Ikutlah Aku 2024
25 November–1 Disember: “Melalui Iman Segala Hal akan Digenapi.” Eter 12–15


“25 November–1 Disember: ‘Melalui Iman Segala Hal akan Digenapi.’ 12–15 Eter,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“25 November–1 Disember. Eter 12–15,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

Imej
Eter masuk ke dalam gua

Ether Hiding in the Cavity of a Rock [Eter Bersembunyi Dalam Gua], oleh Gary Ernest Smith

25 November–1 Disember: “Melalui Iman Segala Sesuatu Digenapi”

Eter 12–15

Nubuat Eter kepada bangsa Yared adalah “besar dan menakjubkan” (Eter 12:5). Dia “memberitahu mereka tentang semua hal, sejak dari permulaan” (Eter 13:2). Dia melihat “masa kehidupan Kristus,” dan zaman akhir Yerusalem Baru (Eter 13:4). Dan dia berkata “berharap untuk dunia yang lebih baik, ya, bahkan sebuah tempat di sebelah tangan kanan Tuhan” (Eter 12:4). Tetapi bangsa Yared menolak kata-katanya, atas alasan sama yang orang sering guna untuk menolak nubuat hamba Tuhan hari ini—“kerana mereka tidak melihatnya” (Eter 12:5). Ia memerlukan iman untuk mempercayai janji atau amaran tentang hal-hal yang kita tidak lihat, seperti iman yang Eter perlukan untuk bernubuat tentang “hal-hal yang besar dan menakjubkan” kepada orang yang tidak percaya. Ia memerlukan iman untuk Moroni percaya bahawa Tuhan boleh mengambil “kelemahan [nya] dalam menulis” dan menjadikan ia kekuatan (lihat Eter 12:23–27). Itulah iman yang menjadikan kita “tabah, selalu berlimpah ruah dengan kerja-kerja baik, dituntun untuk memuliakan Tuhan” (Eter 12:4). Dan ini jenis iman di mana “segala hal akan digenapi” (Eter 12:3).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Eter 12

Iman kepada Yesus Kristus boleh membawa kepada mukjizat.

Ia adalah biasa pada zaman ini, seperti pada zaman Eter, orang ramai ingin melihat bukti sebelum percaya kepada Tuhan dan kuasa-Nya. Apakah yang anda pelajari dari Eter 12:5–6 tentang idea ini?

Semasa anda membaca Eter 12, anda boleh membuat nota setiap kali anda temui perkataan “iman.” Pertimbangkan apa yang setiap contoh ini ajarkan tentang iman. Soalan-soalan seperti ini boleh membantu: Apakah itu iman? Apakah maksud menjalankan iman? Apakah hasil iman kepada Yesus Kristus? Anda juga boleh catat fikiran anda tentang kesaksian yang anda telah peroleh “setelah pencubaan imanmu” (Eter 12:6).

Lihat juga Russell M. Nelson, “Kristus Sudah Bangkit; Iman kepada-Nya Akan Mengalihkan Bukit,” Liahona, Mei 2021, 101–4.

Minta yang lain berkongsi, dan kadangkala mengajar. Manusia belajar dengan lebih baik apabila mereka berpeluang untuk berkongsi apa yang mereka pelajari atau mengajar dalam suasana formal. Sama ada di rumah atau di gereja, pertimbangkan untuk membenarkan orang lain, termasuk remaja, untuk mengajar sebahagian pelajaran.

Eter 12:1–9, 28, 32

Yesus Kristus memberi kita “harapan yang lebih baik.”

Tambahan kepada pandangan mendalam tentang iman, Eter 12 juga banyak bercakap tentang harapan. Biarlah soalan-soalan ini membimbing kajian anda:

  • Apakah sebab-sebab Eter “berharap untuk dunia yang lebih baik”? (lihat Eter 12:2–5).

  • Apakah tujuan sauh? Apakah yang harapan lakukan untuk jiwa anda yang serupa dengan apa sauh lakukan untuk perahu? (lihat Eter 12:4).

  • Apakah yang harus kita harapkan? (lihat Eter 12:4; Moroni 7:41).

  • Bagaimanakah injil Yesus Kristus telah memberi anda “harapan yang lebih baik”? (Eter 12:32).

Lihat juga Moroni 7:40–41; Jeffrey R. Holland, “Kecerahan Harapan yang Sempurna,” Liahona, Mei 2020, 81–84.

Eter 12:23–29

Imej
ikon seminari
Yesus Kristus boleh mengubah kelemahan saya menjadi kekuatan.

Apabila kita membaca catatan Moroni yang sangat berkuasa,kita mudah lupa bahawa dia bimbang tentang “kelemahan [nya] dalam menulis” dan takut orang akan mengejek kata-katanya (lihat Eter 12:23–25). Jika anda pernah rasa cemas tentang kelemahan anda, baca tentang pergelutan Moroni—dan jawapan Juruselamat—dalam Eter 12:23–29. Anda juga boleh merenungkan masa ketika Yesus Kristus telah membantu anda mengenali kelemahan anda dan menjadikan anda kuat—walaupun Dia tidak menghilangkannya sepenuhnya. Fikirkan juga tentang kelemahan yang anda sedang hadapi. Apakah yang anda perlu lakukan untuk menerima janji Juruselamat untuk “menjadikan hal-hal yang lemah menjadi kuat”? (Eter 12:27).

Pertimbangkan untuk mencari ayat-ayat berikut untuk melihat bagaimana orang-orang dalam tulisan suci memperoleh kekuatan melalui rahmat Yesus Kristus:

Lihat juga “Tuhan Terangku,” Nyanyian Rohani, no. 30.

Eter 13:13–22; 14–15

Menolak para nabi Tuhan meletakkan saya dalam bahaya rohani.

Menjadi raja bangsa Yared adalah kedudukan yang bahaya dalam sejarah. Ini sangat benar untuk Koriantumr, kerana banyak “lelaki-lelaki perkasa … berusaha untuk menghancurkannya” (Eter 13:15–16). Dalam Eter 13:15–22, perhatikan apa yang Koriantumr lakukan untuk melindungi dirinya dan apa yang nabi Eter nasihatkannya untuk lakukan. Semasa anda membaca seluruh kitab Eter, pertimbangkan akibat menolak para nabi. Apakah yang berlaku kepada orang-orang apabila “Roh Tuhan [berhenti] berjuang bersama mereka”? (Eter 15:19). Apakah yang Tuhan mahu anda pelajari dari laporan-laporan ini? Pertimbangkan apa yang anda akan lakukan untuk mengikuti para nabi-Nya.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Eter 12:6–22

Iman adalah mempercayai hal-hal yang saya tidak dapat lihat.

  • Pertimbangkan untuk membantu anak-anak anda mengulangi bersama anda “Iman adalah hal-hal yang diharapkan dan bukan dilihat” dari Eter 12:6. Mereka boleh lihat gambar yang tunjukkan contoh iman dalam Eter 12:13–15, 19–21 (lihat Buku Seni Injil, no. 78, 85, dan halaman aktiviti minggu ini). Minta anak-anak anda jelaskan apa yang mereka tahu tentang setiap cerita itu. Berikut adalah beberapa soalan untuk bantu anda membincangkan contoh-contoh iman ini:

    • Apakah yang orang-orang ini harapkan?

    • Bagaimanakah iman mereka diuji?

    • Apakah yang berlaku kerana iman mereka?

    Anda juga boleh berkongsi pengalaman anda menjalankan iman.

Eter 12:4, 32

Harapan adalah seperti sauh untuk jiwa saya.

  • Untuk memahami apa yang Eter 12:4 ajarkan tentang harapan, anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar bot dan sauh. Mengapakah bot memerlukan sauh? Apakah yang akan terjadi kepada bot jika tidak ada sauh? Semasa anda membaca Eter 12:4 bersama, bincangkan bagaimana harapan membantu kita seperti cara sauh membantu kapal. Jemput anak-anak anda melukis gambar bot dan sauh supaya mereka dapat mengajar orang lain tentang harapan.

  • Jika anak-anak anda perlukan definisi harapan, bantu mereka cari dalam Panduan Tulisan Suci, “Harapan” (Gospel Library). Menurut definisi ini dan Eter 12:4, 32, apakah yang patut kita harapkan? (lihat juga Moroni 7:40–42). Bantu anak-anak anda memikirkan perkataan lain untuk harapan, serta perkataan yang bertentangan dengan harapan. Anda juga boleh saling berkongsi beberapa kebenaran injil yang memberi anda harapan.

Eter 12:23–29

Yesus Kristus boleh bantu saya menjadi kuat secara rohani.

  • Kadangkala kanak-kanak hadapi situasi di mana mereka merasa lemah, sama seperti Moroni. Bantu anak-anak anda tahu mengapa Moroni rasa seperti ini dalam Eter 12:23–25, dan tanya jika mereka pernah ada perasaan yang sama. Kemudian jemput mereka untuk membaca ayat 26–27 untuk tahu bagaimana Tuhan membantu Moroni.

  • Anak-anak anda boleh melukis gambar sesuatu yang lemah dan sesuatu yang kuat. Kemudian mereka boleh menambah beberapa perkataan dan frasa pada lukisan mereka dari Eter 12:23–29 yang mengajar tentang bagaimana Juruselamat dapat mengubah kelemahan kita menjadi kekuatan. Galakkan anak-anak anda untuk fikirkan satu kelemahan yang mereka ada dan kemudian cari bantuan Juruselamat untuk menjadi kuat. Anda boleh berkongsi pengalaman ketika Juruselamat telah bantu anda menjadi kuat dalam melakukan sesuatu yang sukar.

Imej
Eter berlutut di depan sebuah gua

Marvelous Were the Prophecies of Ether [Menakjubkanlah Nubuat-Nubuat Eter], oleh Walter Rane