Ikutlah Aku 2024
13–19 Mei: “Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan.” Mosia 11–17


“13–19 Mei: ‘Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan.’ Mosia 11–17,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: Kitab Mormon 2024 (2024)

“13–19 Mei. Mosia 11–17,” Ikutlah Aku—Untuk Rumah dan Gereja: 2024 (2024)

Imej
Abinadi bersaksi kepada Raja Nuh

Abinadi before King Noah [Abinadi Menghadap Raja Nuh], oleh Andrew Bosley

13–19 Mei: “Cahaya … Yang Tidak Akan Dapat Digelapkan”

Mosia 11–17

Api yang besar boleh bermula dengan satu percikan kecil. Abinadi hanyalah seorang lelaki yang bersaksi kepada seorang raja yang berkuasa dan istananya. Kata-kata dia kebanyakannya ditolak, dan dia dihukum mati. Namun kesaksiannya tentang Yesus Kristus, yang merupakan “cahaya … yang tidak akan dapat digelapkan” (Mosia 16:9), mencetus sesuatu di hati seorang imam muda Alma. Dan ia membawa penukaran hati yang semakin berkembang semasa Alma membawa ramai orang lain untuk bertaubat dan percaya kepada Yesus Kristus. Api yang membunuh Abinadi akhirnya padam, tetapi api iman yang terhasil oleh kata-katanya mempunyai pengaruh yang berkekalan pada bangsa Nefi—dan pada orang yang membaca kata-katanya hari ini. Kebanyakkan kita mungkin tidak akan menghadapi apa yang Abinadi hadapi kerana kesaksian kita, tetapi ada masanya mengikuti Yesus Kristus menjadi satu ujian keberanian dan iman kita. Mengkaji kesaksian Abinadi akan membuat api kesaksian dan keberanian hati anda turut membara.

Idea-idea untuk Pembelajaran di Rumah dan di Gereja

Mosia 11–1317

Imej
ikon seminari
Saya boleh mempertahankan Yesus Kristus, walaupun saya berdiri sendirian.

Semasa anda mengkaji Mosia 11–13; 17, lihat gambar-gambar Abinadi dalam panduan ini. Apakah yang anda pelajari tentang berdiri sebagai saksi bagi Kristus? Khususnya, anda boleh menumpukan kajian anda pada petikan dan soalan seperti ini:

Bilakah anda rasa seperti anda berdiri sendirian dalam mempertahankan Juruselamat dan injil-Nya? Bagaimanakah Dia membantu anda merasakan Dia bersama anda? Semasa anda merenungkan ini, anda boleh membaca kisah Elisa dan hamba mudanya 2 Raja-Raja 6:14–17. Apakah yang mengilhami anda tentang laporan ini?

Anda juga boleh mencari halaman 31–33 dalam Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan untuk mencari frasa yang memberi anda keberanian untuk mempertahankan kebenaran. Atau anda boleh melakukan perkara yang sama dalam lirik lagu seperti “Hal yang Benar” atau “Mari Lakukan Cepat” (Nyanyian Rohani, no. 114, 113).

Bagaimanakah anda akan menerapkan apa yang anda pelajari daripada Abinadi? Apakah contoh lain yang anda boleh fikirkan?

Lihat juga Roma 1:16; 2 Timotius 1:7–8.

Ajar melalui Roh. “Pengajaran injil yang berkuasa memerlukan bukan sahaja menyediakan pelajaran tetapi menyediakan diri anda secara rohani [untuk] mendengar dan mengikuti bimbingan Roh semasa anda mengajar” (Teaching in the Savior’s Way, 17).

Mosia 12:19–37

Saya perlu gunakan hati untuk memahami firman Tuhan.

Para imam Raja Nuh biasa dengan firman Tuhan. Mereka boleh memetik petikan tulisan suci dan mendakwa mengajar perintah-perintah. Namun, kehidupan mereka tidak terpengaruh oleh injil Juruselamat. Mengapa begitu?

Fikirkan ini semasa anda membaca Mosia 12:19–37. Apakah maksud menggunakan hati anda untuk memahami firman Tuhan? Apakah perkataan atau frasa yang mengilhami anda untuk membuat perubahan dalam cara pembelajaran injil anda?

Mosia 13:11–26

Perintah Tuhan harus tertulis dalam hati saya.

Renungkan pemerhatian Abinadi bahawa perintah-perintah itu “tidak tertulis dalam hati” para imam (Mosia 13:11). Apakah maksud frasa ini? Semasa anda membaca Mosia 13:11–26, pertimbangkan sama ada perintah ini tertulis dalam hati anda.

Lihat juga Yeremia 31:31–34; 2 Korintus 3:3.

Mosia 14–15

Yesus Kristus telah menderita untuk saya.

Dalam Mosia 14–15, perhatikan kata-kata dan frasa yang menggambarkan Juruselamat dan apakah yang Dia deritai untuk anda. Ayat manakah yang membantu memperdalamkan kasih dan kesyukuran anda kepada-Nya?

Mosia 15:1–12

Bagaimanakah Yesus Kristus ialah Bapa dan Putera?

Abinadi mengajar bahawa Tuhan Putera—Yesus Kristus—akan menjadi Penebus (lihat Mosia 15:1), berdiam dalam daging, menjadi manusia dan Tuhan (ayat 2–3). Dia menundukkan Diri sepenuhnya kepada kehendak Tuhan Bapa (ayat 5–9). Kerana ini, Yesus Kristus merupakan Putera Tuhan dan wakil bumi yang sempurna untuk Tuhan Bapa (lihat Yohanes 14:6–10).

Yesus Kristus juga adalah Bapa bermaksud apabila kita menerima penebusan-Nya, kita menjadi “keturunan-Nya” dan “waris kerajaan Tuhan” (Mosia 15:11–12). Dalam kata lain, kita dilahirkan semula secara rohani melalui Dia (lihat Mosia 5:7).

Mengapakah anda rasa penting untuk tahu kebenaran tentang Bapa Syurgawi dan Yesus Kristus ini? Bagaimanakah kesaksian Abinadi menguatkan iman anda kepada Mereka?

Idea-idea untuk Mengajar Kanak-kanak

Mosia 11–1317

Saya boleh mempertahankan Yesus Kristus, walaupun saya berdiri sendirian.

  • Ada masa dalam kehidupan kita, kita semua menghadapi tekanan untuk membuat pilihan yang bertentangan dengan iman kepada Yesus Kristus. Apakah yang anak-anak anda pelajari daripada Abinadi tentang berdiri sebagai seorang saksi Yesus Kristus, walaupun ia tidak popular? Karya seni dalam panduan ini atau “Bab 14: Abinadi dan Raja Nuh” (dalam Cerita-Cerita Kitab Mormon, 38–42) boleh membantu mereka membayangkan laporan dalam Mosia 11–13; 17. Tanya apa yang mereka suka tentang Abinadi.

  • Anak-anak anda boleh melakonkan cerita Abinadi. Kemudian mereka boleh melakonkan senario kehidupan nyata untuk berlatih apa yang mereka lakukan boleh jika orang lain mahu mereka melakukan sesuatu yang salah. Atau mereka boleh berkongsi pengalaman ketika mereka berani dalam mengikuti Yesus Kristus. Bagaimanakah Abinadi mengikuti Yesus Kristus? (lihat Mosia 13:2–9; 17:7–10). Mengapakah Raja Nuh tidak melakukan apa yang dia tahu adalah betul? (lihat Mosia 17:11–12).

Mosia 12:33–36; 13:11–24

Saya harus mematuhi Sepuluh Perintah.

  • Para imam Raja Nuh tahu perintah-perintah itu tetapi ia tidak “tertulis dalam hati [mereka]” (Mosia 13:11). Bagaimanakah anda akan bantu anak-anak anda tahu perintah-perintah ini dan mengasihinya? Mungkin mereka boleh menulis perintah-perintah dari Mosia 12:33–36 dan 13:11–24 pada kepingan kertas yang berbentuk hati. Semasa mereka melakukannya, bercakap dengan mereka tentang maksud perintah-perintah ini dan bagaimana untuk mengikutinya. Bagaimanakah kita menulis perintah-perintah ini di dalam hati kita?

  • Anda juga boleh menyanyi bersama lagu tentang perintah, seperti “Patuhi P’rintah” (Buku Nyanyian Anak-Anak, 68). Apakah berkat yang datang dari mematuhi perintah-perintah itu?

Imej
Bapa dan anak sedang membaca kitab suci

Tulisan suci mengajar kita perintah-perintah Tuhan.

Mosia 14; 16:4–9

Bapa Syurgawi menghantar Yesus Kristus untuk memimpin saya kembali kepada-Nya.

  • Walaupun ia bab yang pendek, Mosia 14 ada beberapa perkataan dan frasa yang menggambarkan Yesus Kristus. Mungkin anda dan anak-anak anda boleh menyenaraikannya semasa anda membaca bab itu bersama-sama. Kemudian anda boleh bercakap tentang perasaan anda terhadap Juruselamat semasa anda mengkaji perkataan dan frasa ini.

  • Untuk mengajar tentang Yesus Kristus, Abinadi memetik nabi Yesaya, yang membandingkan kita dengan domba yang hilang. Mungkin anak-anak anda boleh berkongsi pengalaman apabila mereka kehilangan sesuatu atau diri mereka tersesat. Bagaimanakah perasaan mereka? Apakah yang mereka lakukan? Kemudian anda boleh membaca Mosia 14:6 dan 16:4–9 bersama. Bagaimanakah kita seperti domba yang tersesat daripada Tuhan? Bagaimanakah Yesus Kristus membantu kita kembali?

Imej
Abinadi bersaksi kepada Raja Nuh

His Face Shone with Exceeding Luster [Mukanya Bersinar dengan Kilauan yang Luar Biasa], oleh Jeremy Winborg