Ikutlah Aku 2024
9–15 Disember: “Semoga Kristus Mengangkat Engkau.” Moroni 7–9


“9–15 Disember: ‘Semoga Kristus Mengangkat Engkau.’ Moroni 7–9,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“9–15 Disember. Moroni 7–9,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Imej
Moroni menulis di atas kepingan-kepingan emas

Minerva Teichert (1888–1976), Moroni: The Last Nephite [Moroni: Bangsa Nefi Terakhir]. 1949–1951, minyak pada masonit, 34¾ x 47 inci. Muzium Kesenian Brigham Young University, 1969.

9–15 Disember: “Semoga Kristus Mengangkat Engkau”

Moroni 7–9

Sebelum Moroni tamatkan catatan yang kita kenali sebagai Kitab Mormon dengan kata-kata terakhirnya, dia berkongsi tiga pesanan bapanya, Mormon: pesanan untuk “pengikut Kristus yang damai” (Moroni 7:3) dan dua surat yang Mormon tulis kepada Moroni. Mungkin Moroni masukkan pesanan-pesanan ini dalam Kitab Mormon kerana dia meramalkan persamaan antara bahaya zamannya dan kita. Apabila kata-kata ini dituliskan, bangsa Nefi berpaling daripada Juruselamat. Kebanyakan mereka telah “kehilangan kasih mereka, antara satu sama lain;” dan bersukacita “dalam semua hal kecuali perkara yang baik” (Moroni 9:5, 19). Namun Mormon masih ada sebab untuk berharap, mengajar kita bahawa harapan itu tidak bermaksud mengabaikan atau menjadi naif tentang masalah dunia. Harapan bermaksud beriman kepada Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus, yang kuasanya lebih besar dan lebih abadi daripada masalah-masalah ini. Ia bermaksud “berpegang pada setiap hal yang baik” (Moroni 7:19). Ini bermaksud membiarkan Korban tebusan Yesus Kristus “dan harapan akan kemuliaan-Nya dan kehidupan abadi, berada di dalam fikiranmu” (Moroni 9:25).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Moroni 7:12–20

Cahaya Kristus membantu saya mengetahui kebenaran dari kesalahan.

Ramai orang tertanya, “Bagaimana saya boleh tahu jika tanggapan datang daripada Tuhan atau dari fikiran saya sendiri?” atau “Dengan begitu banyak penipuan hari ini, bagaimana saya boleh tahu apa yang benar atau salah?” Kata-kata Mormon dalam Moroni 7 memberi kita beberapa asas yang kita boleh gunakan untuk menjawab soalan-soalan ini. Cari itu terutamanya dalam ayat 12–20. Anda boleh gunakan kebenaran ini untuk membantu anda menilai pesanan yang anda temui dan pengalaman yang anda ada minggu ini.

Lihat juga Panduan Tulisan Suci, “Cahaya, Cahaya Kristus,” Gospel Library.

Moroni 7:20–48

Kerana Yesus Kristus, saya boleh “berpegang pada setiap hal yang baik.”

Mormon tanya soalan yang sangat penting hari ini: “Bagaimanakah kamu dapat berpegang pada setiap hal yang baik?” (Moroni 7:20). Dia kemudian mengajar tentang iman kepada Yesus Kristus, harapan, dan kasih ihsan. Semasa anda membaca ayat 20–48, cari bagaimana setiap sifat membantu anda mencari dan “berpegang” pada kebaikan yang datang daripada Yesus Kristus. Mengapakah sifat-sifat ini penting untuk seorang pengikut Yesus Kristus?

Moroni 7:44–48

Imej
ikon seminari
“Kasih ihsan adalah kasih suci Kristus.”

Mormon lihat bahawa iman dan harapan kita kepada Yesus Kristus membimbing kita untuk memiliki kasih ihsan. Tetapi apakah itu kasih ihsan? Anda boleh menulis Kasih ihsan adalah … dan kemudian baca Moroni 7:44–48, mencari perkataan atau frasa yang boleh melengkapkan ayat itu. Apabila anda selesai, pertimbangkan untuk menggantikan perkataan Kasih ihsan dengan nama Yesus Kristus. Apakah yang ini ajarkan anda tentang Juruselamat? Bagaimanakah Yesus Kristus telah menunjukkan kasih suci-Nya? Fikirkan contoh-contoh dari tulisan suci dan kehidupan anda sendiri.

Presiden Dallin H. Oaks memerhatikan: “Sebab kasih ihsan tidak pernah gagal dan kasih ihsan adalah lebih besar dari bahkan tindakan kebaikan yang paling penting … Adalah kerana kasih ihsan, ‘kasih suci Kristus’ [Moroni 7:47], ia bukan satu tindakan tetapi satu keadaan atau keadaan untuk jadi. … Kasih ihsan adalah sesuatu yang seseorang itu jadi” (“The Challenge to Become,” Ensign, Nov. 2000, 34). Dengan memikirkan penyataan ini, anda boleh baca pesanan Elder Massimo De Feo “Kasih Suci: Tanda Setiap Pengikut Sejati Yesus Kristus” (Liahona, Mei 2018, 81–83). Bagaimanakah kasih ihsan mempengaruhi penganutan anda? Bagaimanakah anda boleh “dekatkan diri pada kasih ihsan”? (ayat 46).

Lihat juga 1 Korintus 13:1–13; Eter 12:33–34; “Saling Mengasihi,” Nyanyian Rohani, no. 150.

Menggunakan pengajaran berobjek. Mungkin memikirkan bangku berkaki tiga boleh membantu anda memahami lebih lanjut tentang hubungan antara iman, harapan, dan kasih ihsan.

Moroni 9:3–5

Kemarahan membawa kepada kesedihan dan penderitaan.

Berbeza dengan pesanan kasih Mormon dalam Moroni 7:44–48, surat kedua Mormon kepada Moroni termasuk amaran terhadap sesuatu yang ramai orang zaman ini bergelut—kemarahan. Menurut Moroni 9:3–5, apakah akibat kemarahan bangsa Nefi? Apakah amaran yang kita boleh ambil dari ayat 3–5, 18–20, 23?

Moroni 9:25–26

Saya boleh ada harapan dalam Kristus tanpa mengira keadaan saya.

Selepas menggambarkan kejahatan yang dia lihat, Mormon memberitahu anak lelakinya supaya tidak bersedih. Apakah yang anda kagum tentang pesanan harapan Mormon? Apakah erti bagi anda bahawa Kristus “mengangkat [anda]”? Apakah sifat Kristus dan asas injil-Nya yang “berada dalam fikiranmu” dan memberi anda harapan? (Moroni 9:25).

Lihat juga Russell M. Nelson, “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani,” Liahona, Nov. 2016, 81–84.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Moroni 7:33

Jika saya beriman kepada Yesus Kristus, saya boleh lakukan segala yang Tuhan mahu saya lakukan.

  • Pertimbangkan untuk melihat beberapa gambar bersama yang menunjukkan seseorang dari tulisan suci yang mencapai sesuatu yang penting (lihat, contohnya, Buku Seni Injil, no. 19, 70, 78, 81). Bagaimanakah beriman kepada Kristus membuat perbezaan dalam contoh-contohn ini? Anda dan anak-anak anda boleh membaca Moroni 7:33, cari apa yang kita boleh lakukan apabila kita beriman kepada Yesus Kristus. Anda juga boleh saling berkongsi pengalaman ketika Tuhan memberkati anda dengan kuasa untuk melakukan kehendak-Nya.

Moroni 7:41

Kepercayaan terhadap Yesus Kristus boleh memberi saya harapan.

  • Semasa anda baca Moroni 7:41 kepada anak-anak anda, mereka boleh angkat tangan ketika mereka terdengar sesuatu yang Mormon katakan tentang apa yang kita perlu harapkan. Beritahu mereka tentang harapan yang anda rasa kerana Yesus Kristus.

  • Anda dan anak-anak anda juga boleh fikirkan seseorang yang mungkin bergelut dengan sesuatu. Anak-anak anda boleh melukis gambar kepada orang yang mengingatkan dia untuk memiliki harapan dalam Yesus Kristus.

Moroni 7:40–41; 9:25–26

Saya boleh ada harapan dalam Yesus Kristus walaupun dalam masa percubaan.

  • Untuk mengajar anak-anak anda tentang harapan dalam Yesus Kristus, anda boleh mengisi bekas yang jernih dengan air dan jatuhkan dua objek ke dalamnya—satu yang terapung dan satu yang tenggelam. Semasa anda membaca Moroni 7:40–41 dan 9:25–26 bersama, anak-anak anda boleh mencari apakah yang harapan lakukan untuk kita. Kemudian mereka boleh bandingkan objek terapung dengan seseorang yang mempunyai harapan dalam Kristus. Bagaimanakah Dia “mengangkat” kita semasa kita menghadapi percubaan? Bantu anak-anak anda fikirkan cara-cara mereka dapat mengingati Juruselamat dan ajaran-Nya yang penuh galakan “di dalam fikiran [mereka] selamanya.”

Moroni 7:45–48

“Kasih ihsan adalah kasih suci Kristus.”

  • Lagu tentang kasih, seperti “Saling Mengasihi” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 74), boleh memulakan perbincangan tentang kasih ihsan. Anda boleh membaca atau meringkaskan Moroni 7:47 dan jemput anak-anak anda untuk melukis gambar diri mereka menunjukkan kasih kepada seseorang. Cadangkan mereka untuk letakkan gambar mereka di mana ia akan mengingatkan mereka untuk kasihi orang lain seperti Yesus.

  • Bagaimanakah anda dapat mengilhami anak-anak anda untuk mencari dan mengembangkan kasih suci Kristus dalam kehidupan mereka? Anda boleh bantu mereka fikirkan cara-cara Yesus menunjukkan kasih ihsan (lihat, contohnya, Lukas 23:34; Yohanes 8:1–11; Eter 12:33–34). Bagaimanakah kita dapat mengikuti teladan-Nya?

Imej
Yesus Kristus

Portrait of Christ the Savior [Potret Juruselamat Kristus], oleh Heinrich Hofmann