Ikutlah Aku 2024
17–23 Jun: “Yesus Kristus Akan Datang Untuk Menebus Umat-Nya.” Alma 8–12


“17–23 Jun: ‘Yesus Kristus Akan Datang untuk Menebus Umat-Nya.’ Alma 8–12,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“17–23 Jun. Alma 8–12,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

Imej
Alma sedang berkhutbah

Teaching True Doctrine [Mengajar Ajaran Benar], oleh Michael T. Malm

17–23 Jun: Yesus Kristus Akan Datang untuk Menebus Umat-Nya

Alma 8–12

Pekerjaan Tuhan tidak akan gagal. Tetapi usaha kita untuk membantu dalam pekerjaan-Nya kadangkala kelihatan gagal—mungkin kita tidak dapat segera melihat hasil yang diharapkan. Kita mungkin berasa sedikit seperti Alma apabila dia mengkhutbahkan injil di Amoniha—ditolak, diludah dan diusir. Namun ketika malaikat mengarahkan dia untuk kembali dan cuba lagi, Alma “cepat kembali” (Alma 8:18), dan Tuhan menyediakan sebuah jalan bagi dia. Bukan saja Tuhan menyediakan Alma makanan dan tempat tinggal, tetapi Dia juga menyediakan Amulek, seorang pembela injil yang berani dan rakan yang setia. Apabila kita menghadapi rintangan dan kekecewaan semasa melayani dalam kerajaan Tuhan, kita boleh ingat bagaimana Tuhan telah menyokong dan memimpin Alma, dan kita boleh percaya Tuhan akan menyokong dan memimpin kita juga, walaupun dalam keadaan yang susah.

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Alma 8

Imej
ikon seminari
Usaha saya untuk berkongsi injil Yesus Kristus memerlukan kesabaran.

Pernahkah anda cuba untuk berkongsi injil Yesus Kristus dengan seseorang, tetapi jemputan anda ditolak? Alma juga mengalaminya. Apakah yang anda pelajari daripada dia dalam Alma 8:13–16 tentang berkongsi injil walaupun menghadapi cabaran dan pertentangan? Teruskan membaca dalam ayat 17–32 dan cari frasa yang mengilhami anda untuk terus berkongsi injil, walaupun kelihatan tidak berjaya.

Para nabi dan rasul adalah saksi istimewa Kristus, jadi mereka ada banyak nasihat penuh ilham untuk dikongsi berkenaan bersaksi tentang Dia. Lihat apa yang Elder Dieter F. Uchtdorf katakan dalam “Tetapi Bagaimanakah Jika Ia Susah?” (bahagian dalam “Kerja Penginjil: Kongsilah Apa Dalam Hati Anda,” Liahona, Mei 2019, 18) atau apa yang Elder Gary E. Stevenson kongsi dalam “Kasih, Kongsi, Jemput,” (Liahona, Mei 2022, 84–87). Apakah yang anda temui di sana yang boleh membantu seseorang yang mula berasa kecewa tentang berkongsi injil?

Bagaimanakah anda akan meringkaskan semua yang anda telah pelajari di sini ke dalam satu atau dua penyataan yang menggalakkan tentang berkongsi injil? Pertimbangkan untuk membuat poster atau meme yang boleh mengilhami anda (dan orang lain) untuk terus mencuba.

Lihat juga “Tolong ‘Ku untuk Mengajar,” Nyanyian Rohani, no. 131.

Alma 9:14–23

Berkat-berkat Tuhan datang dengan tanggungjawab yang besar.

Ketika membaca tentang cara bangsa Nefi di Amoniha melayani hamba Tuhan, agak mudah untuk lupa bahawa mereka pernah menjalani injil dan merupakan “umat yang begitu berkenan bagi Tuhan” (Alma 9:20). Semasa anda membaca tentang berkat besar yang Tuhan telah berikan kepada orang Nefi (terutamanya lihat Alma 9:14–23), renungkan berkat besar yang Dia telah berikan kepada anda. Apakah tanggungjawab yang datang dengan berkat-berkat ini? Apakah yang anda lakukan untuk kekal setia dengan tanggungjawab ini?

Lihat juga Ajaran dan Perjanjian 50:24; 82:3; 93:39.

Alma 11–12

Rancangan Tuhan adalah rancangan penebusan.

Dalam Alma 11–12, Alma dan Amulek merujuk rancangan Tuhan sebagai rancangan penebusan. Semasa anda membaca bab ini, fikirkan kenapa perkataan penebusan digunakan untuk menjelaskan rancangan Tuhan? Pertimbangkan untuk menulis ringkasan pendek tentang apa yang Alma dan Amulek ajarkan mengenai aspek rancangan berikut:

  • Kejatuhan

  • Penebus

  • Pertaubatan

  • Kematian

  • Kebangkitan

  • Penghakiman

Perhatikan kesan kata-kata Amulek terhadap orang-orang itu (lihat Alma 11:46). Bagaimanakah mengetahui tentang rancangan Tuhan mempengaruhi anda?

Lihat juga Dallin H. Oaks, “Rancangan Agung,” Liahona, Mei 2020, 93–96.

Alma 12:8–18

Jika saya tidak mengeraskan hati saya, saya dapat menerima firman Tuhan dengan lebih banyak.

Sesetengah orang mungkin tertanya-tanya mengapa Bapa Syurgawi tidak mengungkapkan segalanya kepada kita. Dalam Alma 12:9–14, Alma menjelaskan satu sebab yang mungkin. Soalan-soalan ini boleh membantu anda fikirkan apa yang dia telah ajarkan:

  • Apakah yang maksud mengeraskan hati anda? Apakah hasil memiliki hati yang keras? (lihat juga Alma 8:9–11; 9:5, 30–31; dan 10:6, 25).

  • Apakah yang anda boleh lakukan untuk memalingkan hati anda kepada Tuhan? (lihat Yeremia 24:7; Alma 16:16; Helaman 3:35).

  • Apakah yang anda boleh lakukan untuk pastikan firman Tuhan “didapati dalam diri [anda]”? (Alma 12:13). Ketika anda ada firman Tuhan dalam diri anda, apakah kesannya ke atas “perkataan,” “pekerjaan,” dan “fikiran” anda? (Alma 12:14).

Apakah yang pengalaman Amulek ajarkan anda tentang berkat-berkat memiliki hati yang lembut? (lihat Alma 10:1–11).

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Alma 8–10

Saya boleh berkongsi injil Yesus Kristus.

  • Halaman aktiviti minggu ini boleh membantu anda meringkaskan peristiwa-peristiwa dalam Alma 8–10 untuk anak-anak anda. Anda boleh bantu mereka mencari asas-asas yang menjadikan Alma dan Amulek misionari yang baik. Contohnya, mereka tidak berputus asa (lihat Alma 8:8–13), mereka bersaksi tentang Kristus (lihat Alma 9:26–27) dan mereka bekerjasama (lihat Alma 10:12).

  • Lagu tentang pekerjaan misionari, seperti “Ku Ingin Jadi Misi Sekarang” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 90) boleh memberi anak-anak anda idea tentang cara-cara untuk berkongsi injil dengan kawan-kawan mereka. Jemput mereka untuk menyenaraikan idea yang mereka temui dan orang yang boleh mereka berkongsi Injil. Anda boleh minta mereka lakon peranan apa yang mereka boleh katakan atau lakukan.

Galakkan penyertaan. Dalam persediaan mengajar, daripada merancang hal untuk dikatakan, tanya diri anda, “Apakah yang kanak-kanak akan lakukan untuk belajar?” Kanak-kanak akan belajar dengan lebih baik dan ingat lebih lama apabila mereka terlibat secara aktif.

Alma 11–12

Rancangan Tuhan adalah rancangan penebusan.

  • Mungkin anak-anak anda boleh melukis gambar yang mewakili asas-asas rancangan penebusan, seperti Kejatuhan Adam dan Hawa, Korban tebusan Yesus Kristus, pertaubatan, kematian, kebangkitan dan penghakiman. Kemudian anda boleh bantu mereka padankan lukisan mereka dengan ayat-ayat dalam Alma 11–12 yang mengajar tentang asas-asas ini.

Alma 8:18–22

Saya boleh menjadi seorang kawan yang baik.

  • Anda boleh menjemput seorang anak untuk berpura-pura menjadi Amulek dan seorang lagi berpura-pura menjadi Alma semasa anda menceritakan Alma 8:18–22. Bagaimanakah Amulek seorang kawan yang baik kepada Alma? Kemudian anak-anak anda boleh berkongsi bagaimana seseorang telah menjadi kawan mereka dan apakah perasaan mereka tentang pengalaman itu.

  • Mungkin anda boleh membuat teka-teki persahabatan: cari atau lukis gambar yang mewakili persahabatan dan potong menjadi kepingan teka-teki. Di belakang setiap bahagian, tuliskan sesuatu yang kita boleh lakukan untuk menjadi kawan yang baik, termasuk hal-hal yang Alma dan Amulek lakukan. Anak-anak anda boleh bergilir memilih sekeping dan menambahnya pada teka-teki semasa anda membaca apa yang tertulis di belakang. Siapa yang perlukan persahabatan kita?

Imej
dua kanak-kanak perempuan sedang ketawa

Kita boleh menjadi kawan yang baik kepada orang lain.

Alma 11:43–44

Kerana Yesus Kristus, saya akan dibangkitkan.

  • Pertimbangkan pelajaran berobjek seperti ini untuk mengajar tentang Kebangkitan: tangan anda boleh mewakili roh anda dan sarung tangan boleh mewakili tubuh anda. Keluarkan tangan anda dari sarung tangan untuk menunjukkan bahawa roh dan tubuh kita akan dipisahkan semasa kematian. Kemudian masukkan semula tangan anda ke dalam sarung tangan untuk tunjukkan roh dan tubuh kita akan bersatu semula ketika Kebangkitan. Minta anak anda bergilir memakai sarung tangan dan menanggalkannya semasa anda membaca Alma 11:43. Paparkan gambar Juruselamat yang telah bangkit (lihat Buku Seni Injil, no. 59) dan bersaksi bahawa Yesus Kristus membolehkan semua orang dibangkitkan.

Imej
Alma makan bersama Amulek

Ilustrasi Alma makan bersama Amulek, oleh Dan Burr