Remaja
Kebenaran akan membebaskan anda


“Kebenaran akan membebaskan anda”, Untuk Kekuatan Remaja: Panduan untuk Membuat Pilihan (2022)

“Kebenaran akan membebaskan anda”, Untuk Kekuatan Remaja

Imej
Lukisan seorang remaja puteri memegang lilin dan memandang ke arah langit.

Kebenaran akan membebaskan anda

Yohanes 8:32

Bapa Syurgawi anda ialah Tuhan kebenaran. Dia mengetahui segala-galanya. Semua kebenaran datang daripada-Nya dan membawa kepada-Nya. Anda menunjukkan bahawa anda menghargai kebenaran apabila anda belajar, mengamalkan kesempurnaan akhlak dan mempertahankan dengan berani perkara yang anda tahu adalah benar—walaupun anda perlu melakukannya sendirian.

Imej
Seorang remaja putera tersenyum riang.

Kebenaran abadi

Bapa Syurgawi mahu anak perempuan dan anak lelaki-Nya agar sentiasa belajar. Anda mempunyai sebab duniawi dan rohani untuk menimba pengetahuan dan gemar belajar. Pendidikan bukan hanya untuk mencari nafkah. Ia sebahagian daripada matlamat abadi anda untuk menjadi lebih seperti Bapa Syurgawi.

Mengamalkan kesempurnaan akhlak bermaksud bahawa anda mengasihi kebenaran dengan sepenuh hati—lebih daripada anda menyayangi keselesaan peribadi, populariti atau kemudahan. Ini bermaksud melakukan perkara yang betul kerana ia adalah betul.

Anda mempunyai sesuatu yang berharga untuk dikongsi. Injil Yesus Kristus mempunyai jawapan kepada soalan-soalan tentang hidup. Ini ialah jalan menuju ke arah kedamaian dan kebahagiaan. Anda mungkin tidak tahu segalanya, tetapi anda mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk membantu orang lain memahami dan menghargai asas abadi yang benar.

Jemputan

Sentiasa belajar. Cari peluang untuk mengembangkan minda dan kemahiran anda. Peluang ini boleh termasuk pendidikan formal di sekolah atau latihan vokasional dan juga pembelajaran tidak formal daripada sumber yang anda percaya. Libatkan Tuhan dalam usaha anda dan Dia akan membimbing anda. Sambil anda belajar tentang dunia di sekeliling anda, belajar juga tentang Juruselamat, yang mencipta dunia. Kaji tentang kehidupan dan ajaran-Nya. Jadikan seminari, institut dan pengkajian injil peribadi sebahagian daripada pembelajaran sepanjang hidup anda.

Kasihi kebenaran dengan begitu mendalam sehingga anda sama sekali tidak mahu mencuri, berbohong, menipu atau memperdaya dalam apa jua cara—di sekolah, di tempat kerja, dalam talian, di mana-mana sahaja. Jadilah pengikut Yesus Kristus beriman yang sama di tempat awam dan secara peribadi.

Jadilah teladan kepada orang lain. Biarkan kata-kata dan tindakan anda mencerminkan keimanan anda terhadap Yesus Kristus. Bersedia sekarang demi peluang masa akan datang untuk berkongsi injil-Nya yang mulia, sebagai misionari dan sepanjang hidup anda. Selain itu, bersedia untuk memberitahu sesiapa yang menanya anda tentang harapan serta kebahagiaan yang anda rasai.

Berkat-berkat yang dijanjikan

Pendidikan meningkatkan kebolehan anda untuk melayani Tuhan. Ia memperkasakan anda untuk memberkati orang lain, terutamanya keluarga anda. Semakin banyak anda belajar, semakin banyak anda dapat membantu membina kerajaan Tuhan dan mempengaruhi dunia demi kebaikan.

Kejujuran membawa kedamaian dan hormat kendiri. Apabila kata-kata dan tindakan anda sejajar dengan kebenaran, anda menunjukkan bahawa anda boleh dipercayai—oleh orang lain dan oleh Tuhan.

Apabila anda mempertahankan ajaran-ajaran Yesus Kristus, Dia menyokong dan membantu anda. Orang lain mungkin tidak bersetuju dengan anda, tetapi keberanian dan keikhlasan anda akan dapat dilihat. Sama ada orang lain mengikut teladan anda atau tidak, kesaksian, keyakinan dan keimanan anda terhadap Kristus akan berkembang.

Imej
ikon soalan dan jawapan

Soalan dan jawapan

Adakah salah kita mempunyai soalan tentang Gereja? Bagaimanakah saya boleh mencari jawapannya? Menanya soalan bukan tanda kelemahan atau kurang beriman. Sebenarnya, menanya soalan boleh membantu memupuk keimanan. Pemulihan injil bermula apabila Joseph Smith yang berumur 14 tahun menanya soalan tentang keimanan. Cari jawapan dalam tulisan suci, dalam firman para nabi Tuhan, daripada pemimpin dan ibu bapa setia anda serta daripada Tuhan Sendiri. Jika jawapan tidak datang dengan segera, percayalah bahawa anda akan belajar baris demi baris. Terus berpegang pada perkara yang sudah anda ketahui dan terus mencari kebenaran.

Imej
Lukisan Joseph Smith berlutut di hadapan Tuhan Bapa dan Yesus Kristus di Sacred Grove.

Bagaimanakah saya boleh mempertahankan perkara yang benar tanpa menyinggung perasaan mereka yang mempunyai kepercayaan yang berbeza? Bermula dengan memastikan kata-kata dan tindakan anda berilhamkan kasih terhadap Tuhan dan anak-anak-Nya. Perkongsian injil tidak harus dilakukan melalui semangat pertikaian tetapi dengan kejelasan, kelembutan hati dan kebaikan hati. Anda boleh mengasihi orang lain walaupun anda tidak bersetuju dengan pandangan mereka.

Lihat Matius 5:14–16 (Hendaklah cahaya kamu… bersinar); Yohanes 14:6 (Yesus… jalan untuk mengenal Tuhan); 1 Petrus 3:15 (hendaklah kamu sentiasa bersedia memberikan jawapan… harapan kamu… sebagai pengikut Kristus); Ajaran dan Perjanjian 88:77–80 (hal-hal yang Tuhan mahu kita pelajari); 93:36 (kemuliaan Tuhan adalah kecerdasan); 124:15 (kesempurnaan akhlak bermaksud mengasihi apa yang benar); 130:18 (kecerdasan kita akan bangkit bersama kita apabila kita dibangkitkan).

Imej
ikon bait suci

Soalan kad rekomen bait suci

Adakah anda berusaha untuk bertindak jujur dalam segala tingkah laku anda?