“24–30 November: ‘Dia “Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya Dengan Darahnya Sendiri”’: Ajaran dan Perjanjian 135–136,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)
“Ajaran dan Perjanjian 135–136,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025
Penjara Carthage
24–30 November: Dia “Telah Memeteraikan Misinya dan Pekerjaannya Dengan Darahnya Sendiri”
Ajaran dan Perjanjian 135–136
Pada petang 27 Jun 1844, Joseph dan Hyrum Smith sekali lagi dimasukkan ke dalam penjara, disertai oleh John Taylor dan Willard Richards. Mereka percaya bahawa mereka tidak bersalah terhadap apa-apa jenayah, tetapi mereka menyerah diri, dengan harapan dapat memelihara keselamatan para Orang Suci di Nauvoo. Ini bukan kali pertama musuh-musuh Gereja telah memasukkan Nabi Joseph di penjara, tetapi kali ini dia seolah-olah tahu bahawa dia tidak akan hidup. Dia dan kawan-kawannya cuba menghibur satu sama lain dengan membaca dari Kitab Mormon dan menyanyikan lagu rohani. Kemudian kedengaran bunyi tembakan, dan dalam beberapa minit kehidupan fana Joseph Smith dan abangnya Hyrum telah berakhir.
Tetapi ia bukanlah pengakhiran bagi matlamat ilahi yang mereka telah peluk. Dan ini bukanlah pengakhiran bagi Pemulihan injil Yesus Kristus. Terdapat lebih banyak pekerjaan yang perlu dilakukan dan lebih banyak wahyu yang akan membimbing gereja untuk maju. Pengakhiran kehidupan Nabi bukanlah pengakhiran pekerjaan Tuhan.
Lihat Saints, 1:521–52.
Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja
Ajaran dan Perjanjian 135; 136:37–39
Joseph dan Hyrum Smith telah memeteraikan kesaksian mereka dengan darah mereka.
Bayangkan bagaimana perasaan anda jika anda tinggal di Nauvoo ketika Joseph dan Hyrum Smith dibunuh (lihat Saints, 1:554–55). Bagaimanakah anda cuba untuk memahami peristiwa tragis ini? Ajaran dan Perjanjian 135, yang diterbitkan tiga bulan kemudian, mungkin boleh membantu. Semasa anda menyelidiki bahagian ini, pertimbangkan apa yang akan membawa anda pemahaman dan ketenteraman. Apakah yang anda boleh katakan kepada seseorang yang bertanya, “Mengapakah Tuhan membenarkan Nabi-Nya dibunuh?” (lihat Ajaran dan Perjanjian 136:37–39).
Anda juga boleh mencari bahagian 135 untuk perkataan atau frasa yang mengilhami anda untuk setia kepada Kristus sampai akhir, seperti Joseph dan Hyrum.
Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 5:21–22; “Remembering the Martyrdom,” dalam Revelations in Context, 299–306; Teachings of Presidents of the Church: Joseph Smith (2011), 522–23, 529–40; “Testimony of the Book of Mormon” (video), Gospel Library.
Testimony of the Book of Mormon
Joseph Smith adalah seorang nabi dan saksi Yesus Kristus.
Ajaran dan Perjanjian 135:3 menyenaraikan beberapa perkara yang Joseph Smith telah sempurnakan “dalam tempoh waktu dua puluh tahun yang singkat.” Bagaimanakah hal-hal ini mempengaruhi anda dan hubungan anda dengan Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus? Pertimbangkan bagaimana anda akan melengkapkan ayat seperti ini: Oleh kerana apa yang Tuhan telah lakukan melalui Joseph Smith, saya … Anda boleh rekod dan kongsi kesaksian Nabi Joseph Smith dengan orang lain.
Satu lagi cara untuk belajar tentang misi Joseph Smith adalah untuk cuba menulis satu obituari atau eulogi ringkas untuknya. Apakah yang anda akan katakan untuk membina iman kepada Kristus dan injil-Nya yang dipulihkan? Anda mungkin ingin memasukkan peristiwa atau pencapaian penting yang terdapat dalam Ajaran dan Perjanjian 135 atau yang disebutkan dalam sumber-sumber di bawah.
Yesus Kristus mengungkapkan banyak kebenaran tentang Diri-Nya dan Korban Tebusan-Nya melalui Joseph Smith. Pertimbangkan untuk merenungkan pengalaman yang anda peroleh dari kajian Ajaran dan Perjanjian tahun ini. Apakah kebenaran-kebenaran yang menonjol bagi anda? Anda mungkin ingin berkongsi ini dengan ahli keluarga, kelas atau kuorum anda, atau orang lain semasa anda mengkaji minggu ini. Bagaimanakah kebenaran-kebenaran ini membantu anda memahami dan mendekati Juruselamat?
Lihat juga “Joseph Smith: The Prophet of the Restoration” (video), Gospel Library; Tad R. Callister, “Joseph Smith—Nabi Pemulihan,” Liahona, Nov. 2009, 35–37; “Puji Dia Yang Tinggal Dengan Yehova,” Nyanyian Rohani, no. 14; Topics and Questions, “Joseph Smith,” Gospel Library.
Joseph Smith: The Prophet of the Restoration
Muzik Berkaitan
Menyanyi nyanyian rohani berikut atau menonton video-video itu boleh menjemput Roh Kudus atau mengilhami satu perbincangan mengenai pekerjaan Nabi Joseph Smith dan pengorbanan para Orang Suci yang berterusan selepas kematian dia.
“Pengembara yang Sengsara” (Nyanyian Rohani, no. 17). Semasa di Penjara Carthage, John Taylor menyanyikan lagu rohani ini.
“Puji Dia Yang Tinggal Dengan Yehova” (Nyanyian Rohani, no. 14; lihat juga video). Teks dalam lagu rohani ini ditulis sebagai penghargaan kepada Joseph Smith.
Praise to the Man – The Tabernacle Choir at Temple Square
“Mari, Mari, Orang-Orang Suci” (Nyanyian Rohani, no. 15; lihat juga video).
Come, Come, Ye Saints - Mormon Tabernacle Choir
“Faith in Every Footstep” (lihat video).
Faith in Every Footstep - Mormon Tabernacle Choir
Saya boleh membantu mencapai kehendak Tuhan apabila saya mengikut nasihat-Nya.
Setelah Joseph Smith mati, Orang Suci dihalau dari Nauvoo. Mereka kini menghadapi perjalanan sejauh 1,300 batu (2,100 km) melalui padang belantara yang liar. Brigham Young, Presiden Kuorum Dua Belas Rasul, bimbang tentang bagaimana para Orang Suci akan bertahan dalam perjalanan. Di penempatan sementara yang dipanggil Winter Quarters, dia merayu untuk bimbingan. Jawapan Tuhan dicatatkan dalam bahagian 136. “Dengan membantu para Orang Suci mengingati bahawa sikap mereka dalam perjalanan adalah sama pentingnya dengan destinasi mereka, wahyu itu telah membantu mengubah penghijrahan barat yang malang menjadi satu pengalaman rohani kongsian yang penting” (“This Shall Be Our Covenant,” dalam Revelations in Context, 308).
Fikirkan ini ketika anda mengkaji bahagian 136. Apakah nasihat anda temui yang dapat membantu mengubah percubaan sukar dalam hidup anda “kepada pengalaman rohani … yang penting”? Anda boleh renungkan bagaimana nasihat itu boleh membantu anda mencapai kehendak Tuhan dalam kehidupan anda sendiri, sepertimana ia membantu Orang Suci awal dalam perjalanan mereka.
Lihat juga “This Shall Be Our Covenant,” dalam Revelations in Context, 307–14; “Mari, Mari, Orang Suci,” Nyanyian Rohani, no. 15; Church History Topics, “Succession of Church Leadership,” Gospel Library.
Butiran dari Winter Quarters, oleh Greg Olsen
Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak
Ajaran dan Perjanjian 135:1–2, 4–5
Joseph dan Hyrum Smith memberikan nyawa mereka untuk Yesus Kristus dan injil-Nya.
-
Ringkaskan bagi anak-anak anda Ajaran dan Perjanjian 135:1 atau kongsi “Bab 57: Nabi Dibunuh” (dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 201–5, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library). Ini boleh menjadi peluang yang baik bagi anda dan anak-anak anda untuk berkongsi perasaan anda tentang pengorbanan Joseph dan Hyrum untuk Juruselamat dan injil-Nya.
3:21Chapter 57: The Prophet Is Killed: June 1844
-
Ajaran dan Perjanjian 135:4–5 menyatakan bahawa Hyrum Smith membaca petikan dari Kitab Mormon sebelum dia pergi ke Penjara Carthage. Anda dan anak-anak anda boleh membaca petikan ini bersama (lihat Eter 12:36–38). Bagaimanakah ayat-ayat ini telah menghiburkan Hyrum? Anda juga boleh kongsi ayat-ayat suci yang telah menghiburkan anda apabila anda berasa risau atau sedih.
-
Anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar-gambar nabi (lihat Buku Seni Injil, no. 7, 14, 67) dan bercakap tentang beberapa hal yang Tuhan minta para nabi lakukan. Apakah yang para nabi ini korbankan untuk Juruselamat?
Di rumah, pembelajaran dan kehidupan tidak dapat dipisahkan. “Injil sangat relevan di dalam rumah. Di sana orang yang anda belajar injil bersama adalah orang yang anda akan hidup bersama setiap hari. Sebenarnya, kebanyakan masanya, menjalani injil adalah bagaimana kita belajar injil” (Mengajar dengan Cara Juruselamat, 31).
Joseph Smith seorang nabi dan saksi Yesus Kristus.
-
Untuk membantu anak-anak anda mengingati dan menghargai bagaimana Tuhan telah memberkati kita melalui misi Joseph Smith, anda boleh tunjukkan objek-objek yang mewakili hal-hal yang Joseph lakukan, seperti Kitab Mormon, Ajaran dan Perjanjian, atau gambar bait suci (lihat juga halaman aktiviti minggu ini). Kemudian anak-anak anda boleh melihat dalam Ajaran dan Perjanjian 135:3 untuk beberapa hal yang Joseph Smith lakukan untuk membantu kita mendekati Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus. Jemput anak-anak anda untuk berkongsi mengapa mereka bersyukur untuk hal-hal tersebut.
American Prophet [Nabi Amerika], oleh Del Parson
Tuhan boleh memberkati saya ketika saya bergelut.
-
Pertimbangkan untuk meletak gambar Bait Suci Nauvoo di satu sudut bilik dan mencipta satu tempat perlindungan yang mudah di sudut lain. Jemput anak-anak anda untuk mendekati gambar itu, dan beritahu mereka tentang para Orang Suci yang perlu tinggalkan Nauvoo selepas Joseph Smith mati (lihat bab 58, 60, dan 62 dalam Cerita-cerita Ajaran dan Perjanjian, 206–8, 211–16, 222–24, atau video yang berkaitan dalam Gospel Library). Beri penekanan kepada iman para Orang Suci ini terhadap Yesus Kristus, dan jemput anak-anak anda untuk berjalan ke tempat perlindungan yang mewakili perjalanan ke Winter Quarters. Mereka boleh nyanyikan satu lagu seperti “Menjadi Pionir” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 138) semasa mereka berjalan.
1:31Chapter 58: A New Leader for the Church: July–August 1844
3:51Chapter 60: The Saints Leave Nauvoo: September 1845–September 1846
2:29Chapter 62: The Saints Establish Winter Quarters: 1846–1847
-
Jelaskan bahawa dalam Ajaran dan Perjanjian 136, Tuhan telah memberi nasihat untuk membantu Orang Suci dalam perjalanan mereka ke Lembah Salt Lake. Bantu anak-anak anda mencari sesuatu dalam wahyu ini yang boleh memberi mereka keberanian untuk perjalanan ini (lihat ayat 4, 10–11, 18–30). Bagaimanakah nasihat ini dapat membantu kita dalam percubaan yang kita hadapi hari ini?
Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.