Ikutlah Aku
31 Disember–6 Januari. Kita Bertanggungjawab Ke Atas Pembelajaran Diri Sendiri


“31 Disember–6 Januari. Kita Bertanggungjawab Ke Atas Pembelajaran Diri Sendiri,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: Perjanjian Baru 2019 (2019)

“31 Disember–6 Januari. Kita Bertanggungjawab Ke Atas Pembelajaran Diri Sendiri,” Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga: 2019

Imej
keluarga melihat satu foto album

31 Disember–6 Januari

Kita Bertanggungjawab Ke Atas Pembelajaran Diri Sendiri

Tujuan Ikutlah Aku—Untuk Individu dan Keluarga adalah untuk menolong anda datang kepada Kristus dan menjadi lebih berpaling kepada injil-Nya. Sumber ini boleh menolong anda memahami tulisan suci dan memperolehi kekuatan rohani yang anda serta keluarga anda perlukan. Kemudian, dalam kelas Gereja anda, anda akan sedia untuk mengongsikan pandangan dan menggalak Orang Suci lain dalam usaha mereka untuk mengikut Kristus.

Mencatat Tanggapan Anda

“Apa yang kamu cari?” Yesus tanya para pengikut-Nya (Yohanes 1:38). Anda mungkin tanya diri sendiri soalan yang sama—apa yang anda dapat cari dalam Perjanjian Baru tahun ini akan bergantung pada apa yang anda carikan. “Carilah sesuatu daripada Tuhan, maka kamu akan mendapatnya” ialah janjian Juruselamat (Matius 7:7). Jadi, tanyakan soalan-soalan yang datang ke minda anda semasa anda kaji, kemudian carikan jawapan dengan rajin. Dalam Perjanjian Baru, anda akan baca tentang pengalaman-pengalaman rohani yang berkuasa dari para pengikut Yesus Kristus. Sebagai seorang pengikut Juruselamat, anda boleh mempunyai pengalaman rohani yang berkuasa apabila anda terima jemputan Juruselamat, yang didapati di seluruh kitab kudus ini, “Ikutlah Aku” (Lukas 18:22).

Imej
ikon kajian peribadi

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Peribadi

Untuk benar-benarnya belajar dari Juruselamat, saya mesti terima jemputan-Nya, “Ikutlah Aku.”

Jemputan Juruselamat, “Ikutlah Aku,” adalah untuk semua orang—sama ada kita baru atau sudah berjalan sepanjang hidup pada jalan penganutan. Inilah jemputan-Nya kepada lelaki yang kaya yang berusaha untuk mematuhi perintah-perintah (lihat Matius 19:16–22). Apa yang dia belajar—dan apa yang mesti kita semua belajar—adalah bahawa menjadi seorang pengikut bererti berikan seluruh jiwa kita kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Kita berkembang dalam penganutan kita semasa kita mengenal pasti apa yang kita kurang, ubah, dan mengikut dengan lebih penuh.

Belajar dari Juruselamat mula apabila kita berusaha untuk memahami apa yang Dia ajar. Sebagai contoh, adakah pemahaman anda mengenai keampunan lebih mendalam semasa anda mengkaji yang berikut?

Ajaran-ajaran Juruselamat (lihat Matius 6:14–15; 18:21–35)

Satu contoh dari kehidupan-Nya (lihat Lukas 23:33–34)

Tetapi, pembelajaran ini tidak lengkap sehingga kita ikut Juruselamat dengan melakukan apa yang Dia ajar. Bagaimana anda dapat menjadi lebih mengampun?

Jika anda hendak belajar dengan lebih lanjut, cuba aktiviti ini bersama asas injil lain, seperti kasih sayang atau kerendahan hati.

Saya bertanggungjawab ke atas pembelajaran diri sendiri.

Elder David A. Bednar ajar: “Sebagai pelajar, kita mesti bertindak dan melakukan firman Tuhan dan bukan hanya mendengar dan menunggukan tindakan. Adakah kita orang yang bertindak dan belajar dengan beriman, atau kita menunggu untuk diajar dan menunggukan tindakan? … Seorang pelajar yang bertindak mengikut asas-asas betul bukakan hatinya kepada Roh Kudus dan jemputkan ajaran-Nya, kuasa kesaksian, dan kesaksian penetapan. Belajar dengan beriman perlukan usaha rohani, mental, dan jasmani, ia bukan penerimaan yang pasif sahaja” (“Seek Learning by Faith,” Ensign, Sept. 2007, 64).

Apakah ertinya untuk bertanggungjawab ke atas pembelajaran diri sendiri? Carikan jawapan dalam penyataan Elder Bednar dan dalam ayat-ayat suci berikut: Yohanes 7:17; 1 Tesalonika 5:21; Yohanes 1:5–6, 22; 2:17; 1 Nefi 10:17–19; 2 Nefi 4:15; Alma 32:27; dan Ajaran dan Perjanjian 18:18; 58:26–28; 88:118. Apakah yang anda diilhamkan untuk melakukan supaya menjadi lebih aktif dalam pembelajaran injil?

Saya perlu mengetahui kebenaran bagi diri sendiri.

Mungkin anda tahu orang yang tidak pernah hilangkan iman, tidak kira apa yang berlaku dalam kehidupan mereka. Mungkin mereka ingatkan anda tentang lima orang anak dara yang bijak dalam perumpamaan Juruselamat (lihat Matius 25:1–13). Apa yang anda tidak nampak ialah usaha tekun mereka untuk memperkuatkan kesaksian kebenaran mereka. Kita semua mesti memperkuatkan kesaksian kita dengan tekun kerana, seperti anak dara yang kurang bijak sudah belajar, kita tidak boleh pinjam penukaran hati dari orang lain.

Bagaimanakah kita memperolehi dan memupuk kesaksian diri sendiri? Catatkan fikiran anda semasa anda merenungkan ayat-ayat suci berikut: Lukas 11:9–13; Yohanes 5:39; Yohanes 7:14–17; Kisah Rasul-Rasul 17:10–12; 1 Korintus 2:9–11; dan Alma 5:45–46. (Juga lihat “Testimony,” Gospel Topics, topics.lds.org.)

Imej
remaja puteri di sebelah jalan

Kita masing-masing mesti memperoleh kesaksian untuk diri sendiri.

Apa yang harus saya lakukan apabila saya ada soalan?

Semasa anda mencarikan ilmu rohani, soalan-soalan akan datang ke minda anda. Asas-asas berikut boleh menolong anda menjawab soalan-soalan dengan cara yang mengembangkan iman dan kesaksian:

  1. Carikan pemahaman melalui sumber-sumber ilahi yang ditentukan. Tuhan ialah sumber segala kebenaran, dan Dia mengungkapkan kebenaran melalui Roh Kudus, tulisan suci, dan para nabi serta para rasul-Nya.

  2. Bertindak dengan beriman. Jika jawapan tidak datang dengan serta merta, percaya bahawa Tuhan akan ungkapkan jawapan pada masa yang sesuai. Buat masa ini, mematuhi kebenaran yang sudah anda tahu.

  3. Jagakan satu perspektif abadi. Cuba lihat seperti Tuhan melihat, bukan seperti dunia melihat. Pandangkan soalan-soalan anda dalam konteks rancangan keselamatan Bapa Syurgawi.

Imej
ikon kajian sekeluarga

Idea-idea untuk Pengkajian Tulisan Suci Sekeluarga dan Malam Keluarga

Semasa anda membaca tulisan suci bersama keluarga anda, Roh boleh membantu anda mengetahui asas-asas yang mana untuk menekankan dan membincangkan untuk memenuhi keperluan-keperluan keluarga anda. Berikut ialah beberapa cadangan:

Matius13:1–23

Satu cara baik untuk menolong keluarga bersedia untuk belajar dari Perjanjian Baru tahun ini adalah untuk mengulang kaji perumpamaan penabur. Mungkin keluarga anda suka pergi lihat pelbagai tanah dekat rumah anda untuk menggambarkan jenis-jenis tanah yang dihuraikan dalam perumpamaan ini. Apakah yang dapat kita lakukan untuk memupukkan “tanah subur” dalam rumah kita? (Matius 13:8).

Galatia 5:22–23; Filipi 4:8

“Kita menasihati ibu bapa dan kanak-kanak untuk memberi keutamaan tertinggi kepada doa keluarga, malam keluarga, kajian dan pengajaran Injil, dan aktiviti-aktiviti keluarga yang sihat. Betapa layak dan sesuai aktiviti-aktiviti lain pun, mereka tidak boleh dibenarkan untuk menggantikan tugas ilahi yang diberi yang hanya ibu bapa dan keluarga boleh melaksanakan dengan secukupnya” (“Letter from the First Presidency,” Liahona, Dec. 1999, 1).

Permulaan tahun yang baru ialah masa baik untuk mengadakan satu majlis keluarga tentang membuatkan rumah anda lebih berpusat pada injil. Apakah idea-idea yang datang ke minda anda semasa anda baca berkat-berkat dan nasihat dalam Galatia 5:22–23 dan Filipi 4:8? Mungkin anda boleh buat poster untuk dipamerkan dalam rumah untuk mengingatkan diri sendiri tentang matlamat anda.

Untuk idea-idea lanjut berkenaan mengajar kanak-kanak, lihat rangka panduan minggu ini dalam Ikutlah Aku—Untuk Sekolah Primer.

Memperbaikkan Kajian Peribadi

Carikan ajaran. Ajaran ialah satu kebenaran yang abadi dan tidak berubah. Presiden Boyd K. Packer umumkan bahawa “ajaran benar, jika difahami, mengubahkan sikap dan tindakan” (“Little Children,” Ensign, Nov. 1986, 17). Semasa anda dan keluarga anda mengkaji tulisan suci, carikan kebenaran-kebenaran yang boleh menolong anda menjadi lebih seperti Juruselamat.

Imej
Yesus Kristus

Light of the World, oleh Brent Borup

Imej
Kristus meninggal kubur

He Is Risen, oleh Del Parson