Ikutlah Aku 2024
16–22 September: “Angkatlah Kepalamu dan Cerialah.” 3 Nefi 1–7


“16–22 September: ‘Angkatlah Kepalamu dan Cerialah.’ 3 Nefi 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2023)

“16–22 September. 3 Nefi 1–7,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2023)

Imej
Bangsa Nefi melihat hari tanpa malam

One Day, One Night, and One Day [Satu Siang, Satu Malam, dan Satu Siang], oleh Jorge Cocco

16–22 September: “Angkatlah Kepalamu dan Cerialah”

3 Nefi 1–7

Dalam beberapa cara, inilah masa menarik untuk menjadi orang yang percaya kepada Yesus Kristus. Nubuat telah dipenuhi—tanda-tanda dan mukjizat yang hebat di kalangan orang ramai menunjukkan bahawa Juruselamat akan segera dilahirkan. Sebaliknya, ia juga merupakan masa cemas untuk orang yang percaya kerana, walaupun semua mukjizat ini berlaku, orang yang tidak percaya menegaskan “waktunya telah berlalu” untuk Juruselamat dilahirkan (3 Nefi 1:5). Orang-orang ini menyebabkan “suatu kekecohan yang besar di seluruh negeri” (3 Nefi 1:7) dan juga menetapkan tarikh untuk membunuh semua orang yang percaya jika tanda nubuat Samuel, si bangsa Laman—malam tanpa kegelapan—tidak muncul.

Dalam keadaan yang penuh cabaran ini, nabi Nefi “berseru dengan amat kuat kepada Tuhannya bagi pihak bangsanya” (3 Nefi 1:11). Jawapan Tuhan mengilhami sesiapa yang menghadapi penganiayaan atau keraguan dan perlu tahu cahaya akan mengatasi kegelapan: “Angkatlah kepalamu dan cerialah; … Aku akan menggenapi segala yang telah Aku suruh untuk diucapkan melalui mulut para nabi kudus-Ku” (3 Nefi 1:13).

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

3 Nefi 1–7

Menjadi bertukar hati kepada injil Yesus Kristus memerlukan kesabaran dan usaha.

3 Nefi 1–7 menggambarkan orang yang telah berpaling kepada Tuhan dan yang lain tidak. Apakah yang membezakan kumpulan-kumpulan ini? Carta seperti berikut boleh membantu anda menyusun fikiran anda:

Hal-hal yang melemahkan penukaran hati

Hal-hal yang menguatkan penukaran hati

3 Nefi 1:5–11

Tidak mempercayai kata-kata nabi dan mengejek orang soleh

Beriman dalam kata-kata nabi dan berdoa untuk bantuan

3 Nefi 1:29–30

3 Nefi 2:1–3

3 Nefi 3:12–16

3 Nefi 4:8–10, 30–33

3 Nefi 6:13–18

3 Nefi 7:15–22

Tanya soalan peribadi semasa anda mengkaji. Contohnya, semasa melengkapkan carta ini, anda boleh tanya soalan seperti “Apakah pengajaran untuk saya di sini?” Ini akan membawa ilham daripada Roh Kudus.

3 Nefi 1:1–23

Imej
seminary icon
Kerana Yesus Kristus, saya boleh menjadi “ceria.”

Bapa Syurgawi anda tahu bahawa kehidupan anda akan termasuk saat-saat yang susah, bahkan menakutkan. Tetapi Dia juga mahu anda mengalami kebahagiaan. Baca 3 Nefi 1:1–23 untuk belajar tentang sebab-sebab bangsa Nefi yang beriman rasa takut. Apakah sebab-sebab yang Tuhan berikan kepada mereka untuk “cerialah”?

Juruselamat telah menggunakan frasa “cerialah” dalam beberapa peristiwa—contohnya, dalam Matius 14:24–27; Yohanes 16:33; Ajaran dan Perjanjian 61:36; 78:17–19. Apakah yang anda kagum tentang jemputan ini? Anda boleh membaca ayat-ayat di sekeliling untuk memahami keadaan di mana Juruselamat mengucapkan firman ini. Dalam setiap kes, apakah sebab-sebab yang Dia berikan untuk membantu orang menghadapi ketakutan mereka? Bagaimanakah dia melakukan ini untuk anda?

Pertimbangkan untuk mengkaji ucapan Presiden Russell M. Nelson “Kebahagiaan dan Penakatan Rohani” (Liahona, Nov. 2016, 81–84). Apakah yang Presiden Nelson ajarkan anda tentang mencari kegembiraan dalam apa jua situasi? Perhatikan berapa kali Presiden Nelson menggunakan perkataan fokus. Mungkin anda boleh membandingkan fokus kamera atau kanta lain dengan berfokus pada Yesus Kristus. Bagaimanakah anda akan lebih berfokus kepada-Nya?

3 Nefi 1:4–21; 5:1–3

Tuhan akan memenuhi semua firman-Nya dalam masa-Nya.

Baca 3 Nefi 1:4–7 dan fikirkan bagaimana perasaan anda jika anda salah seorang yang percaya. Apakah yang mereka lakukan untuk memastikan iman mereka kuat? (lihat 3 Nefi 1:4–21 dan 5:1–3). Bagaimanakah kata-kata Samuel digenapi? (lihat 3 Nefi 1:19–21). Bagaimanakah Tuhan telah memenuhi firman-Nya dalam hidup anda?

3 Nefi 1:4–15; 5:12–26; 6:10–15; 7:15–26

Saya adalah pengikut Yesus Kristus.

Mormon mengisytiharkan, “Lihatlah, Aku adalah pengikut Yesus Kristus” (3 Nefi 5:13). Apakah maksud frasa ini kepada anda? Pertimbangkan untuk menyelidiki 3 Nefi 1:4–15; 5:12–26; 6:10–15; dan 7:15–26, mencari kualiti, kepercayaan, dan tindakan para pengikut Kristus.

Lihat juga “Aku Mau Jadi Seperti Yesus,” Buku Nyanyian Anak-Anak, 40.

3 Nefi 2:11–12; 3:1–26

Apabila saya beriman kepada Yesus Kristus, saya tidak perlu takut.

Pengalaman bangsa Nefi dengan kumpulan perompak mungkin mengandungi pengajaran yang dapat membantu anda dengan bahaya rohani yang anda hadapi. Cari pengajaran ini dalam 3 Nefi 2:11–12 dan 3:1–26. Contohnya, anda boleh menyelidiki kata-kata Gidianhi dalam 3 Nefi 3:2–10 dan bandingkan dengan cara Setan cuba untuk memperdayakan anda. Apakah yang anda pelajari dari teladan Lakoneus?

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

3 Nefi 1:4–15, 19–21

Bintang baru muncul ketika Yesus Kristus dilahirkan.

  • Halaman aktiviti minggu ini dapat membantu anak-anak anda belajar tentang mukjizat-mukjizat yang bangsa Nefi saksikan ketika Yesus dilahirkan. Anda juga boleh menggunakan “Bab 41: Tanda-tanda Kelahiran Kristus” (Cerita-cerita Kitab Mormon, 114–16) untuk mengajar mereka cerita ini—atau untuk membantu mereka menceritakannya.

3 Nefi 1:4–21

Firman para nabi selalu digenapkan.

  • Semasa anda dan anak-anak anda membaca 3 Nefi 1:4–10, jemput mereka untuk bercakap tentang bagaimana perasaannya untuk menjadi salah seorang yang percaya pada masa itu. Kemudian, semasa mereka membaca seluruh laporan dalam ayat 11–15, mereka boleh mencadangkan cara-cara untuk melengkapkan ayat ini: “Pengajaran cerita ini bagi saya adalah …”

  • Mungkin anak-anak anda boleh fikirkan masa-masa lain ketika Tuhan memenuhi janji-janji-Nya yang diberikan melalui nabi-Nya. Mereka boleh mencari gambar cerita-cerita ini dalam Buku Seni Injil (lihat, contohnya, no. 7–8 dan 81). Minta mereka berkongsi apa yang mereka tahu tentang cerita-cerita ini, termasuk bagaimana janji-janji Tuhan digenapi. Baca bersama 3 Nefi 1:20, dan berkongsi kesaksian anda sendiri tentang kebenaran-kebenaran ini.

3 Nefi 2:11–12; 3:13–14, 24–26

Kita lebih kuat apabila kita berkumpul bersama.

  • Bantu anak-anak anda tahu mengapa bangsa Nefi berkumpul bersama dan berkat-berkat yang datang kepada mereka dalam 3 Nefi 2:11–12 dan 3:13–14, 24–26. Mengapakah ia penting bagi kita untuk berkumpul dengan keluarga kita dan di gereja zaman ini?

  • Tahukah anda tentang pelajaran berobjek yang mengajar tentang kekuatan perpaduan? Mungkin anak-anak anda boleh cuba mematahkan satu kayu dan kemudian satu ikat kayu atau mengoyak satu keping kertas dan kemudian satu timbunan kertas. Bagaimanakah kita seperti kayu atau kertas itu?

3 Nefi 5:12–26; 6:14; 7:15–26

Aku adalah pengikut Yesus Kristus.

  • Selepas membaca 3 Nefi 5:13, jemput anak-anak anda untuk mengulangi frasa “Aku adalah pengikut Yesus Kristus.” Untuk belajar maksud menjadi pengikut Yesus Kristus, baca bersama beberapa contoh ini: bangsa Laman yang bertukar hati (lihat 3 Nefi 6:14), Mormon (lihat 3 Nefi 5:12–26), dan Nefi (lihat 3 Nefi 7:15–26). Anda juga boleh mencari idea dalam lagu seperti “Ku Mau Jadi Seperti Yesus” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 40).

  • Di atas kertas, bantu anak-anak anda melukis tangan mereka dan gunting lukisan itu. Tulis “Aku adalah pengikut Yesus Kristus” pada depannya, dan jemput mereka untuk melukis sesuatu yang boleh mereka lakukan untuk menjadi pengikut pada belakangnya.

Imej
Bangsa Nefi melihat siang tanpa malam

A Day, a Night, and a Day [Satu Siang, Satu Malam, dan Satu Siang], oleh Walter Rane.