Ikutlah Aku 2024
11–17 November: “Mengoyakkan Tirai Ketidakpercayaan Itu.” Eter 1–5


“11–17 November: ‘Mengoyakkan Tirai Ketidakpercayaan Itu.’ Eter 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“11–17 November. Eter 1–5,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Imej
bangsa Yared mengembara melalui padang belantara

The Jaredites Leaving Babel [Bangsa Yared Meninggalkan Babel], oleh Albin Veselka

11–17 November: “Mengoyakkan Tirai Ketidakpercayaan Itu.”

Eter 1–5

Walaupun ia benar bahawa cara Tuhan lebih tinggi dan kita harus sentiasa mematuhi kehendak-Nya, Dia juga menggalakkan kita untuk berfikir dan bertindak untuk diri sendiri. Itulah satu pelajaran yang Yared dan saudara lelakinya pelajari. Contohnya, idea perjalanan ke negeri baharu yang merupakan “pilihan yang melebihi semuanya di bumi” nampaknya bermula dengan Yared, dan Tuhan menunaikan permintaan itu, berfirman kepada saudara lelaki Yared, “Dan demikianlah Aku akan lakukan kepadamu kerana sepanjang waktu yang lama ini kamu telah berseru kepada-Ku” (lihat Eter 1:38–43). Dan ketika saudara lelaki Yared perlukan cahaya dalam kapal tongkang yang akan membawa mereka ke negeri yang dijanjikan, Tuhan bertanya soalan yang kita selalu tanyakan kepada Dia: “Apakah yang kamu inginkan agar Aku harus lakukan?” (Eter 2:23). Dia mahu mendengar pendapat dan idea kita, dan Dia akan mendengar dan memberi pengesahan-Nya atau menasihat kita. Kadangkala satu-satunya hal yang memisahkan kita dari berkat yang kita cari adalah “tirai ketidakpercayaan,” kita dan jika kita boleh “mengoyakkan tirai” (Eter 4:15), kita akan terkejut dengan apa yang Tuhan sedia lakukan untuk kita.

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Eter 1:33–43

Apabila saya berseru kepada Tuhan, Dia akan berbelas kasihan kepada saya.

Eter 1:33–43 menyatakan tiga doa saudara lelaki Yared. Apakah yang anda pelajari dari jawapan Tuhan tentang setiap doa itu? Fikirkan tentang masa anda telah mengalami belas kasihan Tuhan ketika anda berseru kepada-Nya dalam doa. Anda boleh mencatatkan pengalaman ini dan berkongsi dengan seseorang yang mungkin perlu mendengar kesaksian anda.

Lihat juga “Doa Peribadi,” Nyanyian Rohani, no. 50.

Eter 2; 3:1–6; 4:7–15

Imej
ikon seminari
Saya boleh menerima wahyu untuk hidup saya.

Presiden Russell M. Nelson berkata: “Saya merayu kepada anda untuk meningkatkan kemampuan rohani anda untuk menerima wahyu. … Pilihlah untuk melakukan pekerjaan rohani yang diperlukan untuk menikmati kurnia Roh Kudus dan mendengar suara Roh dengan lebih kerap dan lebih jelas” (“Wahyu untuk Gereja, Wahyu untuk Kehidupan Kita,” Liahona, Mei 2018, 96).

Semasa anda mengkaji Eter 2; 3:1–6; 4:7–15, apakah yang anda pelajari tentang “pekerjaan rohani” yang Presiden Nelson ucapkan? Anda boleh menanda dalam satu warna untuk soalan atau kebimbangan yang saudara lelaki Yared ada dan tindakannya, dan dalam warna yang lain, anda boleh menanda bagaimana Tuhan membantunya dan memberitahu kehendak-Nya.

Berikut adalah beberapa soalan untuk direnungkan semasa anda mengkaji:

  • Apakah yang anda kagum tentang cara Tuhan menjawab soalan saudara lelaki Yared dalam Eter 2:18–25?

  • Bagaimanakah anda boleh menggunakan Eter 3:1–5 untuk membantu seseorang yang belajar bagaimana untuk berdoa?

  • Apakah yang mungkin menghalang anda dari menerima wahyu daripada Tuhan? (lihat Eter 4:8–10). Bagaimanakah anda boleh menerima wahyu daripada-Nya dengan lebih kerap? (lihat Eter 4:7, 11–15).

  • Apakah maksud “mengoyakkan tirai ketidakpercayaan” dalam hidup anda” (Eter 4:15).

Apakah lagi yang anda pelajari daripada saudara lelaki Yared tentang wahyu peribadi?

Elder Dale G. Renlund mengajar tentang “Rangka Wahyu Peribadi” (Liahona, Nov. 2022, 16–19). Pertimbangkan untuk melukis bingkai gambar dan menulis empat elemen rangka pada setiap sisi. Bagaimana rangka ini membantu anda “meningkatkan keupayaan anda untuk menerima wahyu”?

Eter 2:14–15; 3:1–20

Melalui teguran–Nya, Tuhan menjemput saya untuk bertaubat dan datang kepada–Nya.

Bahkan nabi yang hebat seperti saudara lelaki Yared menerima teguran dari Tuhan. Apakah yang anda pelajari dari Eter 2:14–15 tentang teguran Tuhan? Fikirkan bagaimana Tuhan menegur dan tindak balas saudara lelaki Yared mungkin membantu menyediakan dia untuk pengalaman dia dalam Eter 3:1–20.

Eter 2:16–25

Tuhan akan mempersiapkan saya untuk menyeberang “perairan yang dalam.”

Kadangkala, menyeberangi “perairan yang dalam” adalah satu-satunya cara untuk memenuhi kehendak Tuhan untuk kita. Adakah anda melihat persamaan dengan kehidupan anda dalam Eter 2:16–25? Bagaimanakah Tuhan menyediakan anda untuk menghadapi cabaran anda? Apakah yang Dia minta anda lakukan sekarang untuk bersiap bagi apa yang Dia perlu anda lakukan di masa depan?

Lihat juga L. Todd Budge, “Kepercayaan yang Konsisten dan Kuat,” Liahona, Nov. 2019, 47–49.

Gunakan apa yang anda pelajari. Pembelajaran injil harus mengilhami kita untuk mengubah kehidupan kita. Selepas membaca Eter 4:11–12, anda boleh senaraikan beberapa pengaruh dalam hidup anda dan mempertimbangkan jika ia memujuk anda untuk melakukan kebaikan. Apakah perubahan yang anda terilham untuk lakukan?

Eter 5

Para saksi bersaksi tentang kebenaran Kitab Mormon.

Semasa anda membaca nubuat Moroni dalam Eter 5, renungkan tujuan Tuhan dalam menyediakan banyak saksi Kitab Mormon. Apakah kesaksian yang telah mengilhami anda untuk percaya bahawa Kitab Mormon adalah firman Tuhan? Bagaimanakah Kitab Mormon telah menunjukkan anda “kuasa Tuhan dan juga firman-Nya”? (Eter 5:4).

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Eter 1:33–37; 2:16–25; 3:1–6

Bapa Syurgawi mendengar dan menjawab doa-doa saya.

  • Jika anda tahu bahasa yang anak-anak anda tidak tahu, berikan mereka beberapa arahan mudah dalam bahasa itu (atau mainkan rakaman bahasa lain). Anda boleh menggunakan ini untuk menjelaskan mengapa saudara lelaki Yared berdoa untuk bantuan dalam Eter 1:33–37. Tekankan bagaimana perasaan Tuhan tentang doa ini dan bagaimana Dia membalas (lihat juga “Bab 50: Bangsa Yared Meninggalkan Babel,” Cerita-cerita Kitab Mormon, 143–44).

  • Anak-anak anda boleh berpura-pura membina kapal tongkang semasa anda baca Eter 2:16–17. Kemudian anda dan anak-anak anda boleh membaca tentang masalah yang bangsa Yared hadapi dengan kapal tongkang mereka (lihat Eter 2:19) dan cara-cara yang berbeza Tuhan menjawab doa saudara lelaki Yared (lihat Eter 2:19–25; 3:1–6). Halaman gambar dan aktiviti di hujung panduan ini dapat membantu anda dan anak-anak anda menceritakan kisah itu. Apakah yang kita pelajari daripada saudara lelaki Yared tentang doa? Pertimbangkan untuk berkongsi satu pengalaman ketika anda berdoa untuk bantuan dan Bapa Syurgawi membantu anda.

Eter 3:6–16

Saya diciptakan menurut rupa Tuhan.

  • Semasa mereka membesar, anak-anak anda akan temui banyak pesanan palsu tentang Tuhan, diri mereka, dan tubuh fizikal mereka. Anda boleh minta mereka mencari kebenaran tentang topik-topik ini dalam Eter 3:6–16. Untuk tekankan kebenaran yang Eter 3:13, 15 ajarkan, anda boleh melihat gambar Juruselamat bersama dan menjemput anak-anak anda untuk tunjuk bahagian-bahagian tubuh-Nya. Kemudian mereka boleh tunjuk bahagian tubuh mereka yang sama. Anda boleh nyanyikan bersama lagu yang berkaitan dengan tubuh kita, seperti “Tuhan B’ri Ku Bait Suci” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 73). Anda dan anak-anak anda boleh bercakap tentang mengapa anda bersyukur untuk tubuh anda.

Imej
kanak-kanak berlari di padang

Kita dicipta menurut rupa Tuhan

Eter 5

Tiga orang saksi bersaksi tentang Kitab Mormon.

  • Moroni menubuatkan Tiga Saksi akan membantu mengesahkan kebenaran Kitab Mormon. Untuk mengajar apa itu saksi, anda boleh meminta anak-anak anda untuk menggambarkan sesuatu yang mereka telah lihat atau alami yang orang lain tidak. Kemudian semasa anda membaca Eter 5 bersama, anda boleh bercakap tentang mengapa Tuhan menggunakan saksi-saksi dalam pekerjaan-Nya. Anda juga boleh saling berkongsi bagaimana anda tahu Kitab Mormon adalah benar dan bagaimana anda boleh berkongsi kesaksian anda dengan orang lain.

Imej
Yesus menyentuh 16 batu di hadapan saudara lelaki Yared

Sowest Thou More Than This? [Adakah Engkau Melihat Lebih Daripada Ini?], oleh Marcus Alan Vincent