Ikutlah Aku 2024
28 Oktober–3 November: “Aku Menginginkan Agar Aku Dapat Mendorongmu … Untuk Bertaubat.” Mormon 1–6


“28 Oktober–3 November: ‘Aku Menginginkan Agar Aku Dapat Mendorongmu … Untuk Bertaubat.’ Mormon 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“28 Oktober–3 November. Mormon 1–6,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Imej
Mormon menulis di atas kepingan-kepingan emas

Mormon Abridging the Plates [Mormon Meringkaskan Kepingan-kepingan], oleh Tom Lovell

28 Oktober–3 November: “Aku Menginginkan Agar Aku Dapat Mendorongmu … Untuk Bertaubat”

Mormon 1–6

Mormon tidak memberi kita “laporan lengkap” tentang “suatu pemandangan” kejahatan dan pertumpahan darah yang dia lihat di kalangan bangsa Nefi (Mormon 2:18; 5:8). Tetapi apa yang dia catatkan dalam Mormon 1–6 sudah mencukupi untuk mengingatkan kita sejauh mana orang yang dulunya soleh boleh jatuh. Di tengah kejahatan yang merebak, tiada seorang pun yang boleh menyalahkan Mormon kerana menjadi letih dan kecewa. Namun melalui semua yang dia lihat dan alami, dia tidak pernah hilang belas kasihan Tuhan dan keyakinannya bahawa pertaubatan adalah cara untuk menerimanya. Dan walaupun bangsa Mormon sendiri menolak jemputan bertaubat, dia tahu ada khalayak yang lebih besar untuk dia yakinkan. “Oleh itu,” dia mengisytiharkan, “aku menulis kepada segenap hujung bumi.” Dalam kata lain, dia menulis kepada anda (lihat Mormon 3:17–20). Dan pesanannya kepada anda, hari ini, adalah pesanan yang sama yang dapat menyelamatkan bangsa Nefi pada zaman mereka: “Mempercayai injil Yesus Kristus. … Bertaubat dan bersedia untuk berdiri di hadapan kerusi penghakiman Kristus” (Mormon 3:21–22).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Mormon 1–6

Imej
ikon seminari
Saya boleh mengikuti Yesus Kristus tanpa mengira apa yang orang lain lakukan.

Pada masa dia hanya berumur 10 tahun, Mormon amat berbeza dengan orang di sekelilingnya. Semasa anda membaca Mormon 1–6, cari cara bagaimana iman Mormon kepada Yesus Kristus menjadikan dia unik dan memberi dia peluang untuk melayani dan memberkati orang lain. Ayat-ayat berikut boleh bantu anda bermula:

Mormon 1:2–3, 13–17.Apakah perbezaan yang anda perhatikan antara Mormon dan bangsanya? Apakah sifat yang dia miliki yang membantunya kekal kuat secara rohani dalam masa yang sukar ini?

Mormon 2:18–19.Apakah kata-kata yang Mormon gunakan untuk menggambarkan dunia yang dia tinggal? Bagaimanakah dia mengekalkan harapan tidak mengira persekitarannya?

Mormon 3:12.Bagaimanakah perasaan Mormon tentang orang-orang di sekelilingnya? Apakah yang anda boleh lakukan untuk membentuk kasih yang dia miliki?

Apakah ayat-ayat lain dalam Mormon 1–6 yang menekankan iman Mormon kepada Yesus Kristus? Apakah peluang yang dia diberikan kerana dia pilih untuk kekal beriman?

Pertimbangkan untuk mengkaji pesanan Presiden Thomas S. Monson “Jadilah Teladan dan Cahaya” (Liahona, Nov. 2015, 86–88), cari sebab mengapa ia penting bagi para pengikut Yesus Kristus untuk menonjol atau menjadi berbeza. Bagaimanakah anda akan melengkapkan ayat-ayat seperti ini? “ adalah teladan kepada saya apabila dia . Ini membantu saya ingin .”

Mormon mungkin merasakan teladannya tidak membuat perbezaan kepada bangsanya. Jika anda berpeluang untuk bercakap dengan Mormon, apakah yang anda akan beritahu dia tentang bagaimana teladannya telah membuat perubahan kepada anda?

Bantu orang lain berkongsi apa yang mereka pelajari. Apabila orang berkongsi apa yang mereka telah pelajari, mereka menguatkan iman mereka sendiri dan iman orang lain (lihat Ajaran dan Perjanjian 88:122). Cuba tanya keluarga atau kelas apakah pengalaman mereka semasa mereka mengkaji firman Tuhan.

Imej
bangsa Nefi dan bangsa Laman bertempur

Battle [Pertempuran], oleh Jorge Cocco

Mormon 2:10–15

Kesedihan ilahi membimbing saya kepada Kristus dan kepada perubahan kekal.

Ketika Mormon melihat kesedihan bangsanya, dia berharap mereka akan bertaubat. Tetapi “kesedihan mereka bukanlah untuk pertaubatan” (Mormon 2:13)—ia bukanlah kesedihan ilahi tetapi kesedihan duniawi. Untuk memahami perbezaannya, pertimbangkan untuk mencatat apa yang anda pelajari dari Mormon 2:10–15 dalam carta seperti ini:

Kesedihan Ilahi

Kesedihan Duniawi

Datang kepada Yesus (ayat 14)

Mengutuk Tuhan (ayat 14)

Bagaimanakah anda tahu jika kesedihan anda adalah ilahi atau duniawi? Jika anda alami kesedihan duniawi, bagaimana anda boleh mengubahnya kepada kesedihan ilahi?

Lihat juga 2 Korintus 7:8–11; Michelle D. Craig, “Ketidakpuasan Hati Ilahi,” Liahona, Nov. 2018, 52–55.

Mormon 3:3, 9

“Mereka tidak menyedari bahawa Tuhanlah yang telah membiarkan mereka hidup.”

Mormon memerhatikan bahawa bangsa Nefi tidak mengakui cara-cara Tuhan telah memberkati mereka. Semasa anda membaca Mormon 3:3, 9, anda boleh renungkan bagaimana anda mengakui pengaruh Tuhan dalam hidup anda. Apakah berkat yang akan datang apabila anda mengakui pengaruh-Nya? Apakah akibat-akibat tidak mengakui Dia? (lihat Mormon 2:26; Ajaran dan Perjanjian 59:21).

Mormon 5:8–24; 6:16–22

Yesus Kristus berdiri dengan tangan terbuka untuk menerima saya.

Jika anda pernah merasa kecewa tentang dosa-dosa anda sendiri, gambaran Mormon tentang Juruselamat berdiri “dengan tangan terbuka untuk menerimamu” boleh memberi jaminan. Semasa anda membaca Mormon 5:8–24 dan 6:16–22, apakah yang anda pelajari tentang perasaan Bapa Syurgawi dan Yesus terhadap anda, bahkan ketika anda berdosa? Bagaimanakah anda rasa Yesus Kristus sedang menjangkau kepada anda dengan tangan terbuka? Apakah yang anda terilham untuk lakukan sebagai hasilnya?

Lihat juga “Datang ke Yesus,” Nyanyian Rohani, no. 40.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Mormon 1:1–3; 2:1, 23–24; 3:1–3, 12, 17–22

Seperti Mormon, saya boleh mengikuti Yesus.

  • Kerana Mormon masih muda ketika dia mengembangkan imannya kepada Kristus, dia boleh mengilhami anak-anak anda. Mungkin anda boleh membaca Mormon 1:1–3 dan anak-anak anda boleh mendengar berapa umur Mormon ketika Amaron memberinya misi istimewa. Anda juga boleh bantu mereka mencari dalam ayat-ayat ini kualiti yang Amaron lihat pada Mormon. Bagaimanakah kualiti ini membantu kita mengikuti Yesus Kristus?

    Imej
    Mormon sebagai anak muda

    Mormon, Age 10 [Mormon, Umur 10], oleh Scott M. Snow

  • Kerana Mormon mengikuti Yesus Kristus, dia diberi peluang untuk melayani dan memberkati orang lain. Anda boleh menjemput anak-anak anda untuk membaca satu atau beberapa ayat berikut dan bantu mereka berkongsi apa yang mereka pelajari tentang Mormon: Mormon 1:1–3; 2:1, 23–24; dan 3:1–3, 12, 20–22 (lihat juga “Bab 49: Mormon dan Ajaran-ajarannya,” Cerita-cerita Kitab Mormon, 138–42). Bagaimanakah dia mengikuti Yesus Kristus? Bagaimanakah imannya kepada Yesus Kristus membantu atau memberkati orang lain? Bagaimanakah iman kita dapat membantu orang yang kita kenali?

Mormon 2:8–15

Kesedihan ilahi membimbing saya kepada Kristus dan kepada perubahan kekal.

  • Mungkin anda boleh membuat carta seperti dalam “Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja” untuk membantu anak-anak anda fahami perbezaan antara kesedihan duniawi dan ilahi semasa mereka membaca Mormon 2:8, 10–15. Kemudian mereka juga boleh menyelidiki Mormon 2:12 untuk mencari sebab-sebab mengapa pertaubatan harus membuat “hati [kita] … bergembira.” Bagaimanakah kita dapat pastikan bahawa kesedihan dosa kita membimbing kita mencari bantuan Tuhan untuk berubah?

Mormon 3:3, 9

Bapa Syurgawi memberi saya banyak berkat.

  • Jemput anak-anak anda untuk senaraikan (atau melukis gambar) beberapa hal yang mereka syukuri adalah cara yang baik untuk bantu mereka bersyukur kepada Tuhan. Selepas mereka membuat senarai, anda boleh membaca Mormon 3:3, 9 dan jelaskan bahawa Bapa Syurgawi juga telah memberkati bangsa Nefi, tetapi mereka tidak mengenalinya. Apakah yang kita boleh lakukan untuk menunjukkan kesyukuran kepada Bapa Syurgawi bagi berkat-berkat kita?

Mormon 3:12

Bapa Syurgawi mahu saya mengasihi semua orang.

  • Walaupun bangsa Nefi jahat, Mormon tidak pernah berhenti mengasihi mereka. Bantu anak-anak anda mencari perkataan “mengasihi” dan “kasih” dalam Mormon 3:12. Anda juga boleh nyanyikan satu lagu bersama tentang mengasihi orang lain, seperti “Kasihilah Sesama” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 39), sambil menunjukkan gambar kanak-kanak dari seluruh dunia. Bersaksi tentang kasih Tuhan kepada semua anak-Nya.

Imej
kepingan-kepingan emas

Kitab Mormon ditulis “agar kamu dapat mempercayai Injil Yesus Kristus” (Mormon 3:21).