bagaimanakah perkara ini boleh berlaku?” (ayat 34).

Pesanan untuk saya

Adalah OK untuk menanya soalan apabila saya tidak faham.

Reaksi Maria

Pesanan untuk saya

Reaksi Maria

Pesanan untuk saya

Semasa anda baca teladan soleh Yusuf dalam Matius 1:18–25, apakah yang dapat anda belajar tentang menerima kehendak Tuhan? Ada yang dapat anda belajar dari pengalaman Zakharia dan Elisabet? (lihat Lukas 1).

Juga lihat Mosia 3:19; Lukas 22:42; Helaman 10:4–5; Bible Dictionary, “Gabriel.”

Lukas 1:46–55

Maria bersaksi tentang misi Yesus Kristus.

Kata-kata Maria dalam Lukas 1:46–55 meramalkan aspeks-aspeks misi Juruselamat. Apaka yang dapat anda belajar mengenai Yesus Kristus dari kenyataan-kenyataan Maria? Apakah pandangan-pandangan tambahan yang dapat anda peroleh mengenai berkat-berkat yang Juruselamat berikan dengan membandingkan ayat-ayat ini dengan kata-kata Hana dalam 1 Samuel 2:1–10 dan Ucapan Bahagia Yesus dalam Matius 5:4–12? Apakah yang Roh ajarkan anda semasa anda merenungkan pandangan-pandangan ini?

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius 1:1–17

Semasa keluarga anda mengkaji salasilah Yesus, anda boleh jelaskan bahawa ia mengandungi keturunan diraja-Nya melalui Yusuf ke Raja Daud. Keturunan ini adalah penting kerana ia sudah dinubuatkan bahawa Mesias akan datang melalui keturunan Daud (lihat Yeremia 23:5–6). Ini ialah satu peluang baik untuk berbincang tentang sejarah keluarga anda dan kongsikan cerita-cerita tentang nenek moyang anda. Bagaimana mengetahui sejarah keluarga memberkat keluarga anda?

Matius 1:20; Lukas 1:13, 30

Mengapa orang dalam ayat-ayat ini takut? Apa yang menyebabkan kita menjadi takut? Bagaimana Tuhan menanya kita untuk “janganlah takut”?

Lukas 1:37

Untuk menolong keluarga anda membina iman bahawa “bagi Tuhan tiada perkara yang mustahil,” anda boleh kajikan Lukas 1 bersama-sama dan carikan perkara yang Tuhan lakukan yang mungkin mustahil. Ada cerita lain yang boleh mereka kongsikan—dari tulisan suci atau kehidupan diri sendiri—di mana Tuhan lakukan perkara yang nampaknya mustahil? Cari dari Buku Seni Injil boleh menolong mereka fikirkan idea-idea.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Pengajaran Kita

Gunakan tulisan suci dalam kehidupan kita. Selepas baca satu ayat suci, jemput ahli-ahli keluarga untuk menggunakan ia dalam kehidupan mereka (lihat Teaching in the Savior’s Way, 21). Sebagai contoh, bagaimana kita boleh gunakan perkara yang sudah kita belajar tentang berbalas kepada panggilan Tuhan dari reaksi-reaksi individu dalam Matius 1 dan Lukas 1?

Imej
Gabriel muncul kepada Maria

Blessed Art Thou among Women, oleh Walter Rane