Ikutlah Aku
17–23 November: “Bersedialah Kamu Untuk Kedatangan Pengantin Lelaki”: Ajaran dan Perjanjian 133–134


“17–23 November: ‘Bersedialah Kamu Untuk Kedatangan Pengantin Lelaki’: Ajaran dan Perjanjian 133–134,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Ajaran dan Perjanjian 2025 (2025)

“Ajaran dan Perjanjian 133–134,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2025

lukisan tentang sepuluh orang gadis

Ten Virgins [Sepuluh Orang Gadis], oleh Jorge Cocco

17–23 November: “Bersedialah Kamu Untuk Kedatangan Pengantin Lelaki”

Ajaran dan Perjanjian 133–134

Pada tahun 1833, para perusuh menyerang dan memusnahkan mesin cetak Gereja. Di antara cetakan yang sedang dilakukan pada masa itu ialah Kitab Perintah—percubaan pertama Gereja untuk menyusun wahyu-wahyu zaman akhir Tuhan ke dalam satu jilid. Perusuh menyelerakkan halaman yang tidak terikat, dan meskipun Orang suci yang berani cuba menyelamatkannya, hanya beberapa salinan tidak lengkap Kitab Perintah yang selamat.

Apa yang kita kenali sekarang sebagai bahagian 133 dari Ajaran dan Perjanjian dimaksudkan untuk menjadi lampiran kepada Kitab Perintah, seperti tanda seru di akhir wahyu Tuhan yang diterbitkan. Ia memberi amaran tentang hari penghakiman yang akan datang dan mengulangi panggilan yang ditemui di seluruh wahyu moden: Larilah dari duniawi, seperti yang Babilon lambangkan. Binalah Sion. Bersedia untuk Kedatangan Kedua. Dan sebarkan pesanan ini “kepada setiap negara, dan kaum, dan bahasa, dan bangsa” (ayat 37). Walaupun rancangan asal untuk Kitab Perintah tidak digenapi, wahyu ini adalah peringatan dan saksi bahawa pekerjaan Tuhan akan diteruskan, “kerana Dia akan menunjukkan lengan kudus-Nya … , dan segenap hujung bumi akan melihat keselamatan daripada Tuhan mereka” (ayat 3).

ikon pengkajian

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Ajaran dan Perjanjian 133:4–14

Yesus Kristus memanggil saya untuk menolak Babilon dan datang ke Sion.

Pertentangan rohani Sion ialah Babilon—kota purba yang melambangkan kejahatan dan perhambaan rohani. Apabila anda membaca Ajaran dan Perjanjian 133:4–14, renungkan bagaimana Juruselamat memanggil anda untuk “pergilah … keluar dari Babilon” (ayat 5) dan “pergilah … ke … Sion” (ayat 9). Bagaimanakah anda bertindak atas panggilan-Nya? Apakah lagi yang anda belajar tentang Sion dari pesanan Elder D. Todd Christofferson “Come to Zion”? (Liahona, Nov. 2008, 37–40).

Ajaran dan Perjanjian 133:1–19, 37–39

ikon seminari
Saya boleh bersedia sekarang untuk Kedatangan Kedua Juruselamat.

Kedua-dua Bahagian 1, kata pengantar Tuhan kepada Ajaran dan Perjanjian , dan bahagian 133, lampiran asal bagi Kitab Perintah, bermula dengan rayuan yang sama daripada Tuhan: “Dengarlah, Wahai kamu umat gereja-Ku” (Ajaran dan Perjanjian 1:1; 133:1). Anda mungkin boleh kaji Ajaran dan Perjanjian 133:1–19, 37–39 dan senaraikan pesanan di mana Tuhan menjemput anda untuk “dengarlah” (dengar dan patuh) semasa anda bersedia untuk Kedatangan Kedua-Nya. Khususnya, anda boleh senaraikan hal-hal yang Dia mahu anda lakukan untuk (1) menyediakan diri anda dan (2) membantu menyediakan dunia untuk kepulangan-Nya. Apakah yang anda pelajari dari senarai-senarai itu?

Presiden Russell M. Nelson berkongsi kebenaran penting tentang bagaimana keadaan dunia apabila Juruselamat kembali—dan bagaimana untuk bersedia. Cari kebenaran-kebenaran ini dalam pesanannya “The Future of the Church: Preparing the World for the Savior’s Second Coming” (Liahona, Apr. 2020, 6–11). Apakah yang anda terilham untuk lakukan—atau terus lakukan—untuk “mempersiapkan dunia ini untuk kedatangan Juruselamat”? (“Tema Kuorum Imamat Harun,” Gospel Library).

Lihat juga Matius 25:1–13; Russell M. Nelson, “Mendakap Masa Depan Dengan Iman,” Liahona, Nov. 2020, 73–76; “Marilah Anak Tuhan,” Nyanyian Rohani, no. 141; Topics and Questions, “Second Coming of Jesus Christ ,” Gospel Library.

Ajaran dan Perjanjian 133:19–56

Kedatangan Kedua Yesus Kristus akan menggembirakan bagi mereka yang soleh.

Semasa anda membaca tentang gambaran kepulangan Juruselamat dalam ayat 19–56, apakah yang anda ternanti-nantikan untuk hari besar itu? Apakah kata-kata atau frasa yang menggambarkan kasih Tuhan kepada umat-Nya? Pertimbangkan untuk mencatat pengalaman peribadi anda dengan “kebaikan hati penuh kasih Tuhan [anda], dan segala yang telah Dia berikan ke atas [anda] menurut kebaikan-Nya” (ayat 52).

Yesus menunjukkan kebaikan kepada seorang wanita

Butiran dari Healer [Penyembuh], oleh Kelsy dan Jesse Lightweave

Ajaran dan Perjanjian 134

“Kerajaan ditubuhkan oleh Tuhan demi manfaat manusia.”

Hubungan Orang Suci awal dengan kerajaan adalah rumit. Ketika para Orang Suci dipaksa keluar dari Jackson County, Missouri, pada tahun 1833, mereka meminta bantuan daripada kerajaan tempatan dan nasional tetapi tidak diendahkan. Pada masa yang sama, sesetengah orang di luar Gereja mentafsirkan ajaran tentang Sion bermaksud Orang Suci menolak kuasa kerajaan duniawi. Ajaran dan Perjanjian 134 ditulis, sebahagiannya, untuk menjelaskan kedudukan Gereja tentang kerajaan. Apakah yang bahagian ini cadangkan tentang bagaimana perasaan para Orang Suci Tuhan tentang kerajaan?

Semasa anda mengkaji bahagian 134, pertimbangkan untuk mencari asas-asas tentang kerajaan dan tanggungjawab warganegara. Bagaimanakah idea-idea ini berguna kepada Orang Suci awal? Bagaimanakah ia berguna di tempat anda tinggal?

Lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:11–12; Topics and Questions, “Religious Freedom,” Gospel Library.

Bahagian kanak-kanak ikon 03

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Ajaran dan Perjanjian 133:4–5, 14

Tuhan mahu saya menjauhkan diri daripada kejahatan di dunia.

  • Anda dan anak-anak anda boleh senaraikan beberapa tempat dan situasi yang Tuhan mahu kita jauhi. Kemudian anda boleh bandingkan tempat atau situasi tersebut dengan definisi “Babel, Babilon” dalam Panduan Tulisan Suci (Gospel Library). Kemudian mereka boleh membaca Ajaran dan Perjanjian 133:4–5, 14. Apakah maksudnya untuk “pergilah … keluar dari Babilon”? (ayat 5). Anda juga boleh buat satu senarai serupa bagi tempat dan situasi yang Tuhan mahu kita berada dan bandingan senarai itu dengan definisi “Sion” dalam Panduan Tulisan Suci.

Ajaran dan Perjanjian 133:19–21, 25

Yesus Kristus akan datang lagi.

  • Anak-anak anda mungkin suka lakonkan cara bersedia untuk sesuatu, seperti satu pertandingan sukan, pelawat yang penting, atau perayaan kegemaran. Mengapakah persediaan itu penting? Anda kemudian boleh baca bersama Ajaran dan Perjanjian 133:17–19, 21 dan jemput anak-anak anda untuk mencari apa yang Tuhan jemput kita untuk bersedia. Anda boleh tunjukkan kepada mereka gambar dari panduan minggu ini dan tanyakan anak-anak anda apa yang mereka tahu tentang Kedatangan Kedua Yesus Kristus. Apakah lagi yang kita belajar dari ayat 19–25, 46–52? Apakah yang kita boleh lakukan untuk bersedia bagi acara yang menggembirakan ini?

  • Anda boleh sembunyikan pelbagai gambar atau objek yang memaparkan sesuatu yang kita boleh lakukan untuk bersedia bagi Kedatangan Kedua Yesus Kristus (seperti membaca ayat suci, berkongsi injil, atau melayani keluarga kita). Biarkan anak-anak anda cari gambar atau objek itu, dan bincangkan bagaimana melakukan hal-hal itu boleh membantu kita bersedia untuk bertemu dengan Juruselamat apabila Dia kembali lagi.

  • Anda juga boleh nyanyi bersama sebuah lagu tentang Kedatangan Kedua, seperti “Bila Yesus Datang Lagi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 46). Saling berkongsi kasih anda kepada Juruselamat dan perasaan anda tentang kepulangan-Nya.

Ajaran dan Perjanjian 133:52–53

Yesus Kristus mengasihi dan baik hati.

  • Anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar-gambar Yesus mengasihi dan baik hati. (Contohnya, lihat Buku Seni Injil, no. 42,47.) Apakah lagi yang Yesus telah lakukan untuk menunjukkan kasih dan kebaikan-Nya? Baca bersama Ajaran dan Perjanjian 133:52, dan bantu anak-anak anda fikirkan cara mereka boleh “menyebutkan kebaikan hati penuh kasih Tuhan mereka” kepada orang lain.

    Christ Healing the Sick at Bethesda
Yesus dan seorang kanak-kanak

Butiran dari In His Light [Dalam Cahaya-Nya], oleh Greg Olsen

Ajarkan ajaran yang jelas dan mudah. Tuhan mengajar injil-Nya secara “terang dan mudah” (Ajaran dan Perjanjian 133:57). Apakah kata-kata ini cadangkan kepada anda tentang mengajar injil kepada keluarga atau kelas anda?

Ajaran dan Perjanjian 134:1–2

Tuhan mahu saya mematuhi hukum.

  • Anak-anak anda boleh senaraikan peraturan atau hukum yang mereka patuhi. Apakah yang akan terjadi pada hidup jika tiada orang mematuhi hukum (atau undang-undang) tersebut? Kemudian anda boleh baca Ajaran dan Perjanjian 134:1–2 bersama mereka, membantu mereka fahami sebarang perkataan atau frasa yang mereka mungkin tidak faham. Mengapakah Tuhan mahu kita mematuhi hukum itu? (lihat juga Fasal-Fasal Kepercayaan 1:12).

Untuk idea lanjut, lihat isu bulan ini dalam majalah Friend.

Yesus memakai jubah merah

Christ in a Red Robe [Kristus Berjubah Merah], oleh Minerva Teichert

halaman aktiviti untuk kanak-kanak