Ikutlah Aku 2024
9–15 September: “Khabar Gembira Tentang Kebahagiaan yang Besar.” Helaman 13–16


“9–15 September: ‘Khabar Gembira Tentang Kebahagiaan yang Besar.’ Helaman 13–16,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“9–15 September. Helaman 13–16,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Imej
Samuel si bangsa Laman mengajar di atas tembok

Samuel the Lamanite on the Wall [Samuel Si Bangsa Laman di atas Tembok], oleh Arnold Friberg

9–15 September: “Khabar Gembira Tentang Kebahagiaan yang Besar”

Helaman 13–16

Kali pertama Samuel si bangsa Laman cuba berkongsi “khabar gembira” di Zarahemla (Helaman 13:7), dia ditolak dan diusir oleh bangsa Nefi yang keras hati. Anda boleh katakan ia seolah-olahnya mereka telah membina tembok yang tidak dapat ditembusi di hati mereka yang menghalang mereka dari menerima pesanan Samuel. Samuel memahami kepentingan pesanan yang dia berikan dan dia tunjukkan iman dengan mematuhi perintah Tuhan “bahawa dia seharusnya kembali lagi, dan bernubuat” (Helaman 13:3). Seperti Samuel, kita semua hadapi dinding semasa kita “persiapkan jalan Tuhan” (Helaman 14:9) dan berusaha untuk mengikuti nabi-Nya. Dan seperti Samuel, kita juga bersaksi tentang Yesus Kristus, “yang pasti akan datang,” dan menjemput semua untuk “percaya kepada nama-Nya” (Helaman 13:6; 14:13). Tidak semua orang akan mendengar, dan ada juga yang mungkin menentang kita secara aktif. Tetapi orang yang percaya pada pesanan ini dengan iman kepada Kristus mendapati bahawa ia benar-benar pesanan “khabar gembira tentang kebahagiaan yang besar” (Helaman 16:14).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Helaman 13

Tuhan memberi amaran melalui para nabi-Nya.

Dalam tulisan suci, para nabi kadang kala dibandingkan dengan penjaga di atas tembok atau menara yang memberi amaran bahaya (lihat Yesaya 62:6; Yehezkiel 33:1–7). Semasa anda mengkaji kata-kata Samuel dalam Helaman 13, pertimbangkan bagaimana dia seperti seorang penjaga untuk anda. Apakah yang dia katakan yang kelihatan berkaitan dengan zaman kita? (lihat terutamanya ayat 8, 21–22, 26–29, 31, dan 38). Contohnya, apakah yang Samuel ajarkan tentang pertaubatan? tentang kerendahan hati dan kekayaan? tentang mencari kegembiraan “dalam melakukan kederhakaan”?

Anda juga boleh mencari amaran serupa dalam pesanan persidangan baru-baru ini yang Tuhan telah berikan melalui para nabi moden. Apakah yang anda terilham untuk lakukan tentang amaran-amaran ini?

Cari pola. Pola adalah pelan atau model yang boleh digunakan sebagai panduan untuk mencapai sesuatu tugas. Dalam tulisan suci, kita mencari pola yang menunjukkan bagaimana Tuhan melakukan kerja-Nya, seperti menghantar hamba-Nya untuk memberi amaran kepada orang ramai.

Imej
keluarga menonton persidangan umum

Semasa kita mendengar para nabi, mereka akan mengarahkan kepada Yesus Kristus

Helaman 13–15

Imej
seminary icon
Tuhan menjemput saya untuk bertaubat.

Amaran Samuel tentang penghakiman Tuhan secara konsisten termasuk jemputan yang penuh belas kasihan untuk bertaubat. Carilah jemputan ini di seluruh Helaman 13–15 (lihat terutamanya Helaman 13:6–11; 14:15–19; 15:7–8). Apakah yang anda pelajari dari ayat-ayat ini tentang pertaubatan? Sesetengah orang melihat pertaubatan sebagai hukuman yang keras—sesuatu yang harus dielakkan. Pada pendapat anda, bagaimana Samuel mahu bangsa Nefi melihat pertaubatan?

Untuk mendalamkan pengkajian anda, anda boleh membaca pesanan Presiden Russell M. Nelson “Kita Boleh Melakukan Lebih Baik dan Menjadi Lebih Baik” (Liahona, Mei 2019, 67). Bagaimanakah dia mentakrifkan pertaubatan? Apakah berkat pertaubatan ikhlas yang anda temui dalam pesanannya? Anda juga boleh mencari hal-hal tertentu yang nabi jemput kita untuk ubah. Apakah yang Roh Kudus beritahu anda bahawa anda perlu berubah? Pertimbangkan untuk menulis wahyu peribadi yang anda terima.

Bagaimanakah pertaubatan berbeza daripada hanya mengubah tingkah laku anda? Mengapakah ia penting untuk menerima jemputan Tuhan untuk bertaubat? Semasa anda merenungkan ini, pertimbangkan untuk menyanyi atau mendengar lagu rohani yang mengungkapkan jemputan ini, seperti “Sungguh Baik P’rintah-Nya” (Nyanyian Rohani, no. 44).

Lihat juga “Yesus Kristus Akan Membantu Anda,” Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan, 6–9.

Helaman 14; 16:13–23

Tuhan menghantar tanda-tanda dan keajaiban untuk bersaksi tentang kelahiran dan kematian Juruselamat.

Dalam Helaman 14, Samuel menjelaskan bahawa Tuhan menyediakan tanda-tanda kelahiran dan kematian Juruselamat supaya orang ramai “boleh mengetahui … kedatangan-Nya” dan “percaya pada nama-Nya” (Helaman 14:12). Semasa anda mengkaji Helaman 14, perhatikan tanda-tanda kelahiran Juruselamat dalam ayat 1–8 dan tanda kematian-Nya dalam ayat 20–28. Mengapakah tanda-tanda ini akan menjadi cara yang berkesan untuk menandakan kelahiran dan kematian Yesus Kristus?

Tanda-tanda lain yang lebih peribadi dan kurang dramatik dapat membantu anda “percaya pada nama [Juruselamat].” Apakah yang Dia telah lakukan untuk menguatkan kepercayaan anda kepada-Nya?

Apakah peringatan yang diberikan mengenai tanda-tanda dalam Helaman 16:13–23? Bagaimanakah anda dapat mengelakkan sikap orang yang digambarkan dalam ayat-ayat ini?

Lihat juga Alma 30:43–52; Ronald A. Rasband, “Dengan Rancangan Ilahi,” Liahona, Nov. 2017, 55–57.

Helaman 15:3

Teguran Tuhan adalah tanda kasih-Nya.

Kata-kata Samuel mengandungi banyak teguran keras, tetapi Helaman 15:3 memberi perspektif unik tentang teguran Tuhan. Bagaimanakah teguran Tuhan boleh menjadi tanda kasih-Nya? Apakah bukti yang anda lihat tentang kasih dan belas kasihan Tuhan dalam nubuat dan amaran Samuel?

Pertimbangkan untuk mengkaji pesanan Elder D. Todd Christofferson “Aku Menegur dan Menghukum Orang yang Aku Kasihi” (Liahona, Mei 2011, 97–100), carilah tiga tujuan teguran ilahi. Bilakah anda pernah melihat Tuhan bekerja dengan cara-cara ini dalam kehidupan anda?

Helaman 16

Nabi mengarahkan saya kepada Yesus Kristus.

Dalam Helaman 16, apakah yang anda pelajari daripada mereka yang menerima ajaran Samuel? Apakah yang anda pelajari daripada mereka yang menolaknya? Fikirkan bagaimana mengikuti nabi hidup telah membantu anda mendekati Yesus Kristus.

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Helaman 13:2–5

Tuhan boleh berbicara kepada saya dalam hati saya.

  • Bagaimanakah anda boleh mengajar anak-anak anda bahawa Tuhan boleh berbicara kepada hati kita, seperti yang Dia lakukan untuk Samuel? Mungkin anda boleh minta mereka tunjukkan anda pelbagai cara untuk berkomunikasi tanpa perkataan (seperti gerak isyarat atau ekspresi muka). Ini boleh membawa kepada perbincangan tentang pelbagai cara Bapa Syurgawi berkomunikasi dengan kita. Sebahagian dari perbincangan ini, anda dan anak-anak anda boleh melihat gambar Samuel si bangsa Laman (panduan ini ada dua) dan membaca Helaman 13:2–5 semasa anak-anak anda mendengar bagaimana Tuhan memberitahu Samuel apa yang harus dikatakan.

  • Ramai kita—terutamanya kanak-kanak—memerlukan bantuan untuk mengenali bagaimana dan bila Tuhan berbicara kepada kita. Beritahu anak-anak anda tentang masa ketika Roh Kudus membantu anda tahu di dalam hati anda apa yang Tuhan mahu anda lakukan atau katakan. Jelaskan bagaimana anda tahu bahawa Tuhan sedang berkomunikasi dengan anda. Anak-anak anda boleh berkongsi pengalaman serupa yang mereka ada.

Helaman 14:2–7, 20–25

Para nabi mengajar tentang Yesus Kristus.

  • Anda boleh kongsi “Bab 40: Samuel si bangsa Laman Berbicara tentang Yesus Kristus” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 111–113). Apakah yang Samuel ajarkan tentang Juruselamat? Mungkin anda juga boleh berkongsi apa yang para nabi moden ajarkan tentang Dia. Bagaimanakah kata-kata mereka membina iman kita kepada-Nya?

Helaman 16:1–6

Saya diberkati apabila saya mengikuti nabi.

  • Anda boleh membina kepercayaan anak-anak anda kepada nabi dengan menunjukkan mereka contoh-contoh orang yang beriman. Sebahagian ini terdapat dalam Helaman 16:1, 5. Semasa anda membaca, anak-anak anda boleh berdiri apabila mereka mendengar sesuatu yang orang ramai lakukan ketika mereka mempercayai kata-kata Samuel. Kemudian, semasa anda membaca ayat 2 dan 6, anak-anak boleh duduk apabila mendengar sesuatu yang orang ramai lakukan ketika mereka tidak percaya. Bagaimanakah kita dapat tunjukkan kita percaya kata-kata nabi yang hidup? Beritahu anak-anak bagaimana anda diberkati semasa anda mengikuti nasihat Tuhan melalui para nabi-Nya.

Imej
Samuel si bangsa Laman

Samuel the Lamanite [Samuel si bangsa Laman], oleh Lester Yocum.